Sunday, September 11, 2011

.....

I just want to finish this and get out of here and start my new working adult life and reach my dream.

I just want to finish this.

and,oh,assalamualikum

Thursday, May 19, 2011

Blog berabuk

salam encik blog berabuk

lama gile x update kamu.
aku tengah busy giler.

hehehehe.

erm..tu la hidup sekarang ni. dalam tahun akhir. final year. sem ni then sem depan.Lepas tu grad. masuk lah ke alam pekerjaan. Alam yang tambah lagi cabaran.

pergh.. takut gak sebenarnya.

Takut kalau-kalau selama ni berdegang cakap pasal idealisme itu dan ini tapi tak tahan cabaran dunia kerja. Waktu belajar semua idealistic.

Hurmmm.. Belum cuba belum tau kan..

Sekarang ni tengah buzy dengan report FYP.

Group aku buat FYP dekat Niah. Gua Niah. Painted Cave specifically. Kira kalau nak ikut scholarly writing, kalau siap dengan jayanya FYP ni, research kitorang la antara pioneer untuk gua ni. Painted cave tak banyak orang kaji.

Jadi kerja nya bukan la sikit. Coz bukan setakat kaji dalam gua. Air pun kaji gak. Luar gua pun kaji gak. Next sem, O&G kat area tu pun kaji gak.

And oleh kerana kitorang in colloboration with Claremont University, so,apa yang kitorang buat ni pun ada la tambah-tambah sikit kerja nya. Tambah lagi kena explain kat forestry as kitorang buat benda ni pun dengan consent diorang.


Jadi, in comparison, workload nya sangat la banyak!!! ergh..... Aku seronok bila gi fieldtrip and dalam lab je..bile nak tulis report ni aku hangen sikit. Sebab supervisor suruh tulis geology report this sem.. Selalu nya next sem baru kena tulis..Tapi sebenarnya bagus je.. Sebab next sem tak da la nak kalut sangat nak tulis.


Aku bila dalam kesibukan ni,sebenarnya tahap sensitivit aku jadi kurang . Sensitiviti aku memang la kurang,tapi bila aku fikir sibuk keje, banyak benda lain aku tak sensitiv. Tapi bagus gak sebenarnya..Kalau nak asyik risau apa orang cakap and apa orang kata,keje tak jalan. And aku ni memang dari dulu lagi tak amek port sangat.

Sebab kita terlampau risau apa orang cakap, kita try nak betulkan diri kita ikut pandangan mata orang lain, sampai bila pun tak settle. Yang penting kita tau apa kita buat dan kita tau kita mampu buat. Tak semua orang suka dengan apa kita buat dan apa kita dapat,tapi terpulanglah pada dia nak suka atau tak. Tak affect apa-apa pun dekat kita.


Apa yang penting ,kita kene percaya pada kemampuan kita sendiri. Be confidence. Kita bukannya ada siapa boleh kita harapkan kecuali diri kita sendiri untuk letakkan usaha kita. Lepas da usaha baru sandarkan pada Allah. Kalau kita mengharap orang untuk selesaikan kerja kita, tu sangatlah tak bijak. Percaya pada diri dan tahu segala sumber yang ada. Buat plan dan execute ikut plan. Lain tu biar Allah setelkan. Jangan harapkan dan depend on orang lain. Depends on ourselves dalam usaha kita.

Lain tu,biar Allah uruskan.

K2. nak sambung report..


Monday, April 25, 2011

unpopular move in vox populi situation

salam.

tajuk dah mengambarkan segalanya.

apa yang akan kita lakukan kalau kita tahu tentang sesuatu dan meyakini apa kita buat tapi apa yang kita lakukan itu mungkin agak menentang arus,tak mengikut cara yang ada yang kita yakini salah dan dengan tindakan kita menentang arus ini kemungkinan kita akan dicop dan juga barangkali mendapat kemudaratan kerana kita mungkin menunjukkan silap dan salah orang lain..mungkin kawan2 kita atau mungkin orang lebih tinggi kuasanya dari kita..

i choose the path less traveled by.

FYP oh FYP...

Thursday, April 7, 2011

Tensi!

Salam.

beberapa waktu ni aku jarang update blog.tulis kt fb pun jarang.
sekarang aku cuba untuk guna masa dengan optimum.Buat benda yang penting. Tahun akhir ni amat menyesakkan.

