Monday, June 22, 2009

cuti niyh..ni post agak emo.dan post agak gembira..harap tahan gelak.or tahan marah.

salam ukhwah..

semua orang dah balek daa..heheheh..huahuahua..tinggal yang ade kat sini,aku,miqdad,fahmi n beberapa orang lagi...

so,ape nak buat??

dalam 2,3 hari ni aku jadi driver sapu menghantar orang pergi ke airport.smalam antar shafiq jasmim..

semalam malam aku ambil murabbi kat airport.akhi fauzi balek dari semenanjung.banyak jugak dibincang.aku memang sengaja ambil peluang nak ambil dia.biasa nya akhi din atau akhi waled yg ambil.tapi aku nak ambil dan sambil2 tu boleh timba banyak ilmu daripada murabbi.pengalaman dia.dan boleh berbincang banyak benda..

tadi petang aku,al-miqdad,amalina dan kay anne pergi bank.nasib baik al-miqdad teman.alhamdulillah.jazakallah akhi...kitorang bank in kan cash in hand cis sebab takut hilang waktu cuti..

tadi pon tolong 2 orang sahabat maldives pindah rumah.

lepas balek bank tu aku singgah peryatim.sesaje.lepak2.berbual2.sampai2 ade la plak 2 orang manager petronas datang hantar sumbangan.so,ibu juliayanah perkenalkan lah aku dekat diorng.tengah2 diorang meeting 2 aku di ajak join skali..so follow je la..tapi x lame sbb lepas 2 ibu juliyanah bawak aku n 2 orang manager 2 pergi makan.alhamdulillah.rezeki.lepas budget makan tengah hari..hehehehe


so,dalam tengah2 makan 2 berbual la dengan manager 2.nama nya encik nusfairi..rupa2 nya dia geologist kawan kepada prof dr eswaran..habes la..dah sorang future geologist berjumpe manager yg dulu sorang geologist,crta pasal outcrop miri laa..

hehehehe



thank u Dr Prasanna n Prof Eswaran.sebab korang la aku ade idea apa yg diceritakan oleh Encik Nusfairi n ade gk la benda nak digebang..hehehe.

berbual2 tu,aku selit2 la sikit...then aku cerita kt diorang program yg kitrng wt kt peryatim.yg tusyen 2 la especially.n diorng minat nk toloong.alhmdulillah.dapat rezeki makan..save duit budget lunch...n dapat contacts baru untuk program ni.alhamdullillah.syukur pada Mu Tuhan,Kau mudahkan perjalanan dan perjuangan ku..

dalam minggu ni ada liqo`.then inshaAllah aku nak bawak budak2 junior ikut ta`lim hari khamis nanti.biar terisi masa diorang dengan benda berfaedah.janganlah habis2 exam je terus gi ramai2 tengok wayang.gi enjoy2..sedangkan ada benda berfaedah perlu dibuat.masa kita sedikit.tapi kerja kita banyak.kenapa nak dibazir dengan benda tak berfaedah.

aku x faham lah..kita boleh je habiskan masa dan duit dan tenaga nak gi town untuk tengok wayang tapi x sanggup nak sediakan atleast masa kita dalam 1,2 jam untuk ikut dan dengar majlis ilmu.transport disediakan.duit minyak disediakan.tmpat pun dsdiakan.makan minum pn sdia.semua dah ada.cuma nak hadirkan hati je untuk ikut.patutnya dah habis exam ni lah kita berlumba2 nak beramal..waktu exam tu mungkin lah..sibuk.tak boleh nak ikut usrah.study.tapi ni da abes exam kot.ape lagi alasan.

tak kan la alasan,saya malas nak ikut usrah sebab saya nak gi tengok Transformers 2..or sebab saya nk enjoy.dah sampai semenanjung nanti lagi lah.bila dijemput pergi daurah,ada jugak lah alasan diberi.mungkin betullah kot.sebab jarak perjalanan n ada masalah.tapi kalau semua dah disedia..pengangkutan n segalanya..tapi kita tetap pilih perkara yang lagha jugak nak dibuat..keluar enjoy sampai tengah malam.lepas tu kasi alasan seribu satu macam..

terbaek la alasan..

manusia ni memang suka memberi alasan kan..

x boleh ke merasa keseronokan dan keindahan hidup 2 dengan menaburkan kebaktian kepada Allah.bukan bermaksiat kepada Allah.bukan rasa seronok dengan memilih lagha berbanding redha Allah..aku x faham.aku x faham.apa yang korang belajar dalam usrah.murabbi korang mantap kot.same2 aku liqo dengan dia dekat akhi fauzi dulu..nak buat camne kalau hati x nak diberi dan disediakan untuk dakwah dan tarbiyah.

kita kan dah faham yang kita kena perbaiki diri.tapi kenapa x bukak hati kita untuk terima perubahan.janganlah bila ada kawan yang cuba nak perbaiki diri dikutuk dan dikritik sedangkan diri sendiri tak pernah pun cuba nak berubah.kalau ditegur x dapat nak terima padahal apa yang diperkatakan benar.susah sangat rasanya nak rendahkan hati untuk terima nasihat.

kalau x boleh nak terima kritikan orang janganlah nak kritik orang..

ades.emo pulak aku.tapi kadang2 marah kerana Allah itu perlu.marah sebab melihat kemungkaran.marah sebab banyak sangat kemaksiatan kepada Allah.sebab dari marahlah lahirnya perasaan untuk mengubah!!

ok.stop emo2..

aku dulu jenis cepat marah.sekarang alhamdulillah.dah kurang sikit.kadang2 terlepas jugak.tapi still dikawal.

