Thursday, June 24, 2010

Perghhh....da cuti seyh!!!!!! wei,result bile keluar!!!cuak.cuak

salam

alhamdulillah.exam dah abes. tadi exam structural.rasa nak menangis waktu buat.sedih betul waktu tengah buat tu dah terfikir masa depan yang macam-macam dah.Terfikir parents.Terfikir perjuangan yang nak dibawa di tanah perjuangan ni.Ya Allah, mudahkan lah dan perbaikilah urusanku.

Cuma sekarang ni waktu nak menunggu result je.Rasa nya 2,3 minggu lagi keluarlah result. tak la mengharap sangat untuk structural and geochem..2 unit yang sangat menakutkan...

Sekarang ni, kita dah buat the best,kita biarkan Allah uruskan the rest..

Jadi sekarang ni adalah camner nak mengisi cuti sebulan aku yang aku tak balik rumah..hahahahah

Perancangan nya dah ada. :>

1. Aku nak habiskan baca buku.Terlampau banyak buku-buku dalam library kecik di bilik aku ni..ada dua rak penuh. sampai roboh shelf ni and hempap laptop hari tu...


2. Program khas

3.Program khas V2

4. Pergi gym.Kalau boleh aku nak gi tiap2 hari.Series,waktu exam and sibuk assignment memang nyakitkan hati.Tak dapat nak gi gym langsung. So, asyik makan je ,blajar,assignment,tido.Berat badan sudah naik.Badan sudah rasa malas dan berat.

X da la aku nak jadi cam sazali samad ke,or malek noor ke.. Cukup sihat je dah laa.Stamina kuat.Badan kuat.Dah laa.Kalau badan jadi cam sazali samad tu pun, cuak gak aku.Besar giler. Dapat badan just cantik je kira bonus aa..Yang penting dalam Islam yang Islam nak cuma quwwatul jism. Badan kena sihat.Kena kuat.

5. Nak pergi mancing.AKu dah ada rod satu batang tapi tak pernah guna lagi.

6. Nak download movie and tengok.

7.Nak gi pusing-pusing miri town.Seriously,sepanjang sem ni, aku gi town tak pernah langsung untuk leisure.Kalau pergi pun untuk program or ada urusan formal.

8.Nak masak.Kalau korang kenal aku,hobi aku memasak.Aku bukan setakat suke masak je tapi aku suka fine dining and cullinary art.Aku suka makanan yang aku masak tu cantik.Lawak gile aaa....Hehehehehe.Memang sangat puas hati.

Dah ada target daa nak masak ape.:
  1. Chicken chop,Steak.
  2. Nasi daging(special recipe ni)
  3. mee udang(pun special recipe gak..aku belajar dari sorang pak cik yg pernah masak untuk sultan kedah)
  4. Siakap 3 rasa.Aku belajar dari pak cik tu jugak
9. Nak cari cikgu silat kalau ada.Aku pernah belajar silat gayong and cekak hanafi dulu.Tak la hebat sangat.Okay2 je la..Setakat untuk defence and selamatkan diri atleast asas dah ada. Aku belajar dulu silat gayong ,cikgu aku tak ajar bunga2 and tari sembah sangat.Dia ajar camner nak belasah orang.

Selain memasak,minat aku bersilat gak.Dulu laa..Memang minat giler.Tapi lepas habes spm,jauh dari gelanggang,terus dah tak bergelanggang lagi.Kalau tak dulu,tiap2 minggu dalam gelanggang mesti main tempur nye.

Hari tu ade gak jumpe sorang cikgu silat.Kawan kepada sorang kawan kat sini.Tapi bukan sama perguruan.

10.Nak ke peryatim. Korang tau yang aku memang ada perasaan jatuh hati kepada kompleks anak-anak yatim tu kan..Rasa aman,tenteram je bila ada kat sana dikelilingi budak-budak tu.Bile diorang cerita-cerita and macam-macam lagi.Seronok laa...


Amacam.banyak tak planning aku ni..Harap2 terlaksanalah.Lagipun apa aku boleh buat kat miri ni..Nak tak nak,kena laa teruskan planning..hehehehe

k..chow...

salam

Tuesday, June 22, 2010

Iringi saya dengan doa anda...

salam..sekarang ini , ini adalah perasaan saya :


dan ini :

tak cukup lagi,saya juga rasa ini :
Tapi,saya rasa agak selamat sebab saya ada Dia :


dan doa anda semua...

maka apa yang saya perlu adalah :

.....
Doakan saya dalam peperiksaan saya esok (23/6/10 8.40 am) dan lusa (24/6/10 8.40 am)

Saturday, June 19, 2010

the past.......