Kadang-kadang panas hati jugak. Dengan lecturer nye, dengan keadaan sekeliling. Sekarang ni tak boleh nak kata apa. Even nak pergi gunting rambut pun aku takut habis masa. Nak pergi gym pun tak berani sebab takut masa terbuang.

Macam aku cerita dulu, aku buat keje kat Niah. Dan supervisor aku, lecturer aku memang power giler pasal carbonate. So, apa pun memang based on dia. But HOD aku pun dikira sebagai supervisor sekali.So arahan datang dari dua orang and nak puaskan hati dua orang.Sakit laa.

Sekarang ni dah malas nak cakap banyak.Kadang-kadang kita yang buat kerja dan kurang bercakap kena hentam. Kesian team mates aku. Kesian Nik,Nina,Ju,Iffah and Nad. Korang memang bagus. Semua keja korang buat. Aku memang agak strict.Buat korang pressure. But kalau tak, kita tak kan dapat capai apa yang kita nak capai. Nak kan sesuatu kena ada pengorbanan. Tak pe lah.Kita orang berkerja.Bukan orang cuma pandai bercakap je.

Tak pe lah korang. Kita yang buat kerja.Orang lain yang menumpang kerja kita.Orang lain dapat kredit.Kita yang kena hentam. Tak pe.Masa panjang lagi. Yang penting kita usaha yang terbaik.

Cakap pasal team ni,aku memang suka competition. But sekarang aku compete dengan team sendiri.Compete supaya team ni jadi lagi baik. Bukan aku tak nak ambil tahu pasal team lain dalam batch ni. Tapi terus terang, tak ada masa.Banyak lagi benda lagi penting dari nak fikirkan pasal hal remeh temeh.Dari pasal soal nak jaga hati,and macam-macam lagi. Bukanlah tak penting.Penting.Tapi ada hal yang lagi penting. And kalau nak fikirkan masalah orang lain, tak cukup nafas rasanya..

Alhamdulillah,belum dilekakan dari mengingati Allah. Alhamdulillah,masih belum futur. Alhamdulillah masih dapat jaga. Tapi ada yang lain terpaksa dikorbankan.Masa dengan kawan-kawan.Masa untuk diri sendiri. Banyak jugak. So, sorry lah ye.

Maybe ada banyak lagi benda yang lebih baik di hadapan. Yang penting usaha.

" Right now,life gives me lemon, and I'm figuring out how to turn it into lemonade"

Saturday, February 19, 2011

bila saat indah...bila rindu..hehehe



assalam.blog ni dah sangat bersawang.macam tak relevan untuk ada.hahahaha

ni sebenarnya cuti sem aku yang panjang yang paling last.next cuti sem 1 bulan ja.and aku tak balik.so ni lah yang paling last.

sebab aku tinggal setahun je lagi.final year dah. insyaAllah dengan izin Nya, habis je tahun ni aku bergelar graduate.seorang geologist yang ada degree dalam applied geology.

bukan lagi student.

dan aku plan untuk stay miri terus lepas dari habis study. tak nak balik langkawi terus.maybe cari kerja gaji kecik dulu ke di miri dan tinggal sana sementara tunggu result nanti.

so , sebenarnya cuti ni antara cuti yang bermakna.

aku tak selalu sangat keluar cuti ni. Cuma sekali je hadiri program di KL.yang lain cuma keluar dekat-dekat aja.

Stay lama sikit dengan abah dan mama. Sebab lepas ni dah kerja dan ada tanggungjawab yang mungkin akan sibukkan diri and lagi lah if kerja jauh.

Aku target nak sambung belajar dulu tapi maybe ada plan yang lagi besar yang dah dirancang oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab untuk dilaksanakan.

anyway, aku nak tunjuk beberapa gambar sepanjang cuti ni :

1.pasar malam

ni gambar dekat bawah aku ambil gambar seorang muslimat solat tepi sungai waktu pasar malam.dia ni peniaga pasar malam.tengok, siapa kata banyak halangan untuk solat.itu tak boleh.ini tak boleh. hebat muslimat ni. and apa yang dia buat ni moga kita dapat jadi kan satu pengajaran untuk kita.


2.Roti tisu
waktu ni makan dekat KL.several days before gi program.hehehe. bukan saya nak.orang belanja.terima kasih.tahu kenapa tak berusik? sebab kitorang habiskan 1jam 30 minit berbincang dekat kopitiam tu sampai la roti ni sejuk.last-last tersedar,kitorang makan and kongsi 3 orang. 3 pinggan ni woo.. panjang 2 meja.


