Monday, July 5, 2010

masa terluang...




salam..

ini lah yang saya lakukan hari ini...melukis..minggu lepas ada acara melukis yang dihadiri Yusof Gajah.Semasa berbual dengan Pak Yusof,saya kagum dengan beliau..

Seorang pelukis entrepenaur yang hebat.Kata-katanya yang saya tak boleh lupa : " Pelukis kena letakkan diri dia sama taraf dengan engineer,dengan politician...Kita tengok politician.Dia start from nothing. Tapi at the end, dia di hargai"


Saya bukan pelukis seperti Pak Yusof.Saya cuma suka-suka mengisi masa lapang.

Lukisan yang pertama dahulu pada tahun lepas,saya ,shahul,jiji dan ming yii yang lukis.Lebih nya Ming Yi yang banyak melukis nya..Dan lukisan itu dijual oleh Ansara dan wang itu di salurkan kepada program kebajikan.(*gemuk gak waktu ni..huhuhu)




Lukisan saya yang kedua , adalah dalam acara minggu lepas.Saya berikan kepada seorang adik.
Inilah lukisan saya yang ke tiga.
Saya namakan sebagai "Helang yang menangis"
Saya nak emphasize pada art work yang ke-3 ni.. Lukisan ni saya buat pagi tadi.Selepas subuh..Dan selesai ,ketika hampir asar..

1.Lukisan ini melambangkan perasaan diri saya.Ni bukan sedih tak balik.Tak de kene mengena langsung..Hehehehehe..

Satunya, kita sebagai seorang Muslim adalah layaknya seekor helang.Raja angkasa. Tetapi,helang itu sekarang cuma menjadi burung kecil,yang tak mampu terbang tinggi kerna dosa dan noda yang banyak..Adakah tangisan itu mampu mengeluarkan dia dari penjara merah kehinaan?

2.Yang kedua adalah tentang Palestin.Dan sebenarnya ini niat utama saya ketika mula melukis lukisan ini.. Lingkaran merah adalah kongkongan yahudi,dan warna purple di dalam adalah Palestin. Dan didalam warna purple itu ada sebiji mata.. Mata yang menangis..Dan lingkaran bulat itu diluarnya ada mata yang besar,simbol kepada mata dunia khususnya mata ummat2 Islam yang cuma mampu melihat sahaja kekejaman bangsa yahudi yang kecil yang menindas ummat Islam Palestin.Dan kata Kak Jihan, mata itu nampak seperti burung..Ya,kita semua adalah burung helang.Burung helang yang lemah dan kecil kerna kelemahan kita sendiri..Dan burung helang itu di kepung oleh kehitaman kebathilan yang menyelubunginya..Bilakah burung helang itu akan bangkit dan menjadi raja angkasa semula??


Wallahua'lam...

Saya tidak lah pandai melukis...Hanya mengisi masa lapang hari ini...



Saturday, July 3, 2010

ESQ diisytihar haram

Salam..


meh tengok ni..tadi tertengok wallpost Badli..



http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf

No komen setakat ni..Nanti aku komen kot...

Plan Hidup

Salam..

benda ni aku dah lama pikir daa..Ape aku nak buat dengan perancangan hidup aku..

Dulu waktu form 5, planning hidup aku adalah nak ambil course Law..Study.Jadi peguam yang berjaya.Involve dalam politic.UMNO obviously sebab aku memang dibesarkan dalam keluarga penyokong kuat UMNO. Ayah aku dulu tak silapnya berjawatan dalam parti (tak tau dalam peringkat bahagian or cawangan ) And since kecik memang sangat-sangat taasub dengan politic. Then berkeluarga,obviously dengan *seseorang dahulu.

Masuk politic , tujuan aku waktu tu adalah untuk perbaiki negara. Aku waktu tu rasa yang negara kita kaya,berduit,kuat.Lagi pulak lahir2 da terpampang The Big Gun Tun Dr M depan mata..Tapi bangsa kita lemah.Bangsa kita cakap je lebih.Hasil tak da. Waktu tu aku nak kan supaya one day once aku menjadi salah seorang pemimpin negara, aku nak cuba ubah Malaysia menjadi satu negara yang lagi baik. Waktu tu aku punya prinsip agak sekular gak.Aku tak bersetuju dengan penubuhan khilafah Islamiah and bla bla bla.Aku merasakan yang Islam itu dalam undang2 syariah perlu ada.Tapi dalam seluruhnya bergantung kepada kehendak individu.. Aku memang Ultra-Melayu (sampai sekarang maybe..). Aku mengagumi Tun M sangat-sangat.