Salam..

hari ni satu berita yg menarik terjadi. Korang yg kenal aku pernah tau yang aku dulu pernah bercouple.*beberapa kali*

And yes, itu dulu le. Waktu otak tengah ngarut. Tengah hormon membuak-buak.

So, berita yang aku dapat hari ni adalah *one of* my ex-gf da bertunang.Tak taw la betul ke tak.

.Satunya, owh tidak..aku fikir aku dulu yang akan kawen..hahaha..*otak tengah weng sebab structural 201 sangat pening okay*

Dan yang keduanya, alhamdulillah..Sebab dari bercouple, lagi baik bertunang.

Ada pentingnya bertunang ni.

Bukan bermakna dah halal tapi lagi baik dari buat benda tak senonoh. Sebenarnya, Islam adakan pertunangan tu ada sebab. Dengan bertunang baru berkenalan.

Ada batas-batas.Ada kawalan. Ada tetapan. Kalau tidak jadi, alhamdulillah,tu cuma taaruf antara dua keluarga.Untuk lagi mengenal dan bersilaturrahim.[kelakarnya di Malaysia ni,kalau putus tunang,family berperang]

Supaya tak la jadi yang melampau-lampau.

Tapi masalahnya sekarang, before nikah pun da cam orang berlaki bini. Ades.

Kawan2,ingatla wei. Belum ada cop halal jakim lagi ...

Malay's thumb rule untuk haram halal ni bab makan je.Kalau nampak tak halal sikit je,pelik sikit je.Melenting.Sensitif giler.Betul la tu.Sangat la patut.Tapi bukan untuk makan je bro.


Kalau bab perhubungan ni main bantai ikut suke jer.

Kalau yang biasanya, memang terlampau.Peluk aa depan orang.Bercium.Belakang orang,lagi dahsyat.Taw2 keluar lah produk pelakon-pelakon melayu terlampau.

Kalau yang golongan yang ada juga lah mendapat tarbiyah, kadang2 walau camne pun penampilannya, kalah juga dengan masalah hati terhadap kaum hawa ni.

Kadang-kadang nak dicantikkan rasa hati,nak selalu berjumpa,maka buatlah program or mesyuarat.Ape kes kalau korang meeting berdua je.Untuk program ke or bende lain?

Or kalau terkawal lagi (kononnya) main mesej2.Nasihat la konon.Blah ler... Ayat bunga2 gak.

Dia bukan apa yang kita buat kat luar je kawan.Dalam hati kita pun counted jugak. Hadis pertama dalam hadis arbain adalah tentang niat!!



Aku pun susah nak faham.. Bagi aku senang je.Kalau hati tu terlebih rasa cinta pada makhluk, maka sebenarnya hati tu pada hakikatnya sangat sikit rasa cinta pada Pencipta..

Tapi tu lah.aduh.susah betul nak faham. Masyarakat melihat kepada kita wahai sahabat. Waktu masyarakat tengah haus dengan panduan, kita jangan lagi mengelirukan ummat.

Jangan nanti Allah pertanggungjawabkan kepada kita atas apa yang kita buat ni sedangkan kita sudah tahu!!

Tak ingat ke ayat Allah yang syaitan mencantikkan yang buruk depan mata kita...

......................................................................................

Ape ape pun,moga ex aku ni dapat melangsungkan nikah dengan cepat.lagipun patutnye sekarang ni dia da grad da.....Alhamdulillah.

Aku sendiri....huhuhu

sape la nak kan aku ni. tak ada apa pun.. Biar aku serahkan kepada insan-insan yang lebih mengenali aku untuk benda gini. Aku dengar dan taat je. Yang terbaik untuk Islam, dakwah dan tarbiyyah,yang tu lah terbaik untuk aku.

Hati terjaga.Hubungan terjaga.

Wallahua'lam...

Yang penting cinta kepada Allah terjaga.

Wednesday, June 16, 2010

of hot coffee, cold rains and frustrating lecture slides..