then hari tu aku dah buat sorang kawan aku bengang dengan aku.hehehe.tapi tetap..BIARLAH!!

sebab aku x nak dia membuat kemaksiatan.aku x nak dia menjadi fitnah dan menyebabkan orang lain menjadi fitnah..kalau kau fahamlah sahabat.aku sayangkan kau dan kagum dengan kau sebab perubahan kau dulu.kau yang mantap ibadatnya.mutabaah terjaga.tapi sekarang lihat lah sendiri.how low you had fall..aku nak tarik kau balik.aku tau,macam selamatkan orang dari air daripada lemas,sang penyelamat akan ditolak.akan ditumbuk.sebab panik nya si tenggelam lemas itu.sama juga kau.kawan2 kau,aku,miqdad n lain2 sekarang nak cuba selamatkan kau.dari kemaksiatan dan fitnah..dan aku tahu yang kitorang pasti akan alami nasib yg sama dengan sang penyelamat yg nak selamatkan orang lemas.

aku x kan pilih jalan ni.jalan dakwah ni.sebelum aku tahu apa yang bakal aku hadapi.aku tahu yang pembawa dakwah dan tarbiyah akan sentiasa diuji

aku x nak lebih.aku x nk orang puji.aku x nak sorng kwn aku kate aku hebat dapat buat macam2.most promising la..dah banyak berubah la..kuat lah.aku x nak pujian tu semua..dah banyak dah aku dgr.aku cuba elakkan..semoga Allah pelihara hati aku daripada riya dan ujub serta takabbur tatkala aku menulis perenggan ni dan seluruh isinya.

tapi apa yang aku nak cuma redha Allah.sahabat.kau pun tahu aku ni macam mana dulu.sampai sekarang masih ada lagi tinggalan jahiliyah dalam diri aku.banyak lagi.salah satu sebab aku x brani bawak liqo pun sebab aku rasa aku masih jauh lagi.tu lah sebab aku cuma bawak ta'lim je.pengisian nya x berat..tapi aku cuba nak berubah dan perbaiki diri.dan aku pun nak ajak yang lain sekali.aku nak ajak kau sahabat.sebab aku sayang kan kau.

aku pilih jalan ni pun sebab aku nak tebus dosa aku yang bertimbun banyaknya.bukan sikit dosa aku.semoga jadi kifarah penebus dosa.nak redha Allah.tu je.aku x kesah dah sijil ke ape ke.kalau ade 2 bonus.kalau x de Allah dah beli dari aku dengan habuan yang lebih baik.

aku x kan pilih jalan ni kalau aku tak tahu yang banyak nya dugaan merintang.banyaknya ujian yang datang.yang datang dari segi pujian dan kata2 manis.yang datang dalam bentuk kritikan dan kutukan.yang datang dari segi kebencian.yang datang dari tekanan.yang datang dari kekurangan kewanangan.yg datang dari masa yang suntuk.dan yang datang dari kawan sendiri..

tapi selagi nafas ini aku hembus,nafas ini adalah nafas dakwah.selagi kaki aku melangkah,langkah ini adalah langkah dakwah.selagi mulutku terucap,kata2 ku adalah dakwah..

mungkin aku masih lagi banyak silap.aku x sehebat miqdad.aku x sebaik afiq.aku x semantap abang saiful.tapi aku nak perbaiki diri.dan aku nak bawak kawan2 aku..aku usaha apa yang aku termampu.selagi yang boleh aku buat.selagi nyawa tak tercabut.aku cuba untuk buat.dan kalaulah nyawa aku pun terkorbankan dalam jalan ni.inshaAllah.aku redha.dan itu yang aku harapkan..

...

inshaAllah cuti ni aku cuba isi sebaik mungkin.aku da plan da dengan abng satu(driver bas) nak gi mancing.tapi rod aku x smpai2 lagi ni.hehehe.

buku2 berharga 60 ringgit tu aku nak habiskan baca..tapi aku nak habiskan buku2 yg penting dulu.yang aku letakkan keutamaan dulu lah..ya'ni:

Fiqh da'wah jilid 1 dan 2
Al Islam oleh Said Hawwa jilid 1
manhaj haraki jilid 1 dan 2
mengulang balik membaca kitab tauhid zindaini

n paling penting risalah tsulasa oleh Al Imam Hassan Al Banna..

banyak gak nak bace.hehehe.xpe.masa panjang.then mungkin nak singgah kuching.jumpa abang awang.tapi duet x da..hehehe.

tapi paling penting,gi liqo' n ta'lim.tolong akhi waled n akhi din dengan program diorng.maka inshaAllah cuti ni berfaedah la aku isi.ingat nak keje.tapi kat ner??

ades...

duit x de.maka aku pun berjalan lah menuju penghabisan.dengan poket hanya berisi tangan..hehehe..

Petronas.cepat la masukkan duit.hehe..ade banyak benda nak kena bayar ni.duit excess.duit kompas kerol yg aku ilangkan..sori kerol..sayang kau.hehe

adehehehehe

nak masak..hobi aku masak.nanti aku letakkan resepi.miqdad kate nak bagi resepi ayam percik diraja..hehehe..miqdad cerita kaw2 punye la.tapi biase la..kadang2 die trlbih exaggerate..tapi aku rase msti sdap nye..teori aku la.tgk la cmner nanti..hehehe..

k.sampai situ je la..kalau aku dae stori best.aku crta..tapi msti adenye.hidup aku best..hehe..



salam.

semoga cuti diisi dengan baik.inshaAllah.

happy holiday..

ar-rijal



No comments:

Post a Comment