Tuesday, June 30, 2009

sebuah keindahan dalam kehidupan

salam ukhwah

beberapa hari ni hidup dilalui dengan berbagai kisah.huhu

macampost sebelum nya aku ada ceritakan pasal konsert amal merdeka..ades..memang terasa berat kerja tu bagi kami semua.tapi bukan bermakna berat itu melemahkan tetapi sebenarnya semangat untuk membuktikan yang mahasiswa Curtin ni mampu buat kerja yang terbaik..yess!!

dan dalam tempoh masa ni agak dan amat lah buzy.bukan setakat konsert amal.tuisyen peryatim perlu terus berjalan.so kena la arrange balik nak mengemudi bala tentera yang tinggal berapa kerat je ni..aku yang selama ni dok mensupervise dan merancang pun kena turun padang..nak lead,kena lead with example..kalau kita nak lead orang berperang,kita pun kena tahu berperang dan pernah berperang.

so,agak sory la kalau ym x balas.tuan punya badan xda kat bilik..ade kerje..

then ade la gak berita yang dahsyat dan ura2 yang macam2 aku dgr pasalresult..sampai malam semalam termimpi2 aku.bangun subuh dengan berpeluh2 badan.cuak giler sampai masuk dalam mimpi.tadi petang nak cari Mr P nak tanye,tapi x jumpa..ades..ades..

so,esok lah....

Ya Rabb..permudahkan untukku apa yang terkandung dalam hatiku..

then patutnye malam ni meeting yayasan amal..planning aku nak mancing punah..hehehe..tapi x pe..lagi berfaedah kerje yayasan amal ni.moga redha Allah turut bersama.but,oleh kerana malam ni ada urusan lagi penting,so Islah n shahul wakilkan aku n miqdad..coz kitorang 2 orang ade hal yg lagi penting.

pergi ke rumah akhi din..sayang dan kasih tengok anak sulungnya,arif haziq.Selalu kalau datang,ha,die mesti cakap, :"uncle Tajul,I want backflip"..hehe..memang merayu2 ah die mintak nak backflip..backflip tu bukan la backflip yg korang buat.cuma nya juz main pusing2 je..baru darjah satu budak tu..selalu datang rumah akhi din,die mesti cerita macam2 la kat uncle Tajul die ni..ades..uncle Tajul???ooohhhh man..x pe..bak kate lyanne dalam comment di post terdahulu,compliment tu sebenarnya untuk menunjukkan kematangan..

kematangan..maturity..

aku ade la berbual dengan sorang kawan kat sini.2,3 bulan yg lepas..bercerita pasal kematangan dan mengimbau balik kisah dekat STE.so,brader ni gitau la,die nampak budakU** nampak matang.coz diorang cam ganas,cam budak2 U lain,isap rokok sumer,cerita pun benda2 yang kebiasaan nya budak U cerita..

ades..so aku tanye balik.."bro,tu ke kematangan bro?"

then aku cakap,bagi aku la,tu bukan kematangan.kematangan ni bilamana rasionaliti kita berpandukan pada Allah.maksudnye,matang fikiran kita tu dah faham dah mana bathil dan mana yang haq.dah tahu apa pilihan.dah nampak mana jalan.dah tahu mana yang lagi awla' ya'ni yang lagi penting.then aku cakap,kalau tu yang kau nampak kematangan,aku x nampak langsung kematangan dekat situ. kalaulah bi'ah hasanah yang ada di kalangan kita ni nampak x de kematangan,so maksudnye definition kematangan tu x de lah diletakkan pada tempat yang betul dan benar..

tapi memang cakap betullah..bile kenang balik memang lawak gak.waktu kt STE tu,kitorang mandi sungai memang x pakai baju.same je la dengan budak U** kan.tapi bile permepuan lalu je,budak curtin sembunyi badan dalam air.nampak paras leher je..senyap je..x keluar2.even bola tampar yg kitorang main ade depan mata...kuang..kuang..kuang..kejot subuh.gi solat subuh berjemaah kt surau ramai..solat setiap waktu memang jemaah jer..siap bagi tazkirah lagi..memang beza laa..

huhu..

ok..berbalik pada kisah adik arif haziq..tadi die solat sekali isya..so lepas solat tu lepas baca doa,die tunjuk la die tgh makan chewing gum..so aku tegur la.."y u eat during praying"

then dia cakap "y cannot??"

ades,budak ni,banyak cakap pulak..nasib baik comey.tapi baguslah..budak2 sekarang perlu ada persoalkan benda2 gitu.bukan setakat ibadah tanpa faham kenapa perlunya peraturan dia ditetapkan gitu..kenapa Allah tetapkan macam2..ada maksudnye.bukan sebarang2...

kalau dulu,ustaz2 atau cikgu2 ngaji,ajar dengan rotan..kalau tanye la y cannot..kalau x kena rotan paling koman pun mesti die cakap Allah suruh camtu..buat je...budak2..akal nye tengah mengembang.tengah membesar..dia tengah memproses logik..jadi,berhikmah lahh..

makanya,jadilah kita ni ibarat abid.banyak ibadah.tapi x tahu kenapa perlu kita ibadah.kenapa bentuknya begitu.kenapa itu dan ini..

so,berbalik cerita, (sebelum tu arif ni bangganye cerite dapat no 1..uncle Tajul ,i got number 1..hehe..ni manje2 dengan uncle Tajul ni nak hadiah ler..ari tu aku janji coklat cadbury..inshaAllah,next time aku bawakkan la)aku pun jawab la..arif,u study in class and then u play with ur friend.teacher will scold u or not?arif jawab,teacher will be angry lah..haa..so,masuk2 lah nasihat sikit untuk budak umur 7 tahun..hehehe..

bapak ngan mak dia pun ok je aku menegur anak die..hehe..ni sebenarnye ukhwah atas dasar aqidah.sampai anak ikhwah tu kite boleh tegur macam anak kite sendiri..tapi aku ne ade anak..kawen pun belum..pass exam pun x taw lagi..hahaha

2 lah keindahan dalam hidup.betapa cantiknya akal seorang budak kecikyang nak tahu.betapa cantiknya contoh fitrah kita boleh ambil pada anak2..kalau lah nak tengok fitrah sebenar manusia,tengoklah pada anak2 kecil..ada jujurnya,ada kasihnya,ada semangat nya..ada perasaan sayang nya tanpa kira bangsa dan agama.

indahnya fitrah seorang anak...dan kita yang dewasa sewajarnya belajar pada anak yang kecil..dan sedar tentang cantiknya ciptaan Tuhan lantas tahu dan faham apa tugas kita sebagai insan..

susah sangat ke....







