Thursday, July 23, 2009

On Leave

salam

Saya mungkin tak akan menulis selama 3 hari.
Menyertai workshop JCLA

Friday, July 17, 2009

Syurga Cinta..



Salam Ukhwah.

Baru lepas tengok syurga cinta.Mintak softcopy dekat Mau.
Satu perkara adalah,saya bukan jenis penonton dan penggemar movie-movie cinta dan juga novel-novle cinta.

Ketika orang lain dah tonton movie ni,baru sekarang rasa nak tengok sebab pelik,kenapa lah afiq,safiq dan Islah menjadi sangat jiwang.hehehe.Buat pengetahuan,diorang ni semua student final year.Sori aa korang.jangan jiwang lebih-lebih.

Banyak perkara yang menarik.

Secara positifnya,filem itu menerapkan sedikit sebanyak unsur-unsur keagamaan.

Tentang perubahan.Dan yang bagusnya kita lihat adalah perubahan yang berlaku kepada Irham bukanlah perubahan yang mendadak.Secara tiba-tiba atau terkejut.Tetapi perubahan yang beransur-ansur.

Dan perubahan itu walaupun lahir daripada memenuhi cabaran kawan-kawan,tetapi ia juga banyak wujud dari dalam keinginan diri.

Perubahan itu juga mula dengan mengenali sedikit sebanyak tujuan dan tugas sebagai seorang Islam.Dibuktikan dengan keinginan untuk mula kembali bersolat.

Dan juga dapat dilihat,dalam kita mahu melakukan perubahan diri,unsur-unsur yang mengganggu perlu di jauhkan.Sebagaimana Irham melupuskan poster-poster dan majalah-majalah yang tidak elok.

Dan dalam kita melakukan perubahan,kita juga perlukan pembimbing.Dapat dilihat bagaimana Irham itu mencari panduan dengan belajar mengaji dengan datok kepada cikgu shuhada dan belajar agama di masjid.

Tetapi dari sudut lain.

Filem cinta melayu memang tak dapat lari daripada perkara-perkara yang sangat biasa kita lihat.Tapi,tidak apa.Itu cuma dari segi aspek stereotype.Dan lakonan.

Cuma dari sudut pengajaran,walaupun ianya menyebabkan perubahan kepada Irham,pergaulan sebegitu perlu dijaga.Bagaimana lelaki boleh berhubung sebegitu dengan seorang wanita.

Kenapa keadaan itu menunjukkan mereka bercouple.Tak boleh kah tanpa perhubungan sebegitu,seseorang itu tetap perlu dibimbing.

Maka kita perlu kembali kepada dasar yang paling asas dalam pergaulan.Tentang prinsip-prinsip dalam pergaulan antara dua jantina berlawanan yang bukan muhrim.

Jangan sampai mesej yang diberi itu mengelirukan orang ramai yang cuba untuk mengenali Islam

Tetapi,dari satu aspek,ianya usaha pemula yang murni.Mungkin kelak bilamana ada antara ikhwah yang sudah menjadi penerbit,mungkin boleh menghasilkan filem cinta tetapi dasarnya adalah tarbiyah.


p/:Tak sabar menanti Ketika Cinta Bertasbih

Thursday, July 16, 2009

Tentang Hati

Banyak sekali bicara tentang hati.Tapi kenapa manusia sukar sekali memahami perihal hatinya.

Maka dia akan cuba mencari jawapan.Tentang persoalan yang berkait dan terpaut kukuh pada hati.

Tentang persoalan cinta,benci,kasih,sayang,ikhlas,marah dan macam-macam serta pelbagai lagi.

Apa yang hilang pada manusia ini sehingga dia sukar memahami bahagian dalam hidupnya ya'ni hatinya.

Maka bilamana dia tidak memahami soal hatinya dengan jelas,akan diwujudkan pelbagai alasan,pelbagai sandaran...untuk menghalalkan keharaman yang terbit dari asal dalam hati.

Kadang-kadang,kita meletakkan halal pada perhubungan yang haram.

