Thursday, November 12, 2009

Bersepah...


Salam ukhwah.

3 exam dah berlalu.Alhamdulillah.hehehehe...

Geo 114 boleh tahan gak la. Target atleast 60 something la kot. Maybe leh capai 80 lebih kot.I dont know :)

Geo 112 WASM sangatlah mengecewakan.Ades. Lagi pulak bahagian essay.Boleh menangis aku.Tak target tinggi.Lepas dari 6 cukuplah.Kalau dapat 70 pun aku dah syukur. Tapi mungkin boleh kot dapat 70.huhu

106 pulak buat tadi.The best paper ever. Sampai bengkak tangan menulis.Seriously, I mean bengkak.hehehehe.2 soalan memang dah gitau awal-awal.So aku wat yang pasal peat and Sinchuan earthquake.

Then aku buat feedback mechanisme and ozone in Stratosphere.OK la kot.

Ya Rabb.Ya Malikul Mulk.bantulah aku dalam perjuangan ku ini.Bantulah aku dalam mendapat result yang bagus.

Interestingy, this SEM semangat belajar membuak-buak. Belajar sampai tak tidor malam.Da 1 whole week tak tido malam.Tido petang je.Malam berjaga and study.Bayangkan, katil and meja penuh dengan notes.Kalau aku tidor pun,aku tidor atas notes. Hehe . Bersepah giler.

inilah dier..hehehehe


Tapi sebenarnya aku perlukan keadaan sepah camtu.Otak aku lagi dahsyat berfikir kalau keadaan luaran messy. Coz nanti keadaan tu mempengaruhi otak aku untuk systemise kan balik apa yg aku fikir.(Alasan!!)

hehehe


Dalam minggu exam ni tak dapat kluar town lagi.Sebenarnya aku pun jarang keluar apa.Kalau keluar pun sebab ada program.Tu je.hehehehe.

Mungkin orang ingat hidup aku bosan.Tapi keseronokan dilihat dari sudut berbeza.

Nak menilai keseronokan,maka fahamilah erti makna seronok itu dulu.


Banyak lagi nak tulis.Tapi nanti lah sambung.hehehe




Wednesday, November 4, 2009

Tribute to my buddy.-nak baca kena drag pada cursor.

Tentang seorang kawan…

Salam.

mamat ngan aku.

Saya bukan seorang yang jenis sweet-sweet sangat.But this one is exceptional. Aku jarang cakap seseorang sebagai kawan baik aku.Coz aku susah nak ngaku seseorang sebagai kawan baek.But sekarang aku nak ceritakan tentang kawan baik aku.

Aku baru melawat blog seorang sahabat. Muhammad Subakin nama dia. Berkawan rapat dengan dia sejak tingkatan 4. Buat nakal sama-sama (saya bukan budak skema okay waktu sekolah.Muka je baik.hehe) .Study sama-sama. Kenakan orang sama-sama.



Banyak gak la kenangan.Still contact ngan dia lagi sampai sekarang. atleast sebulan sekali aa.

Waktu sekolah dulu, kami satu geng.Panggil G10.Group of 10 la..Kitorang jenis Non-Allied. Jenis nakal-nakal biase je.Main bola dalam surau dorm.Kalau tak pecah tingkap tak kan berenti. Kalau Ustaz Razali datang semua lari.Yang aku taw,sepol dah gi Indon.Pai and FuadDen pun kat UTP rasenye. Adeb kat IB.da fly da kot. Amer aku tak taw kat ner.Ib gak kot.Dia kan genius.



Pernah sekali keluar ke town waktu malam jalan kaki tuh (x ingat camner peristiwa tu jadi.Same ade ,ade kebenaran atau tak). Balik-balik je kene tahan ngan Ustaz Razali.Kene perli dengan ustaz Razali dalam surau lagi esok nya, Dia kata “Tajul suap Mamat,Mamat suap Tajul” Ceyt.Aku tak lah sweet giler sampai nak suapkan member.Hahaha.



Gambar yang diatas tu agak kontroversi gak la..Asal gambar tu dalam gelap??hehehe.Sebenarnya kitorang ngah memonteng solat jemaah maghrib kat surau maktab. Gambar tu siap ade video lagi.Waktu tu azan tengah bergema and memang malas nak gi pun surau.So lepak dalam dorm je laa.Hehehe. Sebenarnya boleh kire dengan jari je la berapa banyak kali gi surau waktu form 5.





Cerita pasal awek tu biasa lah.Memang dah jadi perkara wajib untuk kitorang kongsi cerita. Awek dia Tipah sekarang. Mamat ni dulu memang cam aku gak la..Suka flirt.Suke main perempuan.Waktu tu asyik cerita pasal perempuan je la kan..hehehe..Same kepala kan. Dulu ada kawan lain kate, kalau ade Tajul,mesti ada Mamat.Kalau ade Mamat,mesti ade Tajul.



And dia ni seorang yang genius. I mean a real genius. Dia cipta method untuk mengira punca kuasa dua and punca kuasa tiga bagi satu number (tak kira lah berjuta pun number tu) tanpa guna kalkulator. Die ni pun kreatif gak.Banyak gak lah ciptaan yang dia boleh buat. Tapi dia jenis yang sangat-sangat relax. He can go far kalau dia nak sebenarnya.. Boleh jadi lagi hebat dari Encik Zul yang famous dengan ciptaan dia atas nama company Zul’s design tu. Yang aku ingat dia cakap waktu sekolah dulu, dia just nak jadi pengurus felda je.hahaha.



Aku kat sekolah jenis aktif and dia pulak jenis relax-relax. Tak banyak beraktiviti. But he is all much better than me especially dalam study.



Prep habis dalam kol 10 kot. Tapi still kluar gak ke kelas dalam kol 2,3 pagi. Gi main bola,futsal and badminton kat D-Laks(Dewan Laksamana) pukul 2,3 pagi gak.Dewan berkunci jer.Tapi bukannya susah nak pecah masuk.



Gi kelas malam-malam selongkar kelas.Tengok markah budak2 lain and siap kutuk-kutuk lagi.”bodoh melantun-lantun”.tu la yang aku ingat dia pernah cakap dulu waktu tengok markah sorang member niyh.siot mat.Taw ko pandai.. Banyak kot benda mengarut kitorang buat. Haha.


Tapi tak kan nak cerita semua kan.Ada yang kene censored.Hahaha.



Well, it is 3 years already.And pengalaman mendewasakan. Aku mungkin ada sedikit berubah. Mungkin da tak banyak keje ngarut nak diceritakan. Da tak ada kisah perempuan nak dikongsikan.Tak banyak yang nak diceritakan sebab beratnya tanggungjawab dan amanah yang disedari sekarang buatkan aku tak se “care-free” cam dulu . Aku tak taw mamat camne sekarang. Last sekali jumpa dia 2 tahun lepas kt KL Central.Lepak kat KFC.




But camner pun, He is my best buddy.Aku tak pernah jumpa lagi sahabat sebaik , se”cool” , secondly macho (aku lagi cool and macho kay) ,sesempoi and se six-pack senget die.(bro aku ade gmbar kau tak pakai baju.hahaha.nanti kau da jadik bapak.aku tunjuk kat anak-anak kau.)



And hari ni aku tulis post ni dedicated to one of his success.

klik alamat blog dia.

http://kejebodo.blogspot.com/

Nama pun blog kejebodo. Dia genius ,and die kate die suke wat keje bodo.Tapi keje dia x da pun yang bodo. Sume art..So kalau korang nak bace ape yang die tulis,korang kena copy ape yang die tulis tu ,paste dalam microsoft word and change die nye font.