Sunday, June 28, 2009

nikah........................

salam

malam semalam berjumpa dengan akhi fauzi dekat rumah akhi din...sambil2 minum air sirap laichi dan makan sandwich tuna,kek buah dan kek warna warni(aku x taw ape nama nya)...kitorang pun berbincanglah..

banyak lah jugak di bincangkan.

last2 waktu bahagian musykillah,lepas je aku bertanya panjang lebar,miqdad pulak bertanya..mula2 tanya pasal da'wah.then dia keluar la soalan personal.pasal nikah..

nikah
nikah
nikah

satu topik yg sampai sekarang aku x berani nak tulis dan nak cakap.

nikah connecting people..macam iklan nokia pulak kan.

pandangan aku lah,bernikah ni bukan semata2 untuk mengelakkan dari berzina atau cuma sekadar mengekang nafsu...bukan sekadar atas dasar cinta.bukan sekadaratas rasa nya dah sampai masa.

tapi nikah ni macam2 dalam satu..macam2 tujuan dalam satu perlaksanaan.yang paling utama untuk apa?untuk redha Allah.untuk Islam.tu yang paling utama.barulah pernikahan tu menjadi ibadah.tapi,ada syaratnya,jalan menuju pernikahan tu pulak jangan terisi dengan dosa dan noda.cam berdating.pegang sana.pegang sini.kalau awal nya dah x elok.macam mana nak expect pengakhiran nya akan elok.contohnya kalau solat sambil minum arak..solat tu ibadah.tapi dicemarkan oleh dosa nya minum arak.rosak kan..

bernikah atas jalan dakwah.supaya pernikahan dan keluarga (baitul muslim) yang terbina itu adalah satu nukleus kecil untuk pembangunan dakwah setempat.kemudiannya berlanjutan menjadi sebuah komuniti.kemudian sebuah negara.

jadi ingat..sebelum berniat untuk nikah,fahami keperluan nikah itu dahulu.perlu nya untuk dakwah ka?atau untuk kekang nafsu ka?

dan memandang kepada perkara yang babitkan nikah ni,seperti kemampuan.kemampuan duit la.kemampuan jasad.kemampuan akal.kemampuan kematangan..

semua tu inshaAllah boleh dimudahkan Allah.tapi banyak faktor perlu kita lihat..faktor keluarga nya.faktor masyarakat nya.tapi bukanlah nikah ni menyusahkan.

dah bincang2 semalam,banyak lah pandangan dari orang yang dah lama bernikah ya'ni akhi fauzi dan orang yang x brape lame bernikah ya'ni akhi din..

then habis2 berbincang akhi din kate :

haa...ni Tajul ni dah boleh dah...

Oh Tidak!!!!

aku bukan nak mencari alasan.tapi memang sebetulnya tak terfikir pun lagi dalam masa terdekat ni..

kadang2 ade gak ikhwah yg contact2 tanye:bile nak nikah...

oh Tidak!!!!

tambah ade plak kawan2 yang mengusik2...ades..ades..

ades..aku ni dah nampak tersangat boleh ker???

sebab muka tua kot..n gaya aku cakap macam sorang pak cik..
semalam akh syukrani ingat aku dah senior giler.padahal baru 20 tahun kot.sah muka tua aku ni..

oh tidak.oh tidak.oh tidak..

belum merasa keperluan lagi.Syed Qutb juga x silapnya tak berkahwin kerna tak merasa keperluan dalam arah tu.tapi bagi aku berkahwin ni perlu.untuk kelangsungan Islam..

tapi buat masa sekarang,keperluan tu belum ada.yang perlu adalah meningkatkan amal dalam dakwah.yang perlu adalah tingkatkan kualiti study aku.yang perlu adalah untuk gembirakan mak ayah aku

aku harap selepas kerja,atleast diorang dapat merasa senang.dapat aku bawak pergi haji.dapat berikan kehidupan yang lebih selesa..sekurang2 nya diorang dapat tengok hasil daripada didikan diorang Tajul ni jadi seorang yang mampu berdiri atas kaki sendiri.dan diorang tak perlu lagi risau.supaya diorang bangga mengatakan ni lah hasil didikan diorang.(bukanlah diorang x bangga dengan aku sekarang..tapi korang fahamkan konsep bangga bila dah berjaya dalam kerjaya)...

dan diorang boleh tengok betapa Tajul ni menjadi seorang aktivis dakwah yang mantap.yang menjadi seorang pejuang Islam.yang dapat menjadi syafaat di akhirat nanti kalau lah Tajul ini mati dalam memperjuangkan Islam..

tapi aku x lah menunggu tu semua sebelum nak bernikah kan..tapi atleast tunggu sampai perlu lah..


k..

nikah
nikah
nikah....

salam....


28 June 2008

salam ukhwah...

pagi2 lagi bangun..malam semalam tido lewat.mop bilik.sapu sampah dan kemaskan bilik.
so,pagi ni tadi bangun awal.sebab aku dengan miqdad pergi ke pejabat yayasan amal miri.ada mesyuarat rahsia..cewah..x la..cuma mesyuarat untuk konsert amal merdeka aja.tahun lepas CIS diberikan amanah dan tugas.tapi bila masuk dalam bilik mesyuarat maka kami sebenarnya bersama2 mahasiswa maktab perguruan/ institut perguruan dan seorang ikhwah dari UTP akan bergabung tenaga untuk menjayakan program ini.tanggungjawab yang agak besar diberikan kepada mahasiswa macam kami.tapi ini bukan melemahkan.ini adalah cabaran untuk menegakkan dakwah.

kalau dahulu abang2 yayasan amal yang menguruskan ,sekarang kami yang kena uruskan sendiri.start from scratch jugakla meeting tadi.brainstorming untuk projek dan macam2 lagi.

berkongsi pandangan tentang dakwah dan tarbiyah.berkongsi pandangan tentang kelayuan mahasiswa.sebenarnya aku seronok berbincang macam ni..sangat suka.dulu ada Big Bro,selalu jugak berbual dengan Big Bro pasal ni.kadang2 dia ajak.."jom jul,gi minum.borak2." lepas tu mulalah dia keluar segala hujah dia.dan dia nak kan hujah aku.tapi Bro dah grad..so,memang dah x da sapa aku nak borak pasal ni..dulu pun ada abang awang.abang awang ni memang pandangan politik dia berbeza gak dengan aku..so sedap la berdebat..tapi abang awan pun dah pindah..abes..aku nak borak dengan sape..mane ade la sangat yang kesah benda2 gini..

so,bersama akhi syukrani dan akhi faisal tadi memang ceria balik lah hidup.semangat betul bercerita.lagi pulak akhi faisal dari IPTA dan akhi syukrani dari UTP dan giat dalam gerakan dakwah,maka aku berjumpalah orang sekepala..huhuhu..

banyak berbual.pasal geraka dakwah.tentang permasalahan ummat.dan aku dengan lantang nya mengatakan bahwa masalah ummat ni apa pun segala macam masalahnya,hanya satu puncanya..x da kefahaman yang jelas terhadap Islam.orang Islam sendiri laridaripada memahami Islam dengan benar dan jelas..apa tu kefahaman Islam yang jelas??

haaa..tu kena panjang nak cerita..tapi konsepnya mudah..buka surah al baqarah ayat 208..wahai orang beriman,masuklah dalam Islam secara keseluruhan..

fahamkan maksud makna ayat ni.buka kitab tafsir..fi zilal ke,hamka ke,bukak je..baca pengertiannya..dan fahamkan maksudnya..

Keseluruhan itu amat jelas maknanya..maknanya tak ada lagi kita bezakan hidup kita seharian dengan Islam..kerna Islam itu kehidupan.dan kehidupan itu Islam..fahamkan dengan mendalam.bukan hanya kata2 kosong yang kita laungkan..

moga bermanfaat...


Saturday, June 27, 2009

dosa pendosa.pendosa berdosa.aku??

salam...