Mulanya dengan nasihat-menasihati.cantik.tapi sedalam hati nya penuh muslihat.Konon menasihat.

Tetapi hanya sebagai selimut dan pakai luaran.Tapi isi dalam yang kotor dan busuk.

Keji.

Dan ada juga selindung dengan hanya kata sebagai kawan.Ya lah..mula sebagai kawan.Dan bila nafsu menguasai akal.Bila adab tak dijaga.Kononnya hanya kawan.Dilihat orang rasa benci.Meluat.Cakap tentang pergaulan,gah nya hanya pada mulut.Cakap tentang Islam gahnya hanya pada bibir.Tapi perlakuan tak sama..Ditegur,marah...

Juga sama.Cantik hanya pada kata-kata.Bagai kain sutera membalut tubuh berkudis.

Bagai kot mahal menutup tubuh seorang Bush,atau seorang Dick Cheney,atau seorang Collin Powwel.

Keji.

Perlakuan kita adalah cermin pada hati kita.

Perlakuan kita adalah cermin pada hati kita.

Perlakuan kita adalah refleksi hati yang tersangat dalam.

Mulut dapat menipu.Bibir mamapu menutup kata.Lidah mampu menahan kalimat.

Bahkan mampu menukar fakta menjadi fantasi.

fantasi menjadi dalil

dan bahkan mampu membelit bagai ular sawa..

Tapi hati tak mampu disembunyikan.Kerna refelksi hati terletak pada perlakuan.

Dan mampukah kita mampu berlakon dalam perlakuan kita 24 jam sehari,7 hari seminggu,365 hari setahun dan malah seumur hidup kita?

Mampukah kita melakonkan perlakuan bertentang dengan hati kita.

Untuk setiap masa.
Untuk setiap waktu.
Untuk setiap nafas terhembus pada akhir waktu yang tulus?

Mampukah??


Tuesday, July 14, 2009

dah lame x blogging kat sini

salam ukhwah

ades.dah lama jugak tak menulis disini

agak buzy sejak beberapa waktu ni

dengan konsert nya.

dengan tuisyen peryatim n projek education peryatim ni.

dan yang penting untuk tarbiyyah.

maka,masa untuk buat perkara yang kurang berfaedah spetaeperti blogging tak tentu hala dikurangkan.

yang diteruskan adalah blogging dengan tujuan.memberi kefahaman.

hari tu kitorang celebrate aishah dan kenex nya first anniversary.

sweet laa..ades..tapi aku n islah x lama celebrate.kitroang gi meeting yayasan amal.

tengah hari semlam lunch dengan dato` daud kat peryatim.So,ibu juliyanah perkenalkan aku kepada dato daud.aku datang dengan hajat nak mintak tajaan untuk program.tapi akibat perut lapar dan bunyi perut yang mendesak untuk isi dengan makanan sebnyaknya,sampai hampir terlupa tujuan asal.hahaha

kalau bukan nak mintak sponsor,aku x brape minat nak datang.sebab ada kerja lain nak dibuat.

24-26 ni ade advance jcla workshop..JCLA2..bile nak abes.penat laa wey..

ade banyak lagi benda nak buat.benda lagi penting.dakwah dan tarbiyah di curtin.

perancangan da mantap da..cuma nak gerak da..

dan sekarang aku terfikir.Perlu ke aku teruskan JCLA? aku dah dapat apa aku nak daripada JCLA.aku dah dapat pengalaman n ilmu yang aku nak.

so,ape lagi?

sijil?