This is for u bro!!Thank u for everything

Lepas ni kita tengok sape keje dulu,kawen dulu,dapat anak dulu, jadi nyanyuk dulu and sape yang mati dulu.hehehehehe.

Tuesday, November 3, 2009

lame nye dah tak update

Salam..

sekarang ngah musim exam.Yeah.. 4HD menanti. Go!!

Tarbiyyah mengajar aku banyak perkara. Dalam untuk memenuhi keperibadian Muslim,aspek hifzul waqt(menjaga waktu) dan terjaga urusannya adalah antara yang diambil berat. Maka sebenarnya, tarbiyah itu membantu aku dalam pelajaran. Hehehe.. yup2..ade gak la lecture yang tuang. But alhamdulillah, tak de lah internal mark yang kantoi. 102 je lah yang agak rendah sikit.

Dr Masa,come on laa!!! Aku nak 102 dapat HD..Camni punah la harapan..hehehe


Beberapa waktu ni buat aku banyak terfikir.Pasal perhubungan. Pasal sifat diri. Pasal karakter.Pasal persahabatan.Macam-macam lagi.


Aku dulu memang bercouple and flirt. Dulu aku memang suke rapat-rapat ngan perempuan. Memang best per kan. Tak kan la kau nak cerita sweet-sweet ngan member yang laki. Hilang aa kemachoan..hehehe. Matlamat dulu nak seronok-seronok je. Pernah aku ber sms ngan sorang ex aku. Lame da kot. Aku tanye, "hey, u used to love bad boys kan. Why sekarang u pilih dier.It`s kinda funny". So dia cakap la " Bad boys for happy-happy je. Now, serious relationship"



Wow. haha. isn't it kind of similar. The thinking of similar both guys and girls.



Bagai nak ghak bercinta. Sanggup serah segalanya. Tapi untuk apa? Seronok-seronok?
Sanggup bagi tunjuk itu ini.Pegang itu ini and macam-macam lagi. Tapi untuk apa? Yakin ke dia akan jadi yang sah untuk kita? Cinta suci la konon.


and alhamdulillah, tarbiyyah dah buka minda aku dan mata aku. Dulu aku pernah cerita yang aku pernah kritik orang yang berhujah bahawa couple ni haram. (sorry ye cik ustazah,aku tak ingat nama kau). But now, aku meyakini bahawa perhubungan itu harus didasarkan pada matlamat yang lagi besar. Bukan sekadar cuma cinta sahaja. Bukan cuma nak mengelak fitnah sahaja. Tapi harus didasarkan tujuan nya pada matlamat paling agung.


Kalau matlamat itu sudah diletakkan,jalannya pun patut sejajar lah dengan matlamat. Matlamat dah baik.jalan pun kenalah baik.So, kalau matlamat dah kerana Allah, tak kan jalan nya adalah jalan maksiat dengan mengadakan perhubungan yang tak sah tanpa ikatan.


Aku bukan nak mengatakan yang kita ni menidakkan fitrah lelaki suka pada perempuan dan vice versa. Tapi aku mengatakan yang daripada bercouple, baik bernikah. Daripada bermaksiat, baik beribadah. Tak mampu nikah tak perlu lah couple.


Letakkan tenaga yang banyak dan potensi yang mantap dan masa yang diperuntukkan tu untuk jalan Allah daripada pergi berdua-dua tengok wayang, berpeluk-peluk, bermanja-manja dan lain-lain lagi.

Come on laa.Bukannya tak boleh. Aku pun ade gak pengalaman couple-couple ni. Aku pun lelaki gak. Ade gak rasa suka. Ada gak kadang-kadang hati bergetar. Ada gak rasa nak memiliki.Bile nampak yang indah-indah baik dari wajah or sikap, konfem terbit rasa dalam hati. Tipulah kalau kata jantung dan hati tak rasa nak runtuh je..(Tu sebab dianjurkan jaga pandangan).. Tapi aku memahami itu bukan terbaik. Itu bukan yang Allah nak kan. Come on bro..Tak kan lah kalah pada nafsu sendiri. Ni belum hantar pergi Palestin berperang lagi. Ni baru perang hati je. Tak kan dah kalah kot. Come on laa..

