Tuesday, November 3, 2009

lame nye dah tak update

Salam..

sekarang ngah musim exam.Yeah.. 4HD menanti. Go!!

Tarbiyyah mengajar aku banyak perkara. Dalam untuk memenuhi keperibadian Muslim,aspek hifzul waqt(menjaga waktu) dan terjaga urusannya adalah antara yang diambil berat. Maka sebenarnya, tarbiyah itu membantu aku dalam pelajaran. Hehehe.. yup2..ade gak la lecture yang tuang. But alhamdulillah, tak de lah internal mark yang kantoi. 102 je lah yang agak rendah sikit.

Dr Masa,come on laa!!! Aku nak 102 dapat HD..Camni punah la harapan..hehehe


Beberapa waktu ni buat aku banyak terfikir.Pasal perhubungan. Pasal sifat diri. Pasal karakter.Pasal persahabatan.Macam-macam lagi.


Aku dulu memang bercouple and flirt. Dulu aku memang suke rapat-rapat ngan perempuan. Memang best per kan. Tak kan la kau nak cerita sweet-sweet ngan member yang laki. Hilang aa kemachoan..hehehe. Matlamat dulu nak seronok-seronok je. Pernah aku ber sms ngan sorang ex aku. Lame da kot. Aku tanye, "hey, u used to love bad boys kan. Why sekarang u pilih dier.It`s kinda funny". So dia cakap la " Bad boys for happy-happy je. Now, serious relationship"



Wow. haha. isn't it kind of similar. The thinking of similar both guys and girls.



Bagai nak ghak bercinta. Sanggup serah segalanya. Tapi untuk apa? Seronok-seronok?
Sanggup bagi tunjuk itu ini.Pegang itu ini and macam-macam lagi. Tapi untuk apa? Yakin ke dia akan jadi yang sah untuk kita? Cinta suci la konon.


and alhamdulillah, tarbiyyah dah buka minda aku dan mata aku. Dulu aku pernah cerita yang aku pernah kritik orang yang berhujah bahawa couple ni haram. (sorry ye cik ustazah,aku tak ingat nama kau). But now, aku meyakini bahawa perhubungan itu harus didasarkan pada matlamat yang lagi besar. Bukan sekadar cuma cinta sahaja. Bukan cuma nak mengelak fitnah sahaja. Tapi harus didasarkan tujuan nya pada matlamat paling agung.


Kalau matlamat itu sudah diletakkan,jalannya pun patut sejajar lah dengan matlamat. Matlamat dah baik.jalan pun kenalah baik.So, kalau matlamat dah kerana Allah, tak kan jalan nya adalah jalan maksiat dengan mengadakan perhubungan yang tak sah tanpa ikatan.


Aku bukan nak mengatakan yang kita ni menidakkan fitrah lelaki suka pada perempuan dan vice versa. Tapi aku mengatakan yang daripada bercouple, baik bernikah. Daripada bermaksiat, baik beribadah. Tak mampu nikah tak perlu lah couple.


Letakkan tenaga yang banyak dan potensi yang mantap dan masa yang diperuntukkan tu untuk jalan Allah daripada pergi berdua-dua tengok wayang, berpeluk-peluk, bermanja-manja dan lain-lain lagi.

Come on laa.Bukannya tak boleh. Aku pun ade gak pengalaman couple-couple ni. Aku pun lelaki gak. Ade gak rasa suka. Ada gak kadang-kadang hati bergetar. Ada gak rasa nak memiliki.Bile nampak yang indah-indah baik dari wajah or sikap, konfem terbit rasa dalam hati. Tipulah kalau kata jantung dan hati tak rasa nak runtuh je..(Tu sebab dianjurkan jaga pandangan).. Tapi aku memahami itu bukan terbaik. Itu bukan yang Allah nak kan. Come on bro..Tak kan lah kalah pada nafsu sendiri. Ni belum hantar pergi Palestin berperang lagi. Ni baru perang hati je. Tak kan dah kalah kot. Come on laa..

Hurmmm...anak-anak muda Islam kalah pada nafsunya sendiri.



Kita kena berubah. Bawakan perubahan.

Cakap pasal perubahan, CIS mungkin wadah yang mampu membawa perubahan yang bagus. Tapi selama ni, adakah CIS digunaka dengan betul dan benar?

Heheh.cakap pasal CIS...ades..aku tau ade yang tak puas hati dengan beberapa keputusan aku. Aku dari dulu memang jenis keras kepala dan teramatlah overconfident.Strong character la kirenye. But percayalah, aku buat sesuatu keputusan bukan berfikir pada diri aku dan untuk aku. Setiap keputusan yang aku buat aku fikirkan pada matlamat yang paling besar. Aku sebagai Treasurer memang kurang bersetuju kalau duit CIS digunakan untuk tujuan yang kurang kepentingan yang besar. Duit CIS memang banyak. Antara kelab yang kaya sebenarnya. Tapi fikirlah untuk kepentingan yang besar. Sebahagian besar duit CIS datangnya dari zakat dan sumbangan ramai. Tak kan lah nak habiskan untuk beli makanan aje kan. Duit tu lagi patut diguna untuk program ilmu, biaya keperluan surau dan macam-macam lagi yang penting.

Kalau ade sesape yang kenal orang yang mahu sponsor atau memberi sumbangan pada CIS, bagitahulah. Terus terang, walaupun nama je kelab, tapi kerja bukan mudah. Aku janji aku akan cuba memudahkan tugas semua orang selagi tak bercanggah dengan prinsip dan matlamat.


Hehehe.memang aku hard-headed.


Karakter aku memang camni.Terlampau overconfident. Main cakap je ikut suka. Kadang-kadang panas baran. Berani buat apa yang aku nak. Kalau aku yakin dengan something tu, sampai mati pun aku tak kan lepaskan dan akan terus pertahankan. Mungkin sebab tu ramai bengang kot dengan aku.hehehehe.

Konfem ingat aku sombong.kerek.bongkak.ingat diri asyik betul je..

Aku memang camni. Aku tak pandang rendah orang lain. Cuma aku terlalu overconfident je. Aku yakin pada apa yang aku buast. Kalau aku cakap something, muka confirm konfiden habes laa..

Aku ade wat cek karakter waktu dalam JCLA ngan Dr Adeline dulu. Aku nye karakter ENTJ dan ESTJ. Karakter ni pulak berada pada level ytang amat ekstrim.. Maksudnya iNtuitive and Sensitive aku sama level. Sikap karakter ENTJ ni dimiliki field marshall and general perang yang memang keras kepala. ESTJ pulak dimiliki politician and pemimpin2 yang pandai diplomacy. Ades.memang kena.

Ades..aku memang kene belajar bergaul ngan lebih mantap laa. Sebenarnya aku tak tau nak cerita camner. Kalau kawan-kawan borak pasal movie, mane laa aku tau.Aku tengok je,tapi aku tau sangat pasal movie tu. Kalau ajak borak pasal Dr Asri kena tangkap ker, pilihanraya ka, politik ka, aku boleh masyuk nye. Nak borak sampai 2,3 pagi pun boleh. Pasal tu aku tak banyak cakap pasal movie ke ape ke. Karang melalut plak. Lagi baik buat lawak.atleast lawak yang dibuat logical lagi daripada aku gebang yang movie hollywood pelakon utama dia saiful apek kan.


Huhu. banyak lagi perlu diubah.


Okaylah..sebenarnya banyak algi nak cerita.Nanti sambung.study dolok.




1 comment:

  1. weit..
    balik jgn lupe jenguk ak..
    ko blk 30 ap..
    bln 11 ker..

    ReplyDelete