Monday, July 5, 2010

masa terluang...




salam..

ini lah yang saya lakukan hari ini...melukis..minggu lepas ada acara melukis yang dihadiri Yusof Gajah.Semasa berbual dengan Pak Yusof,saya kagum dengan beliau..

Seorang pelukis entrepenaur yang hebat.Kata-katanya yang saya tak boleh lupa : " Pelukis kena letakkan diri dia sama taraf dengan engineer,dengan politician...Kita tengok politician.Dia start from nothing. Tapi at the end, dia di hargai"


Saya bukan pelukis seperti Pak Yusof.Saya cuma suka-suka mengisi masa lapang.

Lukisan yang pertama dahulu pada tahun lepas,saya ,shahul,jiji dan ming yii yang lukis.Lebih nya Ming Yi yang banyak melukis nya..Dan lukisan itu dijual oleh Ansara dan wang itu di salurkan kepada program kebajikan.(*gemuk gak waktu ni..huhuhu)




Lukisan saya yang kedua , adalah dalam acara minggu lepas.Saya berikan kepada seorang adik.
Inilah lukisan saya yang ke tiga.
Saya namakan sebagai "Helang yang menangis"
Saya nak emphasize pada art work yang ke-3 ni.. Lukisan ni saya buat pagi tadi.Selepas subuh..Dan selesai ,ketika hampir asar..

1.Lukisan ini melambangkan perasaan diri saya.Ni bukan sedih tak balik.Tak de kene mengena langsung..Hehehehehe..

Satunya, kita sebagai seorang Muslim adalah layaknya seekor helang.Raja angkasa. Tetapi,helang itu sekarang cuma menjadi burung kecil,yang tak mampu terbang tinggi kerna dosa dan noda yang banyak..Adakah tangisan itu mampu mengeluarkan dia dari penjara merah kehinaan?

2.Yang kedua adalah tentang Palestin.Dan sebenarnya ini niat utama saya ketika mula melukis lukisan ini.. Lingkaran merah adalah kongkongan yahudi,dan warna purple di dalam adalah Palestin. Dan didalam warna purple itu ada sebiji mata.. Mata yang menangis..Dan lingkaran bulat itu diluarnya ada mata yang besar,simbol kepada mata dunia khususnya mata ummat2 Islam yang cuma mampu melihat sahaja kekejaman bangsa yahudi yang kecil yang menindas ummat Islam Palestin.Dan kata Kak Jihan, mata itu nampak seperti burung..Ya,kita semua adalah burung helang.Burung helang yang lemah dan kecil kerna kelemahan kita sendiri..Dan burung helang itu di kepung oleh kehitaman kebathilan yang menyelubunginya..Bilakah burung helang itu akan bangkit dan menjadi raja angkasa semula??


Wallahua'lam...

Saya tidak lah pandai melukis...Hanya mengisi masa lapang hari ini...



2 comments:

  1. mantap tajul.. mantap.. good imagination and explanation..

    ReplyDelete
  2. ak sgt sokong ko kte ko x rti melukis, haha, tp atleast ko melukis jgk, bagus la 2..
    stahu ak, helang bukan raja angkasa, rajawali la raja angkasa bg jenis2 burung, ni pon dri ap yg ak dgr n ak nmpk sndri la.. xtau klu slh.. haha..

    ReplyDelete