Erm..aku memang sangat punya idealisme.huhuhu..sangat rindu waktu masih lagi muda belia.

Tapi sekarang, plan nya mungkin dah berubah..So apa aku nak buat dengan hidup aku?

Aku seorang student geology tajaan Petronas.Belajar di sebuah ipts di sarawak yang tak diiktiraf agensi kerajaan iaitu JPA. Kalau aku tak dapat kerja dengan Petronas, makanya amat sakit lah untuk cari kerja.

Target aku sekarang adalah :

1.sambung belajar
2. cari kerja.
3.Bisnes

Kenapa sambung belajar? Tak penat ke? Erm..penat2..Tapi ada kepentingan untuk aku sambung belajar.Kalau ikut aku nak je terus kerja.Tapi sekarang adalah zaman kebangkitan mahasiswa.Dan aku still nak terus berada dalam zaman kebangkitan mahasiswa ni dan melihat sendiri kemenangannya.. Seorang yang aku hormati pernah berkata :"akhi,zaman ana da habis.Usaha ana dan yang lain adalah nak bentuk yang umur2 macam antum ni untuk bawa Islam" . Dan aku yakin dengan kata-kata nya...Inilah zaman pemuda2 Islam..Jadi ,kalau aku berada di dalam suasana idealisme yang penuh semangat dan tekad, aku tak kan luntur untuk dari terus berjuang.

Boleh je buat waktu kerja kan??

Betul.Boleh.Tapi aku tak kuat.Cabaran waktu kerja sangat berbeza.Berapa ramai dah sahabat yang aku hormati melupakan perjuangan masing-masing lepas kerja.Sibuk dengan kerja dari pukul 8-5. Lupakan tanggungjawab bentuk umat. Anak2 buah yang bersepah yang hanya pandai dikumpul tapi tak tahu nak dijaga dan dibentuk sedangkan mereka sedang menanti kan dan dahagakan kefahaman. Unless kalau aku berkerja dengan sebuah company atau institusi yang mampu untuk membantu aku dalam perjuangan. Contohnya,menjadi cikgu atau lecturer.

Masalahnya, JPA tak iktiraf Curtin..kambeng tol Curtin.MQA sahaja iktiraf Curtin. Jadi aku tak boleh jadi cikgu dengan degree yang aku ada.Maka aku kena sambung belajar dulu, and option yang tinggal dengan kelulusan Master adalah menjadi lecturer. So,ni mensupport balik plan 1st aku untuk sambung belajar.

Or kalaulah ade company oil and gas yang membuat aku tak perlu untuk ke offshore,cuma jadi researcher je,itu lagilah baik. Gaji boleh tahan.Masa pun banyak. Kewangan penting dalam tugas dakwah. Sekarang kita kena kikis 'Islam Melayu' kita yang merasakan tugas bawa Islam ni cuma cukup dengan air liur je. Tak langsung. Cuba kita tengok, Kristianiti.Jom kita belajar dari diorang. Vatican bukan aja pelindung kepada Christian Catholic tapi juga sebuah bank yang sangat kaya. Orang Christianyang infak kan harta mereka ada terus bagi ke Vatican dan ada bagi ke local church. Yang di Vatican,duit tu juga akan disalur ke agenda Kristian di serata dunia melalui preachers2 mereka yang berada di bawah naungan Vatican.

Maka nampak tak disitu. Diorang gunakan duit tu untuk agenda diorang. Buat program dan ajak masyarakat umum. Buat kebajikan untuk menarik hati masyarakat.

Dan yang lagi menarik ,walaupun negara-negara kafir tak lah dalam kesatuan secara zahirnya tapi mereka sebenarnya bersatu juga di bawah satu Vatican..

Kita ada apa? Satu Makkah? SAtu Aqsa?

Sama-sama Muslim pun berperang.

Malu weii..

Ni yang Rasulullah cakap...kebathilan yang tersusun boleh mengalahkan haq yang tak tersusun.

Dan kita masih bangga dengan masa lalu kita.

Padahal kita sekarang menjadi bangsa yang paling hina.

Kalau kita lihat sirah zaman khalifah2 dan kerajaan Islam dulu.Semua berada di bawah satu naungang khilafah Islamiah. Dan even seorang Muslim yang berada di kekuasaan neagar Kufar pun terjamin .Kalau Muslim itu disakiti,maka tunggulah akibat nya...