"benci dosa nya bukan membenci pendosa nya"

ungkapan ini mudah aku lafaz.kau dan aku lafaz.tapi sangat mudahkah kau dan aku,untuk bezakan perasaan benci itu.bolehkah kau beza kan sama ada yang kau benci itu adalah dosanya.bukan si pendosa??

bolehkah kau dan akuyakin yang kebencian membuak itu adalah pada dosa si pendosa.bukan pada sipendosa yang berbuat dosa??

dan lagi sekali,kalau kau tak mampu membezakan kebencian kau itu,layakkah kau untuk membenci si pendosa.sebab kau juga adalah juga pendosa.bahkan aku juga pendosa.dosa ku bergunung tinggi.seluas lautan tujuh.sedalam petala bumi yang tujuh.setinggi langit yang tujuh.

mampukah kita untuk meletakkan title pendosa pada seseorang sedangkan lekat pada kita title pendosa itu sendiri.

nahnu du'at wala qudat..

kita adalah da'ie.bukan penghukum..

asleh nafsik wad'u ghairo'

perbaiki dirimu dan serulah orang lain


benar.setiap anak adam adalah pendosa.tetapi dia tidak mewarisi dosa itu dari adam.tidak ada original sins of father..kerna kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita.sama ada fujur dan taqwa.kerna itu akal dicipta.kerna itu hati dicipta.kerna itu nafsu dicipta.kerna itu adam diturunkan ke bumi.dan membenihkan aku,engkau,bapak ku,ibuku,bapak mu,ibu mu , dan semua ummat yang ada.kerna Tuhan mahu melihat pilihan kita.apa mampu kita buat.kerna Dia berkata, "aku lebih tahu apa yang kamu tak mengetahui"

maka ketahuilah..dalam kau membenci dosa.kau juga adalah pendosa.maka kau tidak layak menjadi penghukum kerna yang se maha adil menghukum adalah Dia..dan kerna kau tidak layak menghukum dan kerna kau juga adalah pendosa,maka kau padankanlah dengan bait kalimat "perbaiki lah dirimu"..tetapi itu tak cukup.seperti makan nasi tanpa minum air tak membuahkan kepuasan rasa makanan.(macam makan lelapan tak minum air..pasti menyeksakan).maka kau serulah orang lain..serulah mereka untuk perbaiki diri mereka.dan perbaiki dirimu.

kau juga pendosa.mereka juga pendosa.aku,kau dan dia..semua pendosa..

maka kenapa kau keji pendosa.bukan dosanya yang kau keji..(sebenarnya ,adakah beza??)..pendosa itu ada ruang taubat baginya pada Tuhan nya..tapi kau yang mengata pada pendosa itu,adakah tak kau lihat ada ruang dan lubang neraka yang kau cipta untuk diri kau sendiri..

kau juga pendosa.mereka juga pendosa.aku,kau dan dia..semua pendosa..

dan pada dosa yang menggunung itu,ada pintu taubat yang luas.kalaulah luasnya bagai langit.awan yang ada cumalah tombol pintunya dan hiasan pintunya..

dan disebalik pintu itu ada Dia.dengan senyum dan mesra.menunggu pendosa-pendosa ini,menangisi dosanya dalam taubat berjuta kali.dalam malam dini hari.berjumpa dengan Tuhan nya..dengan hati yang kerdil dan kecil.

untuk sejuta kalinya...

untuk sejuta kalinya....

untuk sejuta kalinya......


...................................................................................................................................

ar-rijal

2.51 am
miri.sarawak..

dari seorang pendosa..


Friday, June 26, 2009

Kalaulah.....


Kalau..Kalau..Kalau..Kalau...

Kalaulah Allah lihatkan amalan kita..
berapa banyak dosa.berapa banyak pahala??
Kalaulah dosa itu macam batu.
berapa berat perlu kita angkat?
Kalaulah pahala itu bagai duit.
Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa.
dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
adakah kita akan berkawan dengan mereka?
atau takut dan memusuhi mereka?
atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan..
(tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah,Muhammad hidup bersama kita
adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi..
malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
malu sebab tinggalkan risalah baginda.
malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.
padahal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
padahal dah tahu pegangan kita sama!!
padahal dah tahu pangkat dan jawatan
tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka.
tempat dan rupa nya bagaimana.
apa ada dalam syurga.apa isi dalam neraka.
dan setiap ahmad,abdullah dan arrijal
dicop dia munafiq,kufur,islam atau beriman...
masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..
masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita
masihkah kita sanggup syirikkan dia?
agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!

Berkalau-kalau tu amalan syaitan..
tapi "kalau" yang ini aku tulis
untuk keluarkan kau,aku dan dia
dari terus teruk daripada syaitan


............................................................................

arrijal..

ini bukan sajak.cuma monolog diri.kalau kamu terasa dan faham..baguslah..


Thursday, June 25, 2009

malam ini.sekali lagi.





malam ini
sekali lagi
mata menangis
sayu.lebur
dalam ingatan dosa
dalam memoir hitam
sekali lagi

malam ini
sekali lagi
aku sendiri
berjumpa Dia
ampun.maaf.
pada khilaf

malam ini
sekali lagi
mata merah.
pejam.air mata.
tumpah ke sejadah
sekali lagi..

malam ini
sekali lagi
dalam jutaan ampun
dalam robek hati
hamba bertemu Pencipta
dalam bahasa dia sendiri..
sekali lagi dalam berjuta kali...


arrijal
26 Jun 2009
2 pagi

Bukan Puisi Lagu ku

aku berpuisi bukan pada puisi laguku..
aku berlagu bukan pada lenggok bahasa ku..
aku bukan menulis pada indahnya kata
bukan pada cantiknya bahasa

rentak jari yang menari
adalah bukan meniru pemuisi kini..
bukan meniru fynn jamal,wani ardy mahupun ana raffali..
aku tak kenal mereka..
lenggok lidah menutur kata bukan satu maksud bahasa

aku menulis adalah kerna Dia.
aku berpuisi adalah kerna Dia
aku menontonkan cerita cinta ku adalah dengan Dia.

aku membawa mu bukan pada yang lain..
bukan pada nafas nafsu yang bernafas atasku
bukan pada hati mati yang lari dari hidup
bukan pada jiwa palsu yang lesu..
bukan pada mata yang kelabukan makna hidup..
bukan pada seronok yang kau kata kan seronok..

aku hanya bawa mu pada Dia..

yang meletakkan hati hanya pada Dia..

dan hati ini penuh..
seribu,dua juta,3 ratus billion
(masakan boleh dikira perihal cinta)

dan hati ini tidak boleh masuk dan wujud nya kau.
dan mungkin yang lain.
Kerna Dia dah ada dalam nya.

mana mungkin dapat ku tanggung satu lagi cinta
kalau cinta itu satu dan ku berikan semua nya..
Hanya pada Dia!!


Ar-Rijal
26 June 2009
Miri
12.56 a.m


25 June:: apa yang aku buat

salam ukhwah

hari ni aku x buat ape2 sangat.

ingat nak gi masjid lutong tadi.tapi 2 aa..bertangguh2.akhirnya da terlewat..

semalam aku ngan miqdad gi Bintang dengan gamble nye..maksud dengan gamble nye tu x leh la gtaw..karang ade orang marah..hehehehe..

so,ade la beli Biq Apple siket..kelmarin da beli.semalam beli.cannot resist laa..

manusia ni memang fitrah nya sukakan yang sedap,yang indah,yang cantik kan...

Then malam nye aku,joe,shahul,hafiz,yaqin,kash,syafiq shuhaimi n miqdad gi maen badminton kt MPH.sampai kol 11.40 kot kitorang main.balek je aku terus tidoq..x tahan daa..

n hari ni aku lagi sekali memikirkan beberapa perkara..
apa arah tuju aku?lepas habis belajar,aku akan berkerja.kalau rezeki ada inshaAllah dengan Petronas.but then,after that,what`s next??


alhamdulillah,akumendapat sinar tarbiyyah dekat sini.sekali pernah aku bertanya dekat murabbi:

arrijal:akhi,ana alhamdulillah sekarang masih semangat dalam tarbiyyah.dalam dakwah akhi.dan ana nak sangat untuk terus dalam jalan ni.tapi akhi,ana tak tahu sama ada ana akan terus macam ni untuk masa depan atau tak.kalau dah kerja.kalau dah ada keluarga..ana takut ana akan terkeluar dari jalan ni..

murabbi: enta duduk dulu dalam jalan ni.enta letakkan hati enta pada jalan ni.baru enta tahu dan akan terus berada dalam jalan ni..