(picture:credited to Tuan Azree Hanifiah..)


Salam...

i already finish a paper yesterday. Quite okay. Cannot tell much. Anything can happen. huhu...

yea, it is raining right now. with 18 degree air-cond temp made it lot colder.But i have my hot coffee with me..and yea ; a-not-so-happy-and-very-frustrating lecture slides and past years to cover...

I am not bitter, I just felt better days before.. huhuhu

Tonight have a world cup match.Spain if i'm not mistaken. Luckily i am not that the die hard fan or what so ever of football. In fact, I dont know much about football. I exercise only for health and i watc football just for sosialising with friends. I am into sports which does not include any foot-dominance movement with it.

And by that, I dont found any problem with the temptation and crave to watch any single "beautiful" game.

And it quite annoyed me coz the fact that it happen in the middle of Gaza-Israel crisis made almost every one forgot the things happen just several days ago: the massacre of freedom flotilla activists.

Well, as i said.. in my facebook status, starting 11 of june, the 3 coloured flag of Gaza which everyone put on their profile pics now changes to flag of spain, jersey of brazil and face of a north-communist-korea football palyer.

How sad is that?

Does Gaza have anymore days to stand alone?

Does Gaza will survive for another 90 minutes?

Does Gaza means nothing to you?

Does our Muslim brothers and sisters who had been oppressed does not make you feel anything?


I am a fan of sports. I do. But seriously people, being a sport's fan doesnt mean that you need to forget a more important things. Does a second of goal can be compared to a second of a Gazan shot dead on his/her head?

Just remember this, the time you watch any wold cup macth, the Palestinian and the Zionist are also have a match.And it started 60 years ago.everyday. And the Palestinian are playing for the Al-Aqsa, their homeland , and their life.

Doesnt that mean to you anything?

Sunday, June 13, 2010

aku nak....................

...salam...

x sabar nak cuti..
sangat pancit belajar...banyak sangat kot..

sangat lah penat..

but bile ingat ape mak aku cakap " jangan mengeluh.kalau mengeluh tak kan siap.belajar je" buat aku rase,watpe nak mengeluh..huhuhu


aku nak masak steak n chicken chop.

aku nak masak mee udang...

aku nak gi Peryatim n mengajar adik2 kat sane

aku nak amek lesen motor...

aku nak teruskan dengan plan program khas yg buatkan aku stay sini cuti sebulan.

aku nak habes kan bace byk giler buku yang ada kt shelf ni sampai shelf aku roboh..

aku nak gi gym tiap tiap ari n jogging atleast 5km a day

aku nak gi mancing.

aku nak pusing2 sarawak

TAPI.................................................

Aku kene study dulu..sebab, tengah final..aku nak kene dapat kan distinction and high distinction untuk sem ni..

ada 3 paper menanti..

sedi 15 hb ni

mineral 23 hb

structural 24 hb....

Ya Allah,permudahkan lah urusan ku dan sahabat2 ku Ya Allah... Kau sebaik2 Penyelamat...

Thursday, June 10, 2010

EXAM............................MOK..GEMOK..

Salam....

minggu exam adalah minggu kegemukan..hehehehe..bagi aku laa..

Duduk dalam bilik.study.bile lapar,lagi pulak kalau reti masak,so,akan masak n makan..menu yg senang,nasi goreng..banyak nye sungguh minyak n kalori..

tak bersenam.no gym,jogging,skipping what-so-ever. lepas makan sambung study.lepas study tido...

and after exam akan jadi sangat besar n x sehat...


ergh...sungguh x sabar nak habes exam..

aku x balek cuti sebulan..selain planning yg amat penting untuk pembangunan ummat, aku rase akan daftar balik membership gym n gi gym everyday dalam masa sebulan..

Quwwatul jism pun dituntut pada seorang daie...Allah menyukai mu'min yg kuat dari mu'min yg lemah... Badan kene kuat n sihat so, tugas da'wah tak kan jadi layu sebab kita tak sehat....

Jangan lupa.Islam ini syumul..Kesihatan badan pun di ambil kire.. Kite bukan nak badan ketul2 ke ape..cukup dengan stamina n x obese.. so,ape kate gi gym lari kt treadmill.. kalau nak best gi swimming. kalau lagi best,lari kt tepi pantai...anything can..

JOM BERSENAM!!!