Monday, August 9, 2010

Hoi!!! Tak malu kah?

manusia...manusia...

Saya pun kurang faham.Kita umur muda-muda ni benda yang selalu fikir adalah cinta manusiawi..Alahai.Tak pergi mana sangat la apa yang korang cintakan ni..Saya pun pernah bercouple gak.Pernah gak buat benda-benda yang tak sepatutnya di buat...

Saya pernah baca satu buku kecil."Pesanan Buat Putera Puteri Islam" tulisan seorang ulama' besar .

Dia kata mudah je ..antara ayat dia yang aku ingat adalah : " Wahai puteriku, tidak ada apa yang difikirkan seorang lelaki ketika melihat kamu kecuali membayangkan kamu dalam keadaan terlanjang"

Ulama besar ni namanya Muhammad Ali Thantawi.

Kata beliau lagi :

"Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu."

"Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu....... iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala"

Ye...bukan semua lelaki bernafsu serigala.Tapi percayalah,jika seorang lelaki diberi peluang,sukar dia nak menolak.

Tak percaya???

Bukankah salah seorang lelaki yang diberikan lindungan arasy ketika tiada lindungan ketika itu adalah lelaki yang di ajak oleh seorang wanita berkedudukan ,yang cantik dan kaya untuk berzina tetapi dia berkata aku takutkan Allah....

Nampak tak?? Susah betul bagi seorang lelaki nak menolak sampai Allah anugerahkan lindungan Arasy untuk lelaki yang sebegini.

Lihat juga dalam Quran.Surah Yusuf.Kisah Yusuf dan Zulaikha.Allah letakkan kisah itu dalam Quran untuk lelaki-lelaki yang ada ini belajar dari Yusuf.Sebab kalau tanpa peringatan itu,amat sukar untuk lelaki ini mengelak.

Lihat pula apa kata Saidina Umar yang lebih kurang nya : " Aku paling takuti, aku berada berduaan dalam satu bilik bersama seorang wanita sungguhpun dia itu yang hodoh dan kulitnya amat gelap"

Bukan semua lelaki macam itu.Tapi perlu ingat.Lelaki yang beriman juga punya iman yang turun naik. Barangkali ketika imannya dalam keadaan lemah,dan kamu percaya pada diri nya sedangkan dia tidak mampu mengawal dirinya.Bagaimana ketika itu???

Itulah yang boleh terjadi sampai ada video klip 3gp ustaz ustazah...Kadang-kadang kita pelik kenapa mereka yang kita namakan "orang agama " pun boleh berbuat perkara keji.

Jangan salah kan mereka sepenuhnya..Kita ini manusia.Manusia punya fujur dan taqwa. Bayangkan waktu kefujuran yang mengambil tempat dalam jiwa manusia.Dan dia tidak lagi menjadi manusia tetapi menjadi serigala buas.

Saya terbaca satu quotes " Wanita yang baik adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang"

Anda tahu kenapa?

Saya seorang lelaki. Saya tidak mahu anak-anak saya mendapat ibu yang masa muda nya tidak baik.

Saya ada seorang ex gf dahulu.Saya sudah ceritakan beberapa kali kisah ini.Dia salah seorang ex saya. Saya tanya "kenapa tak lagi dengan si yyyy" [dahulu,saya agak dahsyat juga dalam hal ini]

Dia menjawab, nak enjoy boleh la bad boys..Tapi untuk serious,nak yang baik-baik.

You see.. Fitrah manusia nak kan yang baik.Saya lelaki biasa.Saya pun inginkan yang baik.

Anda yang perempuan.Anda pun nak kan lelaki yang baik.Dan barangkali lelaki seperti saya tidak termasuk dalam list anda..

Sudah-sudah lah..
Fikirkanlah yang kamu ini seorang Muslim.Tak malu ke tubuh kamu di raba dan di gomol bagai kain buruk.

Tak malu ke,nama kamu di jaja.."Ooo,aku pernah dengan dia ni dulu..Dia ni macam ni and macam ni"

Tak malu ke,gambar kamu berdua-dua di jaja dan dilihat mak ayah dan orang-orang kampung.

Sudah-sudah lah..

Saya tahu apa yang saya tulis ini kasar.Tapi kadang-kadang berlembut sangat suara tak didengar.Nah,sekarang dengarlah....

Yang lelaki pula...

Tak malu kah kita???
Tak ada maruahkah kita??
Merosakkan anak dara orang cuma untuk nikmat yang sekejap.

Cuba orang lain buat sebegitu pada adik perempuan kamu???

Tak malukah???

Kalau kamu rasa cinta kamu ni suci sangat, cuba letakkan selitkan gambar kamu berdua berpelukan dalam Quran..Apa yang kamu rasakan???

Kalau tak mahu,baca Bismillah sebelum dating atau nak buat benda tak senonoh..Apa kamu rasa?

Saya pasti kamu rasa bersalah.Lihat...Kenapa?Sebab perkara itu salah..Tapi lihat,ketika seorang suami ingin "bersama" isterinya diajarkan untuk berdoa dan ber bismillah.. Tak pula rasa bersalah bahkan berasa mulia dan penuh sayang.Padahal secara zahirnya,itu juga adalah perhubungan seksual.Sebab, perhubungan yang halal itu adalah cinta halal yang sebenar.Cinta suci yang sebenar.

Cinta yang kamu perbuat itu adalah cuma mainan nafsu sahaja. Fikirkanlah.Fikirkanlah.....


Thursday, August 5, 2010

You are a geologist..so act like one!!!!


Salam...

ni minggu first study. Dah 3 tahun dah aku di sini.Di bumi Sarawak.Bumi Miri yang membina aku sekarang..Subhanallah..Banyak yang dah berlaku..

Aku datang sini dulu,memang atas silap dalam keputusan yang aku pernah buat.Tapi ada hikmahnya.Sebab dengan asbab keputusan yang aku buat tu aku kenal tarbiah.Aku cuba untuk perbaiki diri.

Aku bukan lah punya akhlak terbaik.Atau ibadah paling hebat.Nak dibandingkan dengan kawan-kawan lain,barangkali aku yang paling teruk.Aku tak tahu.

Tapi sekurang-kurangnya, aku bersyukur sebab aku kenal apa itu Islam yang betul.

Dulu,ye,aku memang ada juga hafal hadis2,ayat Quran.Tahu hukum dan dalil pada hukum. Aku bukanlah kira orang jahil gila tak tahu.Mak ayah aku ajar aku dengan mantap dalam ilmu agama ni. Tapi aku sendiri yang buat pilihan yang salah dalam hidup aku.But waktu tu,aku rasa itu lah pilihan yang paling betul.Bila kita dah nampak dengan jelas,maka barulah kita faham yang kita buat tak betul...

Sudah 3 tahun...Alhamdulillah...

Maka tahun depan tinggal 1 tahun lagi.Kawan-kawan aku ada yang dah kerja.Ada yang dah buka bisnes sendiri.Bukan sikit yang dah ada income sendiri walaupun belajar sekerat jalan.Education adalah jalan yang terbaik dan biasa untuk mencapai kejayaan material.Ada yang tanpa formal education pun dari segi material nya dia berjaya.

Ada kawan aku yang dah ada anak da..Bila tengok facebook,baru tahu member dah kawen.Perghhh!!!

Nak tegor pun rasa pelik.Dulu waktu sekolah, siap main sembunyi2 ngan warden..Peranga sorang-sorang cam siamang.Sekarang,perghh..da jadi bapak budak...

Ada ex2 aku ada yang dah kerja and dah grad.ada gak yang dah tunang.

Kawan-kawan sekampung,ada yang dah mati.Ada mati eksiden.Ada mati sebab sakit.

Hidup......

Apa apa pun,perlu diteruskan...

Untuk aku..aku ada impian aku sendiri.Aku ada impian yang besar.Impian dan cita-cita yang sedang aku usahakan.Moga Allah bantu aku. Kalaulah aku gugur atau di zalimi,moga itu yang terbaik untuk aku dalam aku membawakan cita-cita ni. Bagi aku,inilah jalan nya..

Aku tidak mahu untuk diri aku.Barangkali kerna aku masih muda, idealisme itu masih kuat.Idealisme untuk melakarkan dan mencipta sejarah.Sejarah yang aku tidak kisah ada atau tidak nama aku untuk manusia tahu.Tapi cuma biarlah pemilik dunia ini tahu.Kerna barangkali kalaulah nama ku diketahui oleh manusia dalam membina sejarah ini, Tuhan mungkin berkata itu sudah cukup untukku dan Dia tidak perlu menyatakan nama ku di hadapan penduduk langit kelak.

Buat masa ini,usaha dalam belajar perlu di kuatkan..Aku sudah terangkan dulu apa jalan yang akan aku pilih.

Tadi di kelas Dr Franz,menarik sungguh...

Dia kata " Fear comes from dinasour. Be cautious.Fear does not bring anything good.Cautious does"

Tu nasihat yang menarik

Mulanya kelas.aku rasa rendah.Otak sangat-sangat berkarat.Sedihnya..

Tak apa lah....Kena kuat kan usaha.

Satu benda aku pelik tentang muda-muda sekarang..Kita terlalu pentingkan kata cinta...Aduh....

Dalam konteks mudah..cinta manusia...Fikirkan orang ini sayang kita ke tak?Orang ini benci kita ke? Orang ini bla bla bla..

Aku tak mahu bicara banyak..Kamu mungkin faham apa maksudku..

Jadi sampai itu.Mungkin kalau aku hidup lagi,kita akan bertemu...

walau di ruang maya ini...