Sunday, June 28, 2009

28 June 2008

salam ukhwah...

pagi2 lagi bangun..malam semalam tido lewat.mop bilik.sapu sampah dan kemaskan bilik.
so,pagi ni tadi bangun awal.sebab aku dengan miqdad pergi ke pejabat yayasan amal miri.ada mesyuarat rahsia..cewah..x la..cuma mesyuarat untuk konsert amal merdeka aja.tahun lepas CIS diberikan amanah dan tugas.tapi bila masuk dalam bilik mesyuarat maka kami sebenarnya bersama2 mahasiswa maktab perguruan/ institut perguruan dan seorang ikhwah dari UTP akan bergabung tenaga untuk menjayakan program ini.tanggungjawab yang agak besar diberikan kepada mahasiswa macam kami.tapi ini bukan melemahkan.ini adalah cabaran untuk menegakkan dakwah.

kalau dahulu abang2 yayasan amal yang menguruskan ,sekarang kami yang kena uruskan sendiri.start from scratch jugakla meeting tadi.brainstorming untuk projek dan macam2 lagi.

berkongsi pandangan tentang dakwah dan tarbiyah.berkongsi pandangan tentang kelayuan mahasiswa.sebenarnya aku seronok berbincang macam ni..sangat suka.dulu ada Big Bro,selalu jugak berbual dengan Big Bro pasal ni.kadang2 dia ajak.."jom jul,gi minum.borak2." lepas tu mulalah dia keluar segala hujah dia.dan dia nak kan hujah aku.tapi Bro dah grad..so,memang dah x da sapa aku nak borak pasal ni..dulu pun ada abang awang.abang awang ni memang pandangan politik dia berbeza gak dengan aku..so sedap la berdebat..tapi abang awan pun dah pindah..abes..aku nak borak dengan sape..mane ade la sangat yang kesah benda2 gini..

so,bersama akhi syukrani dan akhi faisal tadi memang ceria balik lah hidup.semangat betul bercerita.lagi pulak akhi faisal dari IPTA dan akhi syukrani dari UTP dan giat dalam gerakan dakwah,maka aku berjumpalah orang sekepala..huhuhu..

banyak berbual.pasal geraka dakwah.tentang permasalahan ummat.dan aku dengan lantang nya mengatakan bahwa masalah ummat ni apa pun segala macam masalahnya,hanya satu puncanya..x da kefahaman yang jelas terhadap Islam.orang Islam sendiri laridaripada memahami Islam dengan benar dan jelas..apa tu kefahaman Islam yang jelas??

haaa..tu kena panjang nak cerita..tapi konsepnya mudah..buka surah al baqarah ayat 208..wahai orang beriman,masuklah dalam Islam secara keseluruhan..

fahamkan maksud makna ayat ni.buka kitab tafsir..fi zilal ke,hamka ke,bukak je..baca pengertiannya..dan fahamkan maksudnya..

Keseluruhan itu amat jelas maknanya..maknanya tak ada lagi kita bezakan hidup kita seharian dengan Islam..kerna Islam itu kehidupan.dan kehidupan itu Islam..fahamkan dengan mendalam.bukan hanya kata2 kosong yang kita laungkan..

moga bermanfaat...


No comments:

Post a Comment