Saturday, June 19, 2010

the past.......

Salam..

hari ni satu berita yg menarik terjadi. Korang yg kenal aku pernah tau yang aku dulu pernah bercouple.*beberapa kali*

And yes, itu dulu le. Waktu otak tengah ngarut. Tengah hormon membuak-buak.

So, berita yang aku dapat hari ni adalah *one of* my ex-gf da bertunang.Tak taw la betul ke tak.

.Satunya, owh tidak..aku fikir aku dulu yang akan kawen..hahaha..*otak tengah weng sebab structural 201 sangat pening okay*

Dan yang keduanya, alhamdulillah..Sebab dari bercouple, lagi baik bertunang.

Ada pentingnya bertunang ni.

Bukan bermakna dah halal tapi lagi baik dari buat benda tak senonoh. Sebenarnya, Islam adakan pertunangan tu ada sebab. Dengan bertunang baru berkenalan.

Ada batas-batas.Ada kawalan. Ada tetapan. Kalau tidak jadi, alhamdulillah,tu cuma taaruf antara dua keluarga.Untuk lagi mengenal dan bersilaturrahim.[kelakarnya di Malaysia ni,kalau putus tunang,family berperang]

Supaya tak la jadi yang melampau-lampau.

Tapi masalahnya sekarang, before nikah pun da cam orang berlaki bini. Ades.

Kawan2,ingatla wei. Belum ada cop halal jakim lagi ...

Malay's thumb rule untuk haram halal ni bab makan je.Kalau nampak tak halal sikit je,pelik sikit je.Melenting.Sensitif giler.Betul la tu.Sangat la patut.Tapi bukan untuk makan je bro.


Kalau bab perhubungan ni main bantai ikut suke jer.

Kalau yang biasanya, memang terlampau.Peluk aa depan orang.Bercium.Belakang orang,lagi dahsyat.Taw2 keluar lah produk pelakon-pelakon melayu terlampau.

Kalau yang golongan yang ada juga lah mendapat tarbiyah, kadang2 walau camne pun penampilannya, kalah juga dengan masalah hati terhadap kaum hawa ni.

Kadang-kadang nak dicantikkan rasa hati,nak selalu berjumpa,maka buatlah program or mesyuarat.Ape kes kalau korang meeting berdua je.Untuk program ke or bende lain?

Or kalau terkawal lagi (kononnya) main mesej2.Nasihat la konon.Blah ler... Ayat bunga2 gak.

Dia bukan apa yang kita buat kat luar je kawan.Dalam hati kita pun counted jugak. Hadis pertama dalam hadis arbain adalah tentang niat!!



Aku pun susah nak faham.. Bagi aku senang je.Kalau hati tu terlebih rasa cinta pada makhluk, maka sebenarnya hati tu pada hakikatnya sangat sikit rasa cinta pada Pencipta..

Tapi tu lah.aduh.susah betul nak faham. Masyarakat melihat kepada kita wahai sahabat. Waktu masyarakat tengah haus dengan panduan, kita jangan lagi mengelirukan ummat.

Jangan nanti Allah pertanggungjawabkan kepada kita atas apa yang kita buat ni sedangkan kita sudah tahu!!

Tak ingat ke ayat Allah yang syaitan mencantikkan yang buruk depan mata kita...

......................................................................................

Ape ape pun,moga ex aku ni dapat melangsungkan nikah dengan cepat.lagipun patutnye sekarang ni dia da grad da.....Alhamdulillah.

Aku sendiri....huhuhu

sape la nak kan aku ni. tak ada apa pun.. Biar aku serahkan kepada insan-insan yang lebih mengenali aku untuk benda gini. Aku dengar dan taat je. Yang terbaik untuk Islam, dakwah dan tarbiyyah,yang tu lah terbaik untuk aku.

Hati terjaga.Hubungan terjaga.

Wallahua'lam...

Yang penting cinta kepada Allah terjaga.

2 comments:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=i_S6wGEOXuw&feature=related

    ReplyDelete
  2. ak nk je kt ko..
    haha..
    smoga die brtunang ngan laki..

    ReplyDelete