(ada la lagi yang lagi panjang di perkatakan murabbi..tapi cam biase,panjang sangat)


dulu,aku memang minat giler politik.dengan semangat dulunye nak amik course Law..da dapat da beberapa tawaran yg mantap.tapi aku tolak sebab alasan yg x logik gak laa..n digelakkan kawan2 aku bile aku crtakan kt diorng.tapi aku bersyukur.kalaulah aku ditempat lain aku mungkin tak kenal sinar tarbiyah ni.aku mungkin tajul yang dulu.

sambung balik...aku nak amik law n masuk politik.dan disitu aku boleh ubah dan perbaiki negara.perbaiki nilai anak2 muda.banyak lagi impian aku..impian besar seorang pemuda yang naif..

tapi bila setelah ikut sedikit tarbiyah..beru aku faham..macam mana un kita tengok yang ahli politik ni cuba perbaiki negara tapi tetap hancur.nak perbaiki anak muda dengan macam macam kaedah.dengan rakan muda la.dengan khidmat negara la..2 semua alat je ya syekh...macam mana nak perbaiki kalau asas nya pun x da..

macam sebatang pokok la.pokok 2 susahkan kita.kita potong ranting die,esok tumbuh ranting baru.tapi kalau kita racun kan akar die.maka mati lah pokok tu.

jadi akar masalah yang seribu macamni ape sebenarnya?

cuma satu dan satu sahaja..

kefahaman Islam..

x payah cakaplah nak tubuh kerajaan Islam.nak kan anak muda baik2.nak kan pemimpin muda yang mantap..

x payah cakaplah nak negara yang maju.kerajaan yang bersih..kalau kefahaman nye tak de.

kalau Islam nya x lekat dalam hati.kalau Islam nya hanya sekadar dekat kad pengenalan aje.

kalau Islam nya hanya setakat dialungkan pada mulut yang aku ni pemimpin melayu Islam.dulu,kini dan selamanya.

x payah cakaplah untuk tubuh negara Islam kalau Islam itu kita letakkan pada undang2 dan hukuman2..cuma sekadar retorik kosong!! dibawah kepimpinan ulama...

politik2..macam2..

apa yang kita perlu buat ,bawalah ummat untukmemahami Islam.contoh paling best lah..yang terjadi kat aku..ade senior aku from ex maktab aku dulu.dia tanyakan pertanyaan dalam forum online ex mktb aku..pertanyaan nye macam mane nak buat kalau ade yg nk ikut ritual sedut harta karun dengan bomoh2 ni..

aduhai2..so aku cakap la..tu bukan setakat scam..tu masalah aqidah n bla..bla..blaa....

so,brader ni agk faham laa..sebab lepas 2 die email balik.care die cakap cam die faham

lepas 2 x baper ari tu,ade la duaorng manusia yang menulis balik pasalhal ni..sorang berkata,die pernah engok denga mata sendiri .n dia kata,nak buat,buatlah..tapi jangan khurafat sudah..

ades..jangan khurafat sudah??

x khurafat n mensyirikkan Allah ke 2??

n ade la brader yg ke dua ni dengan yakin nye dalam bahasa inggeris(profesional lah tu) bercakap yg sebenarnya ni relationship master n slave..so,kite ni master n jin 2 slave.so x la wujudnya penyembahan2 tu..ades..terbaik nya ayat..macam game ye..

kalau dah syirik tetap syirik..

babi tetap babi walaupun dipakaikan baju manusia dan di mekap..

ape yg jadi isu disini..brader2 ni adalah orang profesional yang mantap2..lepasan universiti terkemuka dan lepasan MRSM yang terkemuka..aku jugak lepasan maktab ni..so,aku faham macam mana studentnya dibentuk..

tapi ni lah keprofesionalan tanpa kefahaman...

so,kalau korang tengok,ni ape yg jadi dekat ummat sekarang ni...

macam mana berdegang cakap pasal Islam sedangkan hal asas aqidah pun x dapat nak dibezakan..

macam mana semangat gila kata aku pejuang melayu Islam,tapi hal2 mensyirikkan Allah pun x sedar..

aduhai2..ummat ku...

x payah lah cerita macam2..kita bentuk dulu ummat.kita bawak dulu ummat kepada Allah..faham kan dulu Islam ni sebagai cara hidup..Islam ni mudah..

kita nak cerita yang lain2 tu macam kita selesaikan masalah ranting..

masalah ummat sekrang ni bilamana ummat lari daripada Islam dan orang2 yang bijaksana membincangkan perkara khilafiyah..bincang perkara2 seperti arasy Allah dekat mana,sifat 20 Allah n macam2..padahal ade lagi penting.ummat sekarang tengah sesat baghat(quoted from murabbi)..

Fahamkan lah bahawa bilamana kita bershahadah itu bemaksud dalam hidup kita tak ada algi sembahan2 lain yang kita harapkan..x kira lah dari master-slave ke,duitke,perempuan ker,awekz2 ker,duit ker...apa yang kita harapkan cuma pada Allah..itu sahaja.x lain.x de yang lain..

Aku nak tanya laa..kenapa Nabi ambil masa sepuluh tahun berdakwah di Makkah ceritanya tentang aqidah aje..

kenapa ayat Quran itu turun selama 13 tahun di Makkah ceritanya tentang aqidah je..

kenapa beza yang teramat sangat antara ummat waktu zaman Nabi dengan ummat yang ada sekarang??

aqidah ummat sekarang aqidah celup2..

bukan aqidah yang disucikan..

kalaulah nak faham kan tentang aqidah ni mudah macam makan ice jagung kat pantai tangga batu di Bintulu,Nabi tak perlu susah payahsampai 10 tahun di Makkah..

mengesakan Allah ni bukan setakat kita tahu maknanya sahaja.tapi kita faham dan sucikan hati kita...suci maksudnya x da yang lain lagi dah..kecuali Allah..

kalau sakit sikit da jumpa bomoh...buat pulut kuning n macam2...

kalau kena dump ngan awek atau boyfriend dah macam nak mati...

mana korang letakkan cinta Allah tu dalam hati..

kata cinta Allah itu cinta teragung..teragung la konon..

senang cakap..tapi susah nak buat kan...

ummat2....

k..nanti aku tulis lagi...

p/s:kalau korang rase aku tulis ni agak sempoi n tak suke,visit la cetusanminda.wordpress.com


kalau still rase kasar gak pergilah ngaji kitab kuning...

salam

ar-rijal

Tuesday, June 23, 2009

pening

salam ukhwah..

malam semalam ade daurah kat umah abang din..(huhu.keje aku gi daurah,usrah,liqo',ta'lim,gi peryatim..2 je la yerk..)..sebenarnye daurah 2 khusus untuk aku n miqdad.Daurah keperibadian dai`e.murabbi cakap nanti nak buat daurah murabbi untuk kitorang.

so,semalam memang menarik la..diajar pasal etika-etika.cara2 berpakaian.cara senyum profesional.cara berjalan profesional..hehehe..tengok,sapa kata Islam cuma aspek ibadah khusus dan kerohanian sahaja!! jangan jadi jumud.jangan jadi sekular.Islam ada tetapkan panduan segalanya.lihat betapa profesionalnya Rasulullah dalam berpakaian, Baginda ada baju khas untuk solat jumaat..sama gak macam2 VIP sekarang.ada baju khas nak ke parlimen.tapi setakat baju je la :)

so,yang best nye semalam hari jadi kak ana.kak ana ni zaujah akhi din.so,memang banyak gak la makanan di jamu.sedap la kak ana.hehe..lain kali buat lagi yek..hehehe.

