Saturday, February 19, 2011

bila saat indah...bila rindu..hehehe



assalam.blog ni dah sangat bersawang.macam tak relevan untuk ada.hahahaha

ni sebenarnya cuti sem aku yang panjang yang paling last.next cuti sem 1 bulan ja.and aku tak balik.so ni lah yang paling last.

sebab aku tinggal setahun je lagi.final year dah. insyaAllah dengan izin Nya, habis je tahun ni aku bergelar graduate.seorang geologist yang ada degree dalam applied geology.

bukan lagi student.

dan aku plan untuk stay miri terus lepas dari habis study. tak nak balik langkawi terus.maybe cari kerja gaji kecik dulu ke di miri dan tinggal sana sementara tunggu result nanti.

so , sebenarnya cuti ni antara cuti yang bermakna.

aku tak selalu sangat keluar cuti ni. Cuma sekali je hadiri program di KL.yang lain cuma keluar dekat-dekat aja.

Stay lama sikit dengan abah dan mama. Sebab lepas ni dah kerja dan ada tanggungjawab yang mungkin akan sibukkan diri and lagi lah if kerja jauh.

Aku target nak sambung belajar dulu tapi maybe ada plan yang lagi besar yang dah dirancang oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab untuk dilaksanakan.

anyway, aku nak tunjuk beberapa gambar sepanjang cuti ni :

1.pasar malam

ni gambar dekat bawah aku ambil gambar seorang muslimat solat tepi sungai waktu pasar malam.dia ni peniaga pasar malam.tengok, siapa kata banyak halangan untuk solat.itu tak boleh.ini tak boleh. hebat muslimat ni. and apa yang dia buat ni moga kita dapat jadi kan satu pengajaran untuk kita.


2.Roti tisu
waktu ni makan dekat KL.several days before gi program.hehehe. bukan saya nak.orang belanja.terima kasih.tahu kenapa tak berusik? sebab kitorang habiskan 1jam 30 minit berbincang dekat kopitiam tu sampai la roti ni sejuk.last-last tersedar,kitorang makan and kongsi 3 orang. 3 pinggan ni woo.. panjang 2 meja.


3,Ni waktu panjat telaga tujuh..hehehe..nak buat camne ..geologist kan..tengok batu je excited terlebih..hehehe





4.Ni Dr Masatoshi.dia dulu lecturer kitorang dekat Miri.
hari tu melawat dia. entah apa-apa ngarut lah berbual dengan dia.siap mesej-mesej lagi benda ngarut lagi.hahaha..ini jepon memang best.




5.Ni udang masak 3 rasa. sebenarnya patut ikan 3 rasa.aku belajar resepi dia dari kawan ayah aku.dia ni pernah masak untuk sultan kedah.and pernah jadi tukang masak hotel.ada la beberapa resepi lain aku belajar.hehehe..ni sedap.series.



6.Ni waktu masak bubur asyura..huhuhuh..seronok giler gak ni..naik muscle biceps..hehehehehe



7.Ok.gambar 7 dan 8 ni special.Ni nama nya siput mata rusa.sedap.lemak ooh..


8.Selepas isi dikeluarkan



ada satu lagi aku tak dapat nak tunjuk.sup hati dan daging unta..itu sangat lah sedap tapi bau dia,ya Allah...dahsyat..tapi series sedap.badan pun rasa best lepas makan..

hehehehehe

tak pe lah.cuti ni maybe cuti yang paling tak banyak jalan.tapi antara yang menarik.dapat stay lama dengan parents..

apa pun, aku harap dan aku doa supaya this final year ni, adalah the best year for me.yang aku dapat score habis-habis dalam study dan lagi kencang dan hebat dalam perjuangan yang sedang digerakkan.

and then aku doa supaya apa yang dirancang oleh mereka-mereka yang aku letakkan kepercayaan ini supaya maju dan berjaya dan apa yang aku rancang juga dalam hidup dimudahkan Allah.

wallahualam.