3,Ni waktu panjat telaga tujuh..hehehe..nak buat camne ..geologist kan..tengok batu je excited terlebih..hehehe





4.Ni Dr Masatoshi.dia dulu lecturer kitorang dekat Miri.
hari tu melawat dia. entah apa-apa ngarut lah berbual dengan dia.siap mesej-mesej lagi benda ngarut lagi.hahaha..ini jepon memang best.




5.Ni udang masak 3 rasa. sebenarnya patut ikan 3 rasa.aku belajar resepi dia dari kawan ayah aku.dia ni pernah masak untuk sultan kedah.and pernah jadi tukang masak hotel.ada la beberapa resepi lain aku belajar.hehehe..ni sedap.series.



6.Ni waktu masak bubur asyura..huhuhuh..seronok giler gak ni..naik muscle biceps..hehehehehe



7.Ok.gambar 7 dan 8 ni special.Ni nama nya siput mata rusa.sedap.lemak ooh..


8.Selepas isi dikeluarkan



ada satu lagi aku tak dapat nak tunjuk.sup hati dan daging unta..itu sangat lah sedap tapi bau dia,ya Allah...dahsyat..tapi series sedap.badan pun rasa best lepas makan..

hehehehehe

tak pe lah.cuti ni maybe cuti yang paling tak banyak jalan.tapi antara yang menarik.dapat stay lama dengan parents..

apa pun, aku harap dan aku doa supaya this final year ni, adalah the best year for me.yang aku dapat score habis-habis dalam study dan lagi kencang dan hebat dalam perjuangan yang sedang digerakkan.

and then aku doa supaya apa yang dirancang oleh mereka-mereka yang aku letakkan kepercayaan ini supaya maju dan berjaya dan apa yang aku rancang juga dalam hidup dimudahkan Allah.

wallahualam.

Tuesday, January 25, 2011

kalau korang dah boring tahap gaban,baca lah..

Salam...

fuhhhh...dah lame giler blog ni bersawang..blog ni cuma catatan peribadi je. and tak lah banyak catatan peribadi yang aku selalu buat.Selalu update dekat cetusanminda. Yelah, tu lebih serius. Ni blog cam wonderpet je..hehehehe.

semalam baru balik dari K.L. start ada dekat K.L selasa lepas.. So nak dekat seminggu gak la...alhamdulillah ada tempat untuk tumpang berteduh. Tinggal kat rumah sorang Pak cik yang dah dianggap macam ayah sendiri.. Ade je sedare mare kat K.L ,tapi bila tinggal sana, plan sendiri tak jadi..huhuh.

Langkawi-K.L bukannya dekat ... tapi sebenarnya banyak dapat belajar dari satu perjalanan kan.Tu lah sebab para ulama sarankan kita untuk mengembara. banyak yang dapat kita tengok.

Dari alam dan dari manusia. Bayangkanlah.Dalam satu rumah pun perangai masing-masing berbeza.Apa lagi dalam satu daerah.Ape lagi dalam satu negeri.Dan apa lagi dalam satu negara.Lagi lah berbeza.


Jadi dekat situ sebenarnya banyak kalau kita nak belajar.

Hari pertama sampai dah malam. terus sampai,mandi dan ada perjumpaan sikit.Lama tak jumpa saudara-saudara yang tercinta. Ya Allah,susah nak gambarkan ukhwah Islamiah tu macam mana. Lagi dahsyat dan hebat dari hubungan darah adik beradik. Rindunya,sayang nya..

Esok nya ke UM. ke department geology. jumpa Dr Masa. Ni lah lecturer antara yang terbest sekali di dunia.hahahaha.Dia dulu mengajar dekat curtin. sempat sekejap je jumpa dia sebab dia ada kelas. Nanti lah,ade rezeki jumpe dia lagi.pagi sebelum tu ,sarapan dulu..dekat satu kedai dekat rumah pak cik..pergh..roti tisu panjang 2 meja..dasyat2..hahahaha..

Hari ke 3 nye gi jumpe mamat subakin.kawan dari sekolah lagi..kire kawan baik laa..banyak gak berbual...yang paling aku ingat kata-kata dia ni, iman ni macam duit. kalau tak ada duit banyak benda tak boleh beli.tapi kalau ada duit macam-macam benda boleh buat.iman pun macam tu. kalau iman sikit banyak benda tak boleh buat.tapi kalau iman banya, sangat lah banyak kita boleh usahakan.sampai kadang-kadang apa yang mampu dibuat dengan iman yang tinggi ni,tak boleh dibayangkan manusia.