2 sebab ke 1000 lebih kot aku masuk jcla.

ntah la..

so,pendapat korang??

ades..pening.

k..berbalik pada anniversary kenex n aishah..

ak dgr gak yg studnt or kakitangan pet x leh kawen sama2..huahuahua...

alhamdulillah.aku bukan lagi jenis berkapel..hehehehe..yang aku nak,perkahwinan yang x da bnda2 tu..biarlah mak aku pilih ker..xpown murabbi ker pilih..

tapi bagus gak..jadi gini..so,korang yg sama2 pet tu..x yah la berkapel...berenti laa..manyak maksiat buat watper..

ape ingat kalau otak pandai,cukup solat,tu sume menjamin ke?sedangkan kehidupan memaksiatkan diri kepada Allah...cinta suci la konon..

poraah..

hehehe..berenti kerana Allah.dan jadikan klaus 6 peraturan petronas tu sebagai katalis.

untuk berenti.

dan alasan gak..buat la dialog camni:

"oh sayang..saya syg awk..tapi apakan daya.petronas x mengizinkan kita.marilah kita berpisah"

hehehehehehehehehe

kan mantop..bagus gak petronas buat ni..tapi spesific la pada studnt supaya jgn kapel..tp benarkan kawen je trus...kesian la yang dah kawen.

saya bersikap neutral dalam hal ini..hehehehehe

sebab,saya x kisah..

sebab saye x minat berkapel.

dan saya x nak berkapel.

huhuhu

k.nak ke kampus

salam..

Monday, July 6, 2009

pak yusof gajah,outing with friends dan macam2 lagi

salam ukhwah..

4 julai lepas,aku,shahul,jiji dan ming yi terlibat dengan satu program Ansara.Ansara ni anak sains MARA la..kire alumni untuk student MRSM.Aku ex mrsm serting n then Jasin.Shahul senior aku kat Jasin.Jiji ex mrsm Kuala Berang.Ming Yi bukan ex mrsm tapi dia join jer program.

So kitorang pun jadi la volunteer..Hehe.mula2 tu memang ada le kebengangan pada sorang kawan kita ni..hehe.nama dirahsiakan.But lepas dapat je tangan sebatang berus dan kanvas dan kitorang semua mula melukis sekali,ribut bergelora menjadi tenang.best2!Pak Yusop best!!

So dapat la melukis.tapi lepas kitorang siap lukis,sorang brader Pustaka miri ni tulis nama pelukis kt kanvas tu sebagai pustaka miri.Then kitorang pun tambah nama kitorang. :)

lepas tu,kitorang pun blah.Kitorang gerak ke Bintang.Diorang gi Mc D tapi aku x gi makan.lagi rela berlapar dari pada makan Mc D.Boikot perlu diteruskan!!!

X da sedapnya Big Mac tu kalau peluru yang digunakan membunuh saudara kita di Palestin adalah hasil daripada pembelian kita!!

Then kitorang main archering.Best aah..baru first time aku main.huhuhu..syok2!!kira aku champion aa..

Then,abes tu kitorang pun balek la..

Esok nya,kalau ikutkan aku dan Islah nak gi lambir.tolong Islah dengan FYP die.atleast aku dapat belajar dari Islah.Dia banyak pengalaman.Dan mantap gak la.so atleast boleh belajar la dengan Islah.

Tapi apakan daya.hujan.so stay kt umah.

Hari ni,baru je lepas tadi,ada meeting.meeting untuk karnival yayasan amal.wow.
banyak nya kerja.then kitorang pun pergilah makan lepas abes meeting.huhu.then terjumpa abang zul.abang zul ni dulu penyelia kat Peryatim.terkejut aku.aku ingat dia dekat bintulu.rupanya masih di miri.alhamdulillah.tengok dia happy.dia berniaga kebab sekarang.dekat kedai makan kt bandar dekat tengah divider jalan depan Chilli Pepper.

So,aku nak promote..makanlah kebab dia.sedap giler bak kata Islah.

Then dalam beberapa hari ni terlupe nak lengkapkan bacaan Quran.nasib baik teringat.adus2..ape kena ni Tajul..dah mula futur ke...ni nak kene basuh ni..

Bile la nak keluar result ni.cepat la sket.cuak aku.pembaca.doakan aku berjaya!!amin...

Saturday, July 4, 2009

KONSERT AMAL MERDEKA 09

salam ukhwah..

15 ogos nanti yayasan amal dan curtin islamic society ada anjurkan konsert amal merdeka.
jadi,jom la datang ramai2..hehe..

poster kt bawah tu aku buat tapi lom siap lagi.sebab ade beberapa perkara nak ditambah..



Thursday, July 2, 2009

Bahagia itu aku jumpa disini...






Salam ukhwah...selama beberapa hari ni memang best gak lah.

(apa yang x best dalam hidup yea??aha!!speculation of result..memang x best langsung.macam2 cerita keluar!!)

so,malam semalam aku,afiq,miqdad,shahul,safiq,kak ada,aishah orang rumah kenex,Islah pergi ke Peryatim.mengajar tuisyen.so aku ngan shahul aja form 5.aku ajar sains shahul ajar math.kak ada n aishah ajar budak darjah 6.budak form 3 ade sorang awek volunteer entah dari mana datang.tapi dah tahap kakak la awek tu.so,miqdad,afiq,safiq n Islah mengajar budak2 form lain.

sumpah,aku blur giler waktu ajar sains.ape niyh!!!dah lame dah tinggal kot..ades2..lagi pulak dalam english.tapi muka konfem kene buat muke pro..hehehe

so,malam tu tiba2 ade hal jadik.shhhh!!so,aku pun dengan best nye bermalam di Peryatim dengan Islah,Afiq n Shahul.tido dengan budak2 tu semua.comel dowh Islah n shahul tido..hahaha..

so,pagi nya kitorang solat subuh dulu dengan budak2 tu.
......................................................................................................................................................................

seronok tengok budak2 bersiap pagi2 pergi solat dan bersiap pergi sekolah.terkenang waktu kat asrama.huhu.

aku suka tengok keriangan dekat wajah budak2 tu.walaupun jauh dari keluarga.dan memang antara diorang dah tak da mak dan ayah.dan ada juga yang punya famili yang pincang.tapi kegembiraan ada pada wajah budak2 ni.dan aku tak tahu betapa sebenarnya disebalik
senyuman manis budak2 kecik tu sebenarnya ada terkandung seribu macam cabaran yang aku tak pernah alami.yang adakah aku boleh bertahan kalau aku alami.



dalam umur yang baru nak kenal dunia,hidup dah dicabar dengan macam2 masalah.budak2 ni cuma perlukan kasih sayang.cuma perlukan orang untuk ambil tahu.cuma perlukan orang untuk tahu masalah mereka.

subuh tadi lepas solat berbual dengan sorang adik ni.aku cek buku rekod dia.dia x segan tunjukkan buku rekod dia.dia cuma nak kan orang ambil tahu apa dia belajar.

waktu sepanjang dalam bas waktu menghantar diorang,sebenarnya hati aku seakan berderai sayu,melihat budak2 kecil ni riang ke sekolah.dalam bas bergurau dengan penyelia mereka yang mereka panggil ayah.dan aku tengok sorang budak ni,dia keluarkan satu plastik oreo yang cuma ada 3 keping dalam tu.satu diberi kepada seorang adik lelaki.hakim namanya.satu lagi dia tawarkan pada aku..

"ayah jol,nah,oreo.."
aku senyum.dan cakap.."xpe,kakak makan lah.ayah kenyang"

dan oreo yang terakhir di makan sendiri dan satu lagi yang ku tolak tadi diberi kepada adik beradik nya yang lain..adik hakim yang kecil dah habis makan oreo nya sendiri yang diberi lalu dia minta lagi pada si kakak kecil tersebut.kakak kecil ini patahkan separuh oreo yang sedang dia makan dan di bagi kepada hakim yang kecil ni.dua-dua si kecil tersenyum.bukan kenyang yang diharapkan dari makanan.mereka cuma cari kenyang pada kasih sayang..

Ya Rabb..indahnya kasih sayang yang kau ciptakan..

dan si hakim yang kecil ni sangat petah.."Ayah jol,nak duduk" sambil dia duduk atas pangku aku.Jadi aku pangku dia dan berbual2..

waktu melintas SMK Merbau,aku pelik,tiba2 semua adik2 dalam bas memandang keluar tingkap.seakan mecari sesuatu.so,aku join..rupanya diorang mecari2 kakak mereka yang dulu sama2 pernah berada dalam PERYATIM dan kini sudah keluar.tempat mereka melampiaskan rindu pada kakak mereka hanya dengan melihat wajah si kakak yang tersenyum dan melambai melalui tingkap bas.