Dan kekayaan semuanya dikumpul di dalam Baitul Mal dan semuanya diagihkan kepada seluruh tanah-tanah Islam yang berada di dalam naungan Khalifah..

Feel the similarity??

Padahal Islam dah ajar dah pasal benda ni...

Then plan ke-3 adalah bisnes..Yup..aku memang suka berniaga..Aku ada jual produk gamat langkawi..Sapa nak tau ngan lanjut,roger2 kay... Untuk masa hadapan aku ada beberapa option untuk bisnes..Tapi mulakan dengan kecil2 dulu.Kalau aku berbuat bisnes,tu yang paling banyak kebaikan.Satunya adalah masa itu aku sendiri yang kawal.Maka perkara utama yang nak dibuat tak terganggu.Kedua,aku mencipta peluang kerja kepada lebih banyak lagi untuk Muslim. Aku respect kat Radix Fried Chicken...Tu salah satu contoh terbaik.Perkerja tutup aurat.Akhlak baik-baik.Semua terjaga.Ada 2 kali aku dijemput untuk mengisi program-program di sebelah utara (satu program batal last minit, and satu lagi sangat best!!) , aku berenti dekat shahab perdana and kat sana ada RFC...Series tertawan hati...kan best kalau ada kat Miri..Memang tiap2 minggu aku pergi..hehehehe

Antara plan2 tu semua aku aakn usaha untuk teruskan. Moga Allah permudahkan... Sambung belajar, cari kerja mahupun bisnes,bagi aku BUKANLAH MATLAMAT...tu cuma alat.(bahkan nikah dan berkeluarga pun CUMA alat).Tak lebih dari tu..Tapi untuk menjayakan MATLAMAT,alat itu pelu ada...Dan aku menggunakan alat tu untuk berada dalam satu JALAN. Maka Jalan itu yang diutamakan daripada alat tu, dan Matlamat tu yang lagi diutamakan dari Jalan tu..1.Matlamat..2nd =Jalan dan yang 3rd barulah alat... Tapi sekarang kelakarnya, orang lagi pentingkan alat dari matlamat. Dan kadang-kadang dalam medan da'wah, orang lagi pentingkan Jalan dari Matlamat...

Maka agaknya jelas tak plan hidup aku??


Hehehe..tak boleh cerita lebih-lebih.Nanti kena tangkap ISA...hehehehehehheheheh

p/s: agak-agak lepas baca ni korang rase aku ikut mana? UMNO,PAS,DAP,PKR,JIM,ISMA,HALUAN,HIZBUT TAHRIR ,Ikram??and etc2....hahahahaha...Jemaah2..nak tergelak2 aku



Friday, July 2, 2010

Kalaulah aku....

Salam..

aku cuma duduk terfikir.. hari tu aku bertanya syafiq jasmim..kalaulah aku bercouple balik and buat benda2 tak elok,apa yang akan dia rasa.. capik jawab,aku kecewa dengan kau. :)

Dan malam ni,aku terfikir..

Tak mustahil kalau seseorang itu kembali kepada jahiliah setelah hidayah diberi. Bahkan dia lagi dihinakan sebab,dia dah tahu.. Dia dah mengerti yang mana haq dan yang mana bathil.Dia sudah faham yang mana benar dan mana salah.Yang mana Islam yang mana jahiliah.

Tapi dia tetap juga memilih kebathilan atas yang haq...

Sedih kan...

Aku cuma berharap,dan berdoa supaya aku dijauhkan dari hal tu. Aku cuma seorang Muslim yang lemah..Yang banyak kurang nya.. Hati aku masih lagi banyak lemahnya..Iman aku lagi tipis dari lapisan bawang.Amal aku tak sampai pun debu pasir. Tapi,nafsu aku besar..kejahatan dalam diri tak banyak yang hilang.Jahiliah dalam hati masih lagi membekas..

Siapa aku untuk mengata aku ini seorang yang alim dan soleh. Aku cuma seorang Muslim yang beusaha untuk perbaiki diri. Setiap hari setiap waktu... Aku bukanlah yang terbaik tetapi aku tak mahu menjadi yang terburuk.

Umar Al Khattab pernah berkata " Jika seluruh umat manusia masuk ke syurga dan sorang sahaja ke neraka,aku takut aku lah orang itu"

Astaghfirullahalzim...hinanya aku... Itu seorang Umar. Umar yang Rasul kata jika ada nabi selepas aku,maka Umar lah orