Thursday, July 16, 2009

Tentang Hati

Banyak sekali bicara tentang hati.Tapi kenapa manusia sukar sekali memahami perihal hatinya.

Maka dia akan cuba mencari jawapan.Tentang persoalan yang berkait dan terpaut kukuh pada hati.

Tentang persoalan cinta,benci,kasih,sayang,ikhlas,marah dan macam-macam serta pelbagai lagi.

Apa yang hilang pada manusia ini sehingga dia sukar memahami bahagian dalam hidupnya ya'ni hatinya.

Maka bilamana dia tidak memahami soal hatinya dengan jelas,akan diwujudkan pelbagai alasan,pelbagai sandaran...untuk menghalalkan keharaman yang terbit dari asal dalam hati.

Kadang-kadang,kita meletakkan halal pada perhubungan yang haram.

Mulanya dengan nasihat-menasihati.cantik.tapi sedalam hati nya penuh muslihat.Konon menasihat.

Tetapi hanya sebagai selimut dan pakai luaran.Tapi isi dalam yang kotor dan busuk.

Keji.

Dan ada juga selindung dengan hanya kata sebagai kawan.Ya lah..mula sebagai kawan.Dan bila nafsu menguasai akal.Bila adab tak dijaga.Kononnya hanya kawan.Dilihat orang rasa benci.Meluat.Cakap tentang pergaulan,gah nya hanya pada mulut.Cakap tentang Islam gahnya hanya pada bibir.Tapi perlakuan tak sama..Ditegur,marah...

Juga sama.Cantik hanya pada kata-kata.Bagai kain sutera membalut tubuh berkudis.

Bagai kot mahal menutup tubuh seorang Bush,atau seorang Dick Cheney,atau seorang Collin Powwel.

Keji.

Perlakuan kita adalah cermin pada hati kita.

Perlakuan kita adalah cermin pada hati kita.

Perlakuan kita adalah refleksi hati yang tersangat dalam.

Mulut dapat menipu.Bibir mamapu menutup kata.Lidah mampu menahan kalimat.

Bahkan mampu menukar fakta menjadi fantasi.

fantasi menjadi dalil

dan bahkan mampu membelit bagai ular sawa..

Tapi hati tak mampu disembunyikan.Kerna refelksi hati terletak pada perlakuan.

Dan mampukah kita mampu berlakon dalam perlakuan kita 24 jam sehari,7 hari seminggu,365 hari setahun dan malah seumur hidup kita?

Mampukah kita melakonkan perlakuan bertentang dengan hati kita.

Untuk setiap masa.
Untuk setiap waktu.
Untuk setiap nafas terhembus pada akhir waktu yang tulus?

Mampukah??


No comments:

Post a Comment