Dia tinggal setahun lebih lagi nak habis. But sekarang tengah practical. Kire aku dulu lah habis belajar.Hehehehehehe.Dapat gaji awal. Terbaek!!! Aku rasa kawan-kawan yang lain pun semua belum habis lagi except yang Diploma or Fast Track. Senior-senior aku ada yang dah dapat keje. Ada yang belum and ada yang tak dapat dengan Petronas. Aku terus terang,tak berniat sangat nak kerja dengan Petronas. Maybe ada plan lain sikit.But still dalam contract kena lah ikut je.


Ade dah plan -plan lain.Tu yang aku ke UM tu..tapi rezeki tak menyebelahi..hahaha.

selain sambung master maybe amik 2nd degree.or tengok lah nanti.

Sebab apa yang kita buat sebenarnya, bukan untuk kita dah kalau matlamat utama kita lagi besar. Apa yang kita buat ni cuma akan menjadi alat aja. kalau nak ambil Law,maybe dekat UIA or KUIS.

tapi apa pun cam aku kata, tu perancangan je.dan apa pun kena lah berpaksi pada matlamat lagi besar. Kalau disuruh untuk kerja,kerja lah.belajar,belajarlah...

then 3 hari seterusnya, ada perjumpaan..tak yah la cerita.tak penting...tapi best giler..huhuhu.

sebelum gi sana, singgah ke KUIS dulu. hantar anak pak cik..dasyat laa KUIS...syok je tengok student kat sana. jauh beza la dari Curtin..

Sepanjang program tu banyak jumpa saudara tercinta. Banyak juga yang dapat dibincang. kadang-kadang keluar juga dengan 2 orang saudara tercinta yang memang dah lama tak jumpa.

diorang ni memang tak bley blah bila cakap-cakap pasal hal nikah..mahu tunduk saya mengenangkan cadangan yang diberikan..fufufufufuf..da lama dah diusul.tapi senyap je lah..

dah banyak dah fikir tentang hal nikah ni.belum ada lagi dalam hati.tapi macam dikatakan,semua atas keperluan.bukan keinginan. keperluan atau keinginan.mahu atau mampu...

sepanjang program ni,fuh,makan punye la dasyat...memang naek brape kilo lah..tinggal rumah pak cik pun dasyat makan..mak aih...

abis je program, balik rumah pak cik dulu...abang-abang tercinta ni yang hantar..memang sepanjang jalan tu,memang kena lah aku...tak boleh nak lepas...tak balik rumah pak cik dulu,tapi ambil dia dekat mana entah.yang lagi tak bley blah, pak cik pun menambah perisa gak..lagi dahsyat laa aku kene..

dari awal sampai hari aku balik,memang tutup mulut je lah tak mampu nak bicara apa-apa.

malam tu kitorang gi makan nasi arab...fuh..series dasyat wa cakap sama lu nasi arab ni...memang dahsyat.siap dengan malt apple lagi..non alcoholic punye.fuhhh!!! memang terbaek laa. aku cakap betoi,kalau jumpe nasi arab,pi lah makan..amek kambing punye. but hari tu kambing habes ,so aku amik ayam..seb baik tak amik kambeng..kalau tak dengan "suasana " panas tambah panas nye kambing...huhuhu


patutnya aku balik malam tu,tapi sebab rushing sangat, aku gi ke Bukit Jalil beli tiket balik esok pagi.

Dalam jalan pulang tu, berenti kat bukit gantang. solat dekat sana.

Satu lah yang kita nampak ni, jarang betul orang solat jemaah.

Hari tu keluar dengan mamat kat KLCC, gi solat dulu. Nampak seorang lelaki.rambut panjang.kemeja lusuh.seluar jeans.panggil untuk solat jemaah.sedangkan banyak yang dah mula nak solat sendiri.

asbab nya abang tu,lebih 40 orang dapat pahala 27 kali ganda.

dekat bukit gantang tu pun macam tu jugak. masuk-masuk je surau, nampak ada 2 orang tengah solat jemaah. sedangkan yang lain solat sendiri. terus je join. and lepas solat ikut haluan masing-masing.

