Thursday, August 5, 2010

You are a geologist..so act like one!!!!


Salam...

ni minggu first study. Dah 3 tahun dah aku di sini.Di bumi Sarawak.Bumi Miri yang membina aku sekarang..Subhanallah..Banyak yang dah berlaku..

Aku datang sini dulu,memang atas silap dalam keputusan yang aku pernah buat.Tapi ada hikmahnya.Sebab dengan asbab keputusan yang aku buat tu aku kenal tarbiah.Aku cuba untuk perbaiki diri.

Aku bukan lah punya akhlak terbaik.Atau ibadah paling hebat.Nak dibandingkan dengan kawan-kawan lain,barangkali aku yang paling teruk.Aku tak tahu.

Tapi sekurang-kurangnya, aku bersyukur sebab aku kenal apa itu Islam yang betul.

Dulu,ye,aku memang ada juga hafal hadis2,ayat Quran.Tahu hukum dan dalil pada hukum. Aku bukanlah kira orang jahil gila tak tahu.Mak ayah aku ajar aku dengan mantap dalam ilmu agama ni. Tapi aku sendiri yang buat pilihan yang salah dalam hidup aku.But waktu tu,aku rasa itu lah pilihan yang paling betul.Bila kita dah nampak dengan jelas,maka barulah kita faham yang kita buat tak betul...

Sudah 3 tahun...Alhamdulillah...

Maka tahun depan tinggal 1 tahun lagi.Kawan-kawan aku ada yang dah kerja.Ada yang dah buka bisnes sendiri.Bukan sikit yang dah ada income sendiri walaupun belajar sekerat jalan.Education adalah jalan yang terbaik dan biasa untuk mencapai kejayaan material.Ada yang tanpa formal education pun dari segi material nya dia berjaya.

Ada kawan aku yang dah ada anak da..Bila tengok facebook,baru tahu member dah kawen.Perghhh!!!

Nak tegor pun rasa pelik.Dulu waktu sekolah, siap main sembunyi2 ngan warden..Peranga sorang-sorang cam siamang.Sekarang,perghh..da jadi bapak budak...

Ada ex2 aku ada yang dah kerja and dah grad.ada gak yang dah tunang.

Kawan-kawan sekampung,ada yang dah mati.Ada mati eksiden.Ada mati sebab sakit.

Hidup......

Apa apa pun,perlu diteruskan...

Untuk aku..aku ada impian aku sendiri.Aku ada impian yang besar.Impian dan cita-cita yang sedang aku usahakan.Moga Allah bantu aku. Kalaulah aku gugur atau di zalimi,moga itu yang terbaik untuk aku dalam aku membawakan cita-cita ni. Bagi aku,inilah jalan nya..

Aku tidak mahu untuk diri aku.Barangkali kerna aku masih muda, idealisme itu masih kuat.Idealisme untuk melakarkan dan mencipta sejarah.Sejarah yang aku tidak kisah ada atau tidak nama aku untuk manusia tahu.Tapi cuma biarlah pemilik dunia ini tahu.Kerna barangkali kalaulah nama ku diketahui oleh manusia dalam membina sejarah ini, Tuhan mungkin berkata itu sudah cukup untukku dan Dia tidak perlu menyatakan nama ku di hadapan penduduk langit kelak.

Buat masa ini,usaha dalam belajar perlu di kuatkan..Aku sudah terangkan dulu apa jalan yang akan aku pilih.

Tadi di kelas Dr Franz,menarik sungguh...

Dia kata " Fear comes from dinasour. Be cautious.Fear does not bring anything good.Cautious does"

Tu nasihat yang menarik

Mulanya kelas.aku rasa rendah.Otak sangat-sangat berkarat.Sedihnya..

Tak apa lah....Kena kuat kan usaha.

Satu benda aku pelik tentang muda-muda sekarang..Kita terlalu pentingkan kata cinta...Aduh....

Dalam konteks mudah..cinta manusia...Fikirkan orang ini sayang kita ke tak?Orang ini benci kita ke? Orang ini bla bla bla..

Aku tak mahu bicara banyak..Kamu mungkin faham apa maksudku..

Jadi sampai itu.Mungkin kalau aku hidup lagi,kita akan bertemu...

walau di ruang maya ini...





1 comment:

  1. hoit, lme x bkk blok ko.. bz skt.. haha..
    pape pon slmt brjye..
    nnt blk jgn lpe blnje ak sate..

    ReplyDelete