Sunday, September 13, 2009

Balik Raya!!!

Salam..

Alhamdulillah

17 hb ni pukul 10 pagi nak balek raya!!!

hehehe..Tahun depan x boleh da balek.sbb tahun depan terpaksa beraya dalam hutan sebab ada fieldtrip..Ne taw ak terpaksa takbir dalam bas ker,or dalam kapal terbang ke or tepi batu yang aku hentak dengan geology hammer ker..hehehehehe

Sama seperti batch Islah or batch Seqam...hehehehehehe

17 hb tu hari khamis..hehehehe..(shhh!!ade kelas sebenarnye0€ nak balik raya nye pasal)

So sebelum balik,kene la assgnmntg..walaupun antar lepas raya,aku ingat nk wat awal.Geo 108 je setakat ni ade assgnmnt.Balik2 je mesti berlambak assgnmnt masuk account...

Kepada yg x balek raya n x ikot fieldtrip,temankan la kwn2 yg x balek yer..Semoga korang hepi disini...

Nanti next year kite raye same2 :)

K.

Nak solat subuh ..

Salam


Wednesday, September 9, 2009

mengawal marah itu bukan mudah rupanya......

Salam ukhwah..

ape kabar...kaifa hal?
paling penting,apa kabar iman anda?
apa kabar amal anda?
apa kabar aqidah anda?

Mesti semua ade rasa pernah marah dan pernah dimarah.ades..x best nyer..

hilang mood bila jadi camtu..Tapi mesti ade reason marah itu dicipta.Perasaan itu juga makhluk Allah yang Allah ciptakan dengan sebab dan reason tersendiri.

Tapi sama juga macam kita bercakap.Semua orang boleh bercakap tapi percakapan itu dilakukan pada waktu dan kondisi yg perlu..

Macam marah jugak.Ada certain perkara yang kite boleh marah.Pernah aku berbual dengan sorang lecturer.Faci untuk JCLA laa..pasal marah.dia membuat satu konklusi yg kita x perlu marah.Then aku tanya,kalau camtu maksudnya sia2 lah perasaan marah itu dicipta.Then dia kata kita boleh marah.Tapi ade reason.Contohnya social injustice.Cewah..Tu cara beliau yg bukan Islam berfikir.

Tapi sebagai Islam,bile kite boleh marah?Kemarahan tu perlu disalur dengan betul.Pada reason yg betul.Pada tujuan yg betul.Dan pada cara serta matlamat yg betul.Maka kembali lah pada cara bagaimana Islam tunjukkan.

Tapi kadang2 dalam satu hal,kita susah nak kawal emosi.Dan benda ni berlaku kepada aku hari ini.Atas beberapa reason yang tak sepatutnya aku marah,aku menjadi marah.

Dalam hal yang jadi hari ini,kita kaitkan kisah Adam dan Iblis dalam Quran .Adam dicipta dan Iblis disuruh untuk sujud pada Adam.Sedangkan Iblis waktu tu adalah makhluk Allah yg paling hebat laa.Bila dia diuji untuk menyembah Adam,barulah keluar kelemahan diri dia.Bila dia diuji,barulah nampak apa yang kurang pada dia.

Adam juga diuji.Adam berbuat silap memakan buah dari pohon yang telah Allah larang.

Kedua-dua makhluk Allah diuji.Tapi ada satu perkara yang bezakan dua makhluk ni.

Adam sedar kesilapan dan bertaubat 100 tahun

Iblis tak mengaku kesilapan,angkuh dan berjanji dengan Allah untuk sesatkan ummat manusia.



Dan hari ini Allah nak uji aku,dan Allah nak aku tengok kelemahan yang ada pada aku.Sama ada aku ikut langkah Adam.Atau aku ikut langkah Iblis...

Hari ini aku diuji,barulah nampak kelemahan aku yang sampai certain level,akan tampil lah kemarahan yang dahsyat (tadi ok je.dulu,lagi dahsyat)..Alhamdulillah,hari ini Allah uji aku dan tunjukkan kelemahan aku yang perlu aku perbaiki.

Manusia akan tahu hakikat diri bilamana dia diuji.

Sama macam apa Allah cakap dalam Quran.Jangan kata kamu beriman selagi kamu belum diuji.Nampak tak?Quran dah cakap..

iman tu satu kondisi yang amat baik.Yang amat perfect.Maaksudnya,kalau nak apply,janganlah terlalu anggap diri kita dah cukup hebat dan bagus.Jangan rasa diri kita dah cukup sempurna dan tak silap.Sebab kita belum diuji lagi.

Nah,cuba Allah bagi ujian.sikit jer..Haaaa...nampak dah siapa diri kita sebenarnya.Tapi yang bezakan kita tu adalah sama ada kita ingin menjadi Adam atau Iblis?

Kita ingin taubat atau angkuh dengan kesesatan?

Keputusan itu pada kita.Allah yang suruh kita pilih.Maka fikirlah dengan yakin dan pilihlah dengan benar.

Aku???

Aku nak pilih jalan Adam...walaupun jalan itu sukar.Jalan untuk perbaiki diri ini bukan mudah.

Tapi bukan mustahil...

Wallahua'lam..


Wednesday, September 2, 2009

Tuhan,pelihara hati ku

Tuhan..kau tahu,hati ini sudah aku berikan untuk Mu.

Cinta ku telah ku berikan pada Mu.

Setiap inci tubuh dan jasad.
Setiap hembusan nafas sarat yang terlerai.
Setiap tapak badai yang ku langkah.
Setiap kata ma'rifah yang terucap pada hujung lidah yang tajam.

Adalah untuk Mu.

Maka,pelihara hatiku dari bisikan syaian dan nafsu.mengajak mencinta makhluk Mu melebihi diri Mu.

Walaupun sesaat.

Walaupun sedetik

Wahai hati.
betapa sukar aku mengawal kau.
Betapa sukar aku membentuk kau.
Betapa susah dibentuk dari sebuah kejahiliahan lampau.
Dan mahukah kau kembali kepada itu.

Pedulikan nafsu yang mengajak.
Pedulikan syaitan yang menghias wajah pada pandang mu..
Pedulikan setiap bisikan dan godaan rayuan..
Tetaplah wahai hati.
Cinta yang dicari nafsu tak kan kekal.
Kau pernah merasanya.
Dan kau tahu setiap inci isi nya..

Tetaplah wahai hati.
Cinta Tuhan kekal abadi
Kau pernah merasanya
Dan kau tahu setiap incinya....


nota : hati yang kini berbolak balik..Jangan lah tertimbul fitnah.Janganlah tertimbul zina pada hati aku dan hati kamu semua.Aku pernah merasa cinta nafsu.Cinta yang menghanyutkan aku..

Dan aku merasa indahnya cebisan cinta Tuhan dan aku cuma merasa nya sedikit sahaja.Sangat sedikit.Tetaplah wahai hati.Tetaplah wahai hati..