ade soto,ade kek,buah tembikai n macam2 lagi laa..nasib baik tengah liqo x ngantok..tapi pening2 siket ade la..

then petang semalam call mama..heheh..mama kata tengah musim durian..so ape lagi,anak nye yang x taw malu nk makan ni mintak la mama mengepos kan durian..huhu..durian di pos..

petang semalam aku gi peryatim.lepak2 dengan ustaz n abng rashid.berbual la pasal mancing.ni ari ahad ni kitorang nak gi niah.gi mancing udang.wohooo!!!!dapat 2 kilo jadi laa..heheheh..

then berbual la pasal budak2..ade la sorang budak ni kene tngkp rokok..nak kene debik ni..hurm.biasela.budak2.

then aku bincang dengan abng rashid pasal tuisyen.nak kene buat gak cuti niyh..tengok lah.inshaAllah boleh la kot.

sekarang ni banyak orang cerita pasal masalah hati.masalah hati ni sama macam laptop la.cuba kau bawak kat kedai mane2 je.memang la elok die repair.tapi sekejap je la.cuba kau bawak repair kt die nye company production die.contohnya kat acer workshop ke untuk laptop acer.macam baru laptop kau di repair..

jadi masalah hati ni cuma boleh diubati dengan kembali kepada Pencipta hati tu..ape nak cari lagi.nak cari ketenangan macam mana??cari lah dengan berjumpa Tuhan.kan senang.simple je.tapi susah nak faham dan buat kan..adeh2..

aku pun ade masalah hati.masalah hati antara fujur dan taqwa.antara nak pilih satu2 tindakan aku tu.aku ni dulu jenis mengarut je kepala otak.so,kadang2 tu nafsu mengajak untuk aku buat benda yang aku selalu buat dulu.lagi pulak bila ade yg melamar2 ni..so,naik tocang le nafsu kan..
memang la seronok Tajul oooi..buat benda2 haram tu.buat maksiat2 niyh.tapi camne seronok pun hati kau tetap menolak kan...

jadi maaflah..aku terpaksa menolak.kalau kau offer aku satu waktu dulu,aku mungkin la cekup je offer kau.tapio kau tanye aku yg sekarang.sebab...sebab aku dah yakin dengan jalan yang aku lalui.aku bukan tajul yang kau kenal dulu.yang boleh kau ajak buat benda2 x elok ni..jadi maaflah,kalau aku buat kau sedih.tapi aku betul2 x nak murka Allah.biarlah kau kata aku kejam ke,badget baik ke,ape ke..ape aku kisah.aku cuma nak kan redha Allah.aku x tahu la kau bace ke x blog aku ni.tapi kau tahu blog ni wujud.jadi kalau kau baca,maaf skali lagi.kalau kau nak ikut jalan ni,aku bersyukur.tapi kalau kau masih nak ikut jalan yang lama..terpulanglah.banyak lagi orang lain yang nak kan kau.jadi x perlu cari aku.aku ni bukan nye hensem pun...

ades2..masalah betul lah hal2 camni..

huahua..dah2 cukup2 lah merapu!!

kita masih muda.jadi gunakan masa muda dengan kebaikan.bukan isi dengan kemaksiatan.

enjoylah..tapi letakkan enjoy tu pada kebaikan.

aku pelik la.bila orang kata enjoy.maka ingat pasal happy hours tengok wayang.main bowling.gi funfair.gi clubbing..gi dating..gi macam2 lagi la..enjoy msti maksudnye macam tu..

gi masjid x enjoy ker??aku x faham la..ades2..

macam kata2 blogger lalilatulmawardah laa...betapa tarbiyyah tu mengubah pengertian enjoy tu.. enjoy kite bukan lagi pada seronoknya dunia.tapi pada usaha dakwah dan tarbiyah.biar habis duit,penat badan,habis masa,kena kutuk dan kritik,kena tahan n macam2 lagi,tu lah enjoy pada tarbiyyah.tu lah seronoknya dan indahnya pada usaha atas jalan dakwah..

aku dulu pun tengok orang ikut usrah ni,gi masjid ni boring dan bosan.x de tempat lain ke nak pergi n buat..huahuahua..sekarang bila dah rase baru tahu betapa best nya!!!

bak kata murabbi..orang dakwah ni pun bile die rehat pun adalah dakwah..even dia mimpi pun adalah dakwah..

ok la..cukupla ape aku nak cerita

salam


maafkan aku...

maafkan aku untuk sekian kalinya
kerna aku x dapat menerima mu
maafkan aku untuk sekian kali nya
kerna aku x dapat menyambut cinta mu..

kerna pada diri ini kau cari keseronokan dunia.
dan itu aku yang dulu.
kerna pada diri ini kau cari permainan nafsu
dan itu adalah aku yang dulu..

pada diriku kini adalah aku yang kini.
dan yang kau cari adalah aku yang dulu..
maka aku tak mampu menerimamu.

kerna hatiku telah ku penuhkan dengan cinta Dia.
Dia satu2 nya
Kerna pada Dia aku hamparkan cintaku
pada Nya aku persembahkan diriku.
hati dan jiwa telah penuh menyebut nama Nya
dan bukan nama mu..

langkah ini adalah untuk Nya
nafas ini adalah untuk Nya
kata2 ini adalah untuk Nya
jejak ku tapak adalah untuk Nya

dan kerna itu aku x mampu menerima mu!!


.............................................

salam ukhwah.

sajak atas aku tulis sebagai bual bicara untuk yang memahami.maafkan aku.aku sekarang cuba untuk serahkan diri aku dalam jalan dakwah.maka setiap apa yang aku lakukan adalah untuk jalan dakwah selagi aku mampu.walaupun aku tahu aku banyak buat khilaf.maka juga jodoh juga telah aku letakkan dalam jalan dakwah.dengan siapa biarlah bukan aku yang menentukan..

yang kau cari adalah tajul yang dulu.aku minta maaf kalau buat kau bersedih.tapi kau menemui bukan tajul yang dulu.aku x dapat lagi bagi kau apa yang aku pernah buat dahulu.aku x boleh lagi berikan keseronokan dunia yang kau cari.tapi kalaulah indahnya cinta Tuhan yang kau cari,aku amat gembira..

ar-rijal


*ades.lagi skali aku ber emo..tapi yang ni perlu.mungkin kau lagi mudah memahami...