Ya Rabb..ketika ini,aku tahan mata ku dari mengalir nya air mata..

Kisah tu semua bukan aku cipta untuk membeli simpati.

macam aku ceritakan,aku suka berada di PERYATIM.aku sukakan kasih sayang anak2 kecil ni.dan adik2 yang ada.aku sayangkan persahabatan dengan penyelia2 yang aku panggil abang.macam seorang penyelia namanya abang rashid cakap pada aku "Yelah Jol,kitorang semua dah anggap tajol macam keluarga"..

aku sayangkan gelak tawa adik2 aku dekat sini.aku sayangkan senyuman mereka walaupun sebenarnya seribu cerita duka ada disebalik senyuman itu.

aku berada duduk bersama mereka bukan hanya semalam.aku duduk sama2 mereka.menceritakan kisah jatuh bangun hidupku.kisah betapa aku pernah jauh dari redha Allah.kisah aku bangkit kembali dari sebuah kejatuhan.dan aku berikan mereka seribu satu nasihat.jangan kau mengikut silap abang mu ini.dan aku ajarkan mereka sedikit ilmu agama yang ku tahu.supaya mereka dapat menyimpan menjadi bekal untuk arah hidup mereka kelak selepas mereka keluar dari PERYATIM.dan aku berkongsi kisah duka mereka.kisah hidup mereka.susah senang mereka.dan aku kongsi senyuman itu.dalam lenggok tawa dan senyuman mesra.dan dalam doa,sebagaimana aku harapkan dua adik permpuan ku berjaya,aku mahu lihat adik2 ku disini berjaya..

adik,walau susah mana pun hidup mu,kau pasti boleh bangun.dan memandang ke hadapan dan melangkah!!

dan aku.abang mu, disini,akan tetap memegang tangan mu dan membawa mu bangkit..

kisah semalam di rumah PERYATIM itu hanya sebahagian kisah yang aku lontarkan.banyak lagi keindahan yang aku lihat sepanjang aku bersama adik2 kecil ni..

dan aku tak mau senyuman2 ini hilang..aku x mahu ianya diganti dengan tangisan duka..

aku memang suka berada di sana.aku rasa tenang dan gembira.aku melihat keindahan dalam kasih sayang..dan aku nak kamu semua merasa..benar,aku berasa sangat tenang...

bagi kamu yang membaca..ya!kamu!

adik2 ini bukan perlukan duit kamu.x perlukan makanan kamu!x perlukan buku2 kamu!x perlukan kredit kamu!!

mereka cuma perlu sedikit masa kamu yang banyak yang kamu habiskan menonton wayang..mereka perlukan kasih sayang kamu!!mereka cuma perlu seorang abang atau kakak yang mendengar kisah yang nak mereka kongsi!mereka hanya perlu seorang untuk membalas senyuman mereka!mereka hanya ingin dimanja!punya rasa sebuah keluarga!!

adakah sukar untuk hulurkan tangan,dan memeluk mereka??

adakah sukar untuk pinjamkan telinga kamu sebentar??

adakah sukar untuk memberikan kata2 semangat dan nasihat??

adakah sukar untuk berikan sedikit masa kamu?

adakah sukar untuk menghulurkan sebuah kasih sayang kamu??

kasih sayang itu tak kan kurang kalau kita berikannya..Cinta itu tak akan lusuh kalau kita berkongsinya..

..................................................................................................................................................

mungkin kerna hati yang dibentuk dengan tarbiyah menjadi lembut untuk melihat erti kasih sayang..

mungkin kerna hati yang bergolak,menjadi tenang melihat keindahan pada senyuman mereka..

mungkin jauh dari keluarga di semenanjung,aku jadi rindu..tapi bukan bermakna lepas jumpa keluarga di semenanjung aku lupakan kasih sayang keluarga aku disini...

kerna disini,ya disini,aku jumpa apa itu BAHAGIA!!