Tapi tau tak dengan solat jemaah ni, dapat berkawan. cam kat bukit gantang tu, sama jemaah solat waktu tu, berbual dengan pak cik tu..dia ni bawak lori hantar barang..ke hatyaii.. Siap dia jemput untuk tumpang and bawak sekali gi jalan-jalan ke sana. siap ambil number dia skali.

ada skali on the way to perak, solat dengan sorang pak cik ni..dia suruh jadi imam.habis je terus borak-borak and banyak yang dapat belajar dari pak cik tu.bukan sebarang orang dia ni..banyak yang dapat belajar dari dia...cuma dia ingat aku ambil syariah islamiah dekat universiti.. oh tidak...saya cuma orang biasa.ilmu cetek cam shallow marine.


akhirnya, sampai lah ke rumah di langkawi..


tu lah..duduk langkawi best..cantik.aman.rasa selamat.

tapi.....

jauh dari bandar besar.....so,banyak benda bagus yang berlaku susah nak join.sebab tu hal wajib je baru leh join..uhuhuuh..

ok lah..

korang boring nye kalau bace post ni...

saje saje je cerita..maybe ada part-part yang boleh belajar...aku bukannya pandai sangat pun..

tapi kalau korang rase nak ambil untuk belajar,silalah..tak salah pun... :)

okeh..kene start gi gym..dah gemok balek..ahahahahah

wallahua'lam












Thursday, October 21, 2010

ni aku terfikir..cuba korang fikir lak..

salam..

lama dah blog ni..

banyak sawang da..hahahahaha

beberapa minggu ni sangat hectic. Tuhan...Ya Allah...

sampai dah rasa sangat penat and nak hilang semangat dah.

Tapi pikirkan banyak perkara..

kena jugak teruskan.tak kira macam mana.

Dan aku belajar satu benda.dah lama dah belajar ni.tapi saja nak tulis kat sini.

jangan fikirkan apa orang cakap sangat. Kalau kita yakin apa yang kita buat betul.ikut sunnah.syarie.buat je.

kita tak dapat nak puaskan hati semua orang.

aku memang suka bersaing la kalau korang kenal aku.

satunya aku tak suka kalah.kalah bukannya problem besar pun.tapi series aku tak suka kalah.

kalau orang lain buat something,aku mesti nak dapat lebih.

Dan selama ni,semangat tu yang menggerakkan aku.Semangat tak nak kalah.

So,kalau aku tak menang dalam satu hal,aku mesti nak gak menang dalam hal yang lain.Tak kira..hehehehehehe

.....................................................................................
aku terfikir je ni.jangan kata aku teringat memori2 lama ye..dalam hati belum ada lagi yang menjadi permaisuri..kecuali Mama aku la kan.

just terfikir.

Dulu kan aku ade ber-aweks2 ni. Ex Gf aku ada yang patutnya dah grad.jadi nurse kat IJN.ada yang patut dah jadi cikgu.ada yang engineer.ada yang lain-lain lagi la..

Katalah,kalau lah aku sakit jantung.Kena masuk IJN.Sekali yang jaga tu Ex-Gf aku tu..apa macam???!!!!! Sudah.....That break up was not a good one..lagi bahaya..hahahaha

Tak pun,katalah aku dah nikah.ada anak.sekali ex-gf aku yang lagi sorang jadi cikgu anak aku..apa macam???!!!

mesti sangat awkward..hahaha.

jadi sangat mudah nasihat aku.bagi sapa yang baca,janganlah nak buat hal. Lagi baik korang jangan bercouple. Korang kawen je senang. Tanya mak bapak korang baik-baik.Tanya mak bapak perempuan yang kau minat tu baik-baik.Tuunjuk yang kau ni tak lah bengong punye kepala.Ada centre sikit.ada akal sikit.

masuk minang.mintak hantaran and semua tanggungan murah sikit.

.........................................

Aku cam biasa lah.aku bukannya ada sape2 nak pun.hehehehe..

cam aku kata selalu.lagi baik nikah terus.aku bagi kepada orang yang lagi layak nak fikirkan.

and ada syarat2 jugak.

Islam
baligh
berakal.
merdeka.
macam aku jugak.Dia kena seorang yang bergerak ikut program.sebab katalah aku kena tangkap ke,mati ke,ape ke..tak la haru biru sangat.
and ada macam2 lagi list..hehehehehe


.............................
sori aa..entry ni weng-weng sikit.assignment mode la kan..