Hurmmm...anak-anak muda Islam kalah pada nafsunya sendiri.



Kita kena berubah. Bawakan perubahan.

Cakap pasal perubahan, CIS mungkin wadah yang mampu membawa perubahan yang bagus. Tapi selama ni, adakah CIS digunaka dengan betul dan benar?

Heheh.cakap pasal CIS...ades..aku tau ade yang tak puas hati dengan beberapa keputusan aku. Aku dari dulu memang jenis keras kepala dan teramatlah overconfident.Strong character la kirenye. But percayalah, aku buat sesuatu keputusan bukan berfikir pada diri aku dan untuk aku. Setiap keputusan yang aku buat aku fikirkan pada matlamat yang paling besar. Aku sebagai Treasurer memang kurang bersetuju kalau duit CIS digunakan untuk tujuan yang kurang kepentingan yang besar. Duit CIS memang banyak. Antara kelab yang kaya sebenarnya. Tapi fikirlah untuk kepentingan yang besar. Sebahagian besar duit CIS datangnya dari zakat dan sumbangan ramai. Tak kan lah nak habiskan untuk beli makanan aje kan. Duit tu lagi patut diguna untuk program ilmu, biaya keperluan surau dan macam-macam lagi yang penting.

Kalau ade sesape yang kenal orang yang mahu sponsor atau memberi sumbangan pada CIS, bagitahulah. Terus terang, walaupun nama je kelab, tapi kerja bukan mudah. Aku janji aku akan cuba memudahkan tugas semua orang selagi tak bercanggah dengan prinsip dan matlamat.


Hehehe.memang aku hard-headed.


Karakter aku memang camni.Terlampau overconfident. Main cakap je ikut suka. Kadang-kadang panas baran. Berani buat apa yang aku nak. Kalau aku yakin dengan something tu, sampai mati pun aku tak kan lepaskan dan akan terus pertahankan. Mungkin sebab tu ramai bengang kot dengan aku.hehehehe.

Konfem ingat aku sombong.kerek.bongkak.ingat diri asyik betul je..

Aku memang camni. Aku tak pandang rendah orang lain. Cuma aku terlalu overconfident je. Aku yakin pada apa yang aku buast. Kalau aku cakap something, muka confirm konfiden habes laa..

Aku ade wat cek karakter waktu dalam JCLA ngan Dr Adeline dulu. Aku nye karakter ENTJ dan ESTJ. Karakter ni pulak berada pada level ytang amat ekstrim.. Maksudnya iNtuitive and Sensitive aku sama level. Sikap karakter ENTJ ni dimiliki field marshall and general perang yang memang keras kepala. ESTJ pulak dimiliki politician and pemimpin2 yang pandai diplomacy. Ades.memang kena.

Ades..aku memang kene belajar bergaul ngan lebih mantap laa. Sebenarnya aku tak tau nak cerita camner. Kalau kawan-kawan borak pasal movie, mane laa aku tau.Aku tengok je,tapi aku tau sangat pasal movie tu. Kalau ajak borak pasal Dr Asri kena tangkap ker, pilihanraya ka, politik ka, aku boleh masyuk nye. Nak borak sampai 2,3 pagi pun boleh. Pasal tu aku tak banyak cakap pasal movie ke ape ke. Karang melalut plak. Lagi baik buat lawak.atleast lawak yang dibuat logical lagi daripada aku gebang yang movie hollywood pelakon utama dia saiful apek kan.


Huhu. banyak lagi perlu diubah.


Okaylah..sebenarnya banyak algi nak cerita.Nanti sambung.study dolok.