Monday, June 22, 2009

cuti niyh..ni post agak emo.dan post agak gembira..harap tahan gelak.or tahan marah.

salam ukhwah..

semua orang dah balek daa..heheheh..huahuahua..tinggal yang ade kat sini,aku,miqdad,fahmi n beberapa orang lagi...

so,ape nak buat??

dalam 2,3 hari ni aku jadi driver sapu menghantar orang pergi ke airport.smalam antar shafiq jasmim..

semalam malam aku ambil murabbi kat airport.akhi fauzi balek dari semenanjung.banyak jugak dibincang.aku memang sengaja ambil peluang nak ambil dia.biasa nya akhi din atau akhi waled yg ambil.tapi aku nak ambil dan sambil2 tu boleh timba banyak ilmu daripada murabbi.pengalaman dia.dan boleh berbincang banyak benda..

tadi petang aku,al-miqdad,amalina dan kay anne pergi bank.nasib baik al-miqdad teman.alhamdulillah.jazakallah akhi...kitorang bank in kan cash in hand cis sebab takut hilang waktu cuti..

tadi pon tolong 2 orang sahabat maldives pindah rumah.

lepas balek bank tu aku singgah peryatim.sesaje.lepak2.berbual2.sampai2 ade la plak 2 orang manager petronas datang hantar sumbangan.so,ibu juliayanah perkenalkan lah aku dekat diorng.tengah2 diorang meeting 2 aku di ajak join skali..so follow je la..tapi x lame sbb lepas 2 ibu juliyanah bawak aku n 2 orang manager 2 pergi makan.alhamdulillah.rezeki.lepas budget makan tengah hari..hehehehe


so,dalam tengah2 makan 2 berbual la dengan manager 2.nama nya encik nusfairi..rupa2 nya dia geologist kawan kepada prof dr eswaran..habes la..dah sorang future geologist berjumpe manager yg dulu sorang geologist,crta pasal outcrop miri laa..

hehehehe



thank u Dr Prasanna n Prof Eswaran.sebab korang la aku ade idea apa yg diceritakan oleh Encik Nusfairi n ade gk la benda nak digebang..hehehe.

berbual2 tu,aku selit2 la sikit...then aku cerita kt diorang program yg kitrng wt kt peryatim.yg tusyen 2 la especially.n diorng minat nk toloong.alhmdulillah.dapat rezeki makan..save duit budget lunch...n dapat contacts baru untuk program ni.alhamdullillah.syukur pada Mu Tuhan,Kau mudahkan perjalanan dan perjuangan ku..

dalam minggu ni ada liqo`.then inshaAllah aku nak bawak budak2 junior ikut ta`lim hari khamis nanti.biar terisi masa diorang dengan benda berfaedah.janganlah habis2 exam je terus gi ramai2 tengok wayang.gi enjoy2..sedangkan ada benda berfaedah perlu dibuat.masa kita sedikit.tapi kerja kita banyak.kenapa nak dibazir dengan benda tak berfaedah.

aku x faham lah..kita boleh je habiskan masa dan duit dan tenaga nak gi town untuk tengok wayang tapi x sanggup nak sediakan atleast masa kita dalam 1,2 jam untuk ikut dan dengar majlis ilmu.transport disediakan.duit minyak disediakan.tmpat pun dsdiakan.makan minum pn sdia.semua dah ada.cuma nak hadirkan hati je untuk ikut.patutnya dah habis exam ni lah kita berlumba2 nak beramal..waktu exam tu mungkin lah..sibuk.tak boleh nak ikut usrah.study.tapi ni da abes exam kot.ape lagi alasan.

tak kan la alasan,saya malas nak ikut usrah sebab saya nak gi tengok Transformers 2..or sebab saya nk enjoy.dah sampai semenanjung nanti lagi lah.bila dijemput pergi daurah,ada jugak lah alasan diberi.mungkin betullah kot.sebab jarak perjalanan n ada masalah.tapi kalau semua dah disedia..pengangkutan n segalanya..tapi kita tetap pilih perkara yang lagha jugak nak dibuat..keluar enjoy sampai tengah malam.lepas tu kasi alasan seribu satu macam..

terbaek la alasan..

manusia ni memang suka memberi alasan kan..

x boleh ke merasa keseronokan dan keindahan hidup 2 dengan menaburkan kebaktian kepada Allah.bukan bermaksiat kepada Allah.bukan rasa seronok dengan memilih lagha berbanding redha Allah..aku x faham.aku x faham.apa yang korang belajar dalam usrah.murabbi korang mantap kot.same2 aku liqo dengan dia dekat akhi fauzi dulu..nak buat camne kalau hati x nak diberi dan disediakan untuk dakwah dan tarbiyah.

kita kan dah faham yang kita kena perbaiki diri.tapi kenapa x bukak hati kita untuk terima perubahan.janganlah bila ada kawan yang cuba nak perbaiki diri dikutuk dan dikritik sedangkan diri sendiri tak pernah pun cuba nak berubah.kalau ditegur x dapat nak terima padahal apa yang diperkatakan benar.susah sangat rasanya nak rendahkan hati untuk terima nasihat.

kalau x boleh nak terima kritikan orang janganlah nak kritik orang..

ades.emo pulak aku.tapi kadang2 marah kerana Allah itu perlu.marah sebab melihat kemungkaran.marah sebab banyak sangat kemaksiatan kepada Allah.sebab dari marahlah lahirnya perasaan untuk mengubah!!

ok.stop emo2..

aku dulu jenis cepat marah.sekarang alhamdulillah.dah kurang sikit.kadang2 terlepas jugak.tapi still dikawal.

then hari tu aku dah buat sorang kawan aku bengang dengan aku.hehehe.tapi tetap..BIARLAH!!

sebab aku x nak dia membuat kemaksiatan.aku x nak dia menjadi fitnah dan menyebabkan orang lain menjadi fitnah..kalau kau fahamlah sahabat.aku sayangkan kau dan kagum dengan kau sebab perubahan kau dulu.kau yang mantap ibadatnya.mutabaah terjaga.tapi sekarang lihat lah sendiri.how low you had fall..aku nak tarik kau balik.aku tau,macam selamatkan orang dari air daripada lemas,sang penyelamat akan ditolak.akan ditumbuk.sebab panik nya si tenggelam lemas itu.sama juga kau.kawan2 kau,aku,miqdad n lain2 sekarang nak cuba selamatkan kau.dari kemaksiatan dan fitnah..dan aku tahu yang kitorang pasti akan alami nasib yg sama dengan sang penyelamat yg nak selamatkan orang lemas.

aku x kan pilih jalan ni.jalan dakwah ni.sebelum aku tahu apa yang bakal aku hadapi.aku tahu yang pembawa dakwah dan tarbiyah akan sentiasa diuji

aku x nak lebih.aku x nk orang puji.aku x nak sorng kwn aku kate aku hebat dapat buat macam2.most promising la..dah banyak berubah la..kuat lah.aku x nak pujian tu semua..dah banyak dah aku dgr.aku cuba elakkan..semoga Allah pelihara hati aku daripada riya dan ujub serta takabbur tatkala aku menulis perenggan ni dan seluruh isinya.

tapi apa yang aku nak cuma redha Allah.sahabat.kau pun tahu aku ni macam mana dulu.sampai sekarang masih ada lagi tinggalan jahiliyah dalam diri aku.banyak lagi.salah satu sebab aku x brani bawak liqo pun sebab aku rasa aku masih jauh lagi.tu lah sebab aku cuma bawak ta'lim je.pengisian nya x berat..tapi aku cuba nak berubah dan perbaiki diri.dan aku pun nak ajak yang lain sekali.aku nak ajak kau sahabat.sebab aku sayang kan kau.

aku pilih jalan ni pun sebab aku nak tebus dosa aku yang bertimbun banyaknya.bukan sikit dosa aku.semoga jadi kifarah penebus dosa.nak redha Allah.tu je.aku x kesah dah sijil ke ape ke.kalau ade 2 bonus.kalau x de Allah dah beli dari aku dengan habuan yang lebih baik.

aku x kan pilih jalan ni kalau aku tak tahu yang banyak nya dugaan merintang.banyaknya ujian yang datang.yang datang dari segi pujian dan kata2 manis.yang datang dalam bentuk kritikan dan kutukan.yang datang dari segi kebencian.yang datang dari tekanan.yang datang dari kekurangan kewanangan.yg datang dari masa yang suntuk.dan yang datang dari kawan sendiri..

tapi selagi nafas ini aku hembus,nafas ini adalah nafas dakwah.selagi kaki aku melangkah,langkah ini adalah langkah dakwah.selagi mulutku terucap,kata2 ku adalah dakwah..

mungkin aku masih lagi banyak silap.aku x sehebat miqdad.aku x sebaik afiq.aku x semantap abang saiful.tapi aku nak perbaiki diri.dan aku nak bawak kawan2 aku..aku usaha apa yang aku termampu.selagi yang boleh aku buat.selagi nyawa tak tercabut.aku cuba untuk buat.dan kalaulah nyawa aku pun terkorbankan dalam jalan ni.inshaAllah.aku redha.dan itu yang aku harapkan..

...

inshaAllah cuti ni aku cuba isi sebaik mungkin.aku da plan da dengan abng satu(driver bas) nak gi mancing.tapi rod aku x smpai2 lagi ni.hehehe.

buku2 berharga 60 ringgit tu aku nak habiskan baca..tapi aku nak habiskan buku2 yg penting dulu.yang aku letakkan keutamaan dulu lah..ya'ni:

Fiqh da'wah jilid 1 dan 2
Al Islam oleh Said Hawwa jilid 1
manhaj haraki jilid 1 dan 2
mengulang balik membaca kitab tauhid zindaini

n paling penting risalah tsulasa oleh Al Imam Hassan Al Banna..

banyak gak nak bace.hehehe.xpe.masa panjang.then mungkin nak singgah kuching.jumpa abang awang.tapi duet x da..hehehe.

tapi paling penting,gi liqo' n ta'lim.tolong akhi waled n akhi din dengan program diorng.maka inshaAllah cuti ni berfaedah la aku isi.ingat nak keje.tapi kat ner??

ades...

duit x de.maka aku pun berjalan lah menuju penghabisan.dengan poket hanya berisi tangan..hehehe..

Petronas.cepat la masukkan duit.hehe..ade banyak benda nak kena bayar ni.duit excess.duit kompas kerol yg aku ilangkan..sori kerol..sayang kau.hehe

adehehehehe

nak masak..hobi aku masak.nanti aku letakkan resepi.miqdad kate nak bagi resepi ayam percik diraja..hehehe..miqdad cerita kaw2 punye la.tapi biase la..kadang2 die trlbih exaggerate..tapi aku rase msti sdap nye..teori aku la.tgk la cmner nanti..hehehe..

k.sampai situ je la..kalau aku dae stori best.aku crta..tapi msti adenye.hidup aku best..hehe..



salam.

semoga cuti diisi dengan baik.inshaAllah.

happy holiday..

ar-rijal



Thursday, June 18, 2009

menyendiri...

salam ukhwah..

sekarang ni sebenarnya masih lagi ada satu lagi paper esok.tapi entah kenapa masih rasa nak menulis.kawan-kawan semua study kat NSA.ada kt bilik miqdad.ades.boleh je nak study ramai2.tapi tu lah.aku lebih suka duduk dalam bilik kot.

cakap pasal menyendiri ni.sebahagian hidup kt sini alhamdulillah dipenuhkan dengan aktiviti2 dan program2 yg baik gak lah.aku suka lepak2 kat PERYATIM(rumah anak yatim).duduk berbual dengan budak2 tu.duduk berbual dengan warden.dengar cerita2 budak2 kecik kat PERYATIM.dengar ape diorng nk luahkan.bergurau2.datang buat taklim.

and bila aku rasa sangat seronok macam tu.rasa ketenangan hati.aku nak orang lain rasa jugak.tu sebab Tuisyen PERYATIM dianjurkan.mungkin hati ini perlu dilembutkan dengan elihat kesusahan orang lain kan.alhamdulillah.sambutan kawan2 yang nak ikut boleh tahan gak.khairin semalam tanya aku boleh join ke x..alhamdulillah.aku syukur kalau dia nak join.tapi syarat nya kau ikut taklim le khairin.

hati aku keras.mungkin hasil dari jahiliyahnya zaman remaja aku.aku nak lembutkan hati.biarlah dari segi semangat dan fizikal aku teguh.hati aku teguh dan kuat.boleh buat macam2.boleh harungi macam2.tapi hati aku perlu lembut untuk menangis di depan Tuhan.

biarlah bagai satria atau singa rimba di siang hari.tapi abid yang menangisi dosa di malam hari.


sahabat.kalau lah kau tahu betapa nikmatnya mengadu dan menangis di hadapan Nya di tengah malam waktu tiada siapa bersama engkau dan dunia kelihatan memusuhi engkau,engkau pasti akan rindu untuk menitiskan air mata.kalau kau tahulah bahawa bila malam kau menangis dan tanpa kau sedar sebenarnya di siang hari esoknya kau semakin kuat.kerna kau tahu,kalaupun satu isi duni ni memusuhi engkau,engkau masih lagi ada Allah!!

selain dari PERYATIM ,aku alhamdulillah ikut usrah.bawah akhi fauzi.kitorang panggil dia abng fauzi tapi sebenarnya umur dia lagi tua dari mak ayah aku.haha.x kesahlah.tapi jujur aku cakap.tarbiyyah melalui liqo lah yang banyak mengubah aku.satunya aku dari dulu melihat kehidupan dengan kritis.kadang2 aku persoalkan hal-hal ketuhanan dan fikirkan tentang kewujudan Tuhan.tentang adilnya Tuhan dan macam2.aku melihat perjuangan pun dulu dari sudut berbeza.alhamdulillah,tarbiyah dan dakwah mengubah pandangan aku.dan aku dapat cari ketenangan yang menyenangkan.seronok bersama dnegan ikhwah di miri.dengan murabbi.dengan akhi din,akhi waled,akhi hafizth,ukhti hanim,ukhti ain,ukhti shuhada.seronok ada teman yang sama pemikiran.seronok ada ikhwah cam afiq n miqdad.

nak dibandingkan aku dengan diorang,aku sangat jauh ke belakang.lupa nak cakap.dalam liqo kitorang,aku,miqdad n afiq je student.yang lain semua dah kerja dah.kitorang je masih budak.tapi still layanan tetap sama.kitorang tak dipandang kecil sebab kitorang masih student.tapi kitorang tetap dilayan setara.diberi tanggungjawab yang setara.bahkan mungkin lagi berat.adeh..

persahabatan yang terbina atas dasar akidah memang sangat kuat.perasaan dia berbeza dengan persahabatan biasa.

nak cerita lah dulu.waktu datang sini.aku cukup malas dan agak bengang nak join.siap diketuk tingkap dan dijemput pun aku x nak join.tapi ada gak la sedikit peristiwa yang mengubah.haha.

dan akhi zahir.murabbi pertama aku dulu yang selalu aku mengelak nak jumpa sekarang menjadi antara orang yang paling aku hormat.yang kalau ada problem pasal tarbiyah,aku tanya dia selain daripada akhi fauzi lah.

alhamdulillah,aku nak terus berada dalam jalan dakwah ni.aku nak ubah diri keluar dari kejahilan lalu.

 bukan nya aku x pandai ilmu agama.alhamdulillah,mak ayah aku bagi pendidikan agama yang cukup.dan alhamdulillah Allah bagi aku kebolehan menghafal dengan baik.jadi atleast kurang2 juz amma dan beberapa kerat hadis tu aku hafal la.x la sampai tak taw nak solat atau x taw hukum hakam agama.

tapi,ilmu agama tak sama dengan kefahaman agama.bila kita faham agama maka kita taw apa yang kita buat hanya nak menuju redha Allah.aku dulu taw agama.ada la sikit2 ilmu agama.tapi dosa banyak je buat.ades.

jadi aku sedih bile tengok usrah tak mampu megubah orang.benar.hidayah tu milik Allah.tapi keinginan untuk mengubah diri tu datang dari diri sendiri.dalam usrah kita jadi orang lain.baik.tapi keluar je dari program menjalani kehidupan biasa,kefahaman yang kita ada tu kita x pegang.banyak dosa kita buat.tu hipokrit tu.

aku bukan orang yang terbaik antara semua dan aku mungkin antara yang paling teruk.

sebab aku pernah jumpa ikhwah yang dulu remajanya juga dalam jahiliyah.tapi diorang boleh berubah.kenapa diorang boleh tapi kita tak boleh??!

kawan2 aku pun taw aku macam mana dulu.tapi alhamdulillah.mungkin terdetik niat nak berubah sedikit2.betullah,nak berubah bukan senang.perlahan2.

kalau apa kita belajar tentang shahadatain semua tu tapi tak fahamkan dan praktikkan dalam hidup,maka pasti ada silapnya dengan diri kita ni..renung2 kanlah.

aku pun tengah nak perbaiki diri.banyak lagi jahiliyah dalam diri aku.

selain tu aku join JCLA.tujuan aku join bukan nak sijil sangat.sijil tu kira bonus la.aku nak belajar macam mana cara nak manage sesuatu program dengan mantap dan berkesan..supaya agenda yang aku nak buat menjadi.dan korang mungkin ada yang taw apa agenda aku.

sekarang ni aku dilantik jadi Treasurer untuk curtin Islamic Society.kire persatuan pelajar islam curtin la ni.mula2 dah tolak sebab nak fokus kepada dakwah dan tarbiyah.tapi atas nasihat murabbi,ambik je lah.moga Allah membantu.

inna tansurullahhu yansurkum..

semoga CIS mampu menjadi medan dakwah dan tarbiyah yang mantap.aku x nak bawak apa2.aku tak mintak apa2.aku cuma nak bawa kawan2 aku ke arah redha Allah.ke arah kehidupan beragama yang benar.yang tak asingkan Islam dengan setiap langkah dalam perjalanan dan nafas yang dihembuskan.

kalau tengok kat sini memang banyak gak aku buat kan.aku dah siap kene cop mat bz dah.tapi memang sem ni agak bz.haha.aku suka apa yang aku buat.aku suka melihat kehidupan dalam konteks macam ni.melalui kenal dengan orang.tolong orang.kenal siapa Tuhan tu.mengenal kehidupan dari kaca mata seorang murabbi..

ada lah kawan tanya,kau tak penat ke..aku senyum je waktu tu.sebab bila ingat balik kata2 blogger lailatulmawardah.blogspot.com    ,aku memang mengakui lah.kenikmatan hidup aku bukan pada pergi main bowling.tengok wayang.berdating.gi jalan2.gi window shopping kat BINTANG or Bouelavard.tapi kenikmatan hidup aku pada jalan dakwah.walau penat macam mana tetap mampu tersenyum.tetap rasa kuat bila bersama dengan ikhwah yang lain.tetap rasa kuat bila ada dengan murabbi.dan paling penting bila aku bergerak sendiri aku tetap rasa kuat sebab yakin Allah ada di sisi.biarlah penat macam manapun.biarlah sibuk macam manapun.biarlah balik dari usrah pukul 1 pagi sekalipun.biarlah banyak cabaran sekalipun.

tapi bila aku bersendiri dan tak terlibat program (maksudnya masa terluanglah) aku lagi suka duduk dalam bilik.kadang2 layan movie kat laptop.aku suka sorang2.memasak apa yang aku suka.sebab hobi aku memasak.n membaca.aku suka baca buku.terutama tentang pemikiran dan revolusi.tentang doktrin dan falsafah.

dan paling aku suka bila baca Quran tafsir ku yang aku sayang.aku suka baca ayat2 suci tu sambil tengok tafsirannya.

bukannya tak de kawan ajak main bowling,gi kuar town.bukannye tak mampu nak pergi.n bukannya aku tak nak pergi sendiri.boleh je kalau nak gi..tapi aku lagi sukakan untuk ambil masa untuk diri sendiri sekejap.untuk sekurang nya aku menyendiri,membukak kitab suci dan mengenang dosa lalu.dan mengingat janji Dia.yang dia akan terima taubatku kalau aku bertaubat.yang janji Nya yang pintu taubat dia besar dan luas..sori la korang.kadang2 aku join gak kan.sebab atleast x jadi kera sumbang.tapi kalau selalu aku decline ajakan tu,memang aku lagi suka menyendiri kejap.

mungkin kepenatan jasad dengan pelbagai program membuatkan hati aku memerintahkan supaya berhenti sekejap untuk berehat dan ambil masa menyendiri dengan Tuhan..

meninggalkan sekejap perkara yang lain selain daripada tarbiyah..dan menyendiri.membina kekuatan hati dan jasad.

dan mungkin tu yang mampu buat aku terus tersenyum dalam jalan ni kan.hehe.

apa yang aku nak kan dalam hidup ni cuma redha Allah.tu je.aku buat segala program yang aku buat adalah untuk harapkan redha Allah dan mungkin mampu jadi kifarah pada dosa aku yang bertimbun2.

apa yang aku lihat.kebanyakan aku dan kawan2 lahir dalam sistem yang mengasingkan Islam dari kehidupan.ada yang terselamat.dan ada yang hanyut.maka iman yang terbina hanya iman yang kosong.yang percaya tanpa apa2.tanpa ilmu dan kefahaman.maka iman tu yang cepat digoyahkan.

jadi apa yang kita perlu buat.kembali lah pada yang hakiki.yang fitrah.kenal Allah.faham makna kita bershahadah.bukan setakat 2 ayat bahasa arab yang kita hafal makna dia tapi kita kena faham makna dia.bila kita bershahadah ni kita dah mengaku Allah sebagai illah maka setiap apa yang kita buat,setiap hembus nafas kita,setiap jejak dalam perjalanan adalah untuk Dia.untuk redha Dia.

aku bukanlah yang terbaik dikalangan kalian bahkan mungkin yang paling teruk diantara kalian.tapi sungguh pintu taubat Allah itu luas dan pintu hati kita juga luas untuk perubahan.maka,marilah sama2 kita berubah.hanya untuk dapat redha Allah.

semuanya untuk redha Allah...



Wednesday, June 17, 2009

Bermula nya sebuah penulisan

salam ukhwah.


  • gaya penulisan lebih santai.pengisian hanya lebih kepada pengalaman dan cerita-cerita yang boleh dikongsi.

  • maksud santai juga bawak maksud menggunakan kata ganti diri aku,kau,korang dan macam-macam lagi.

  • juga bawa maksud,pengisian yang tak lah seberat 2,3 tan seperti dalam cetusanminda tapi still berkisar tentang dakwah dan tarbiyah serta pengajaran yang boleh diambil

  • juga bawa maksud kalau lah ada salah silap bahasa,salah silap eja,ejaan sms ataupun rojak bahasa ya`ni campuran bahasa dunia macam bahasa melayu,urdu,bahasa suku kaum amazon,Manglish,JOWO dan macam-macam lagi,janganlah dimarah.kalau tak faham maknanya,tanya sahaja di ruang komen.

  • kalau anda nak panggil ni blog diary,panggil lah.tapi cuma tujuannya masih lagi kekal ya`ni untuk tarbiyah dan da'wah dimana pengalaman hidup diri ini atau orang lain mungkin boleh jadi pedoman.

  • masih lagi dalam pembangunan

semoga bermanfaat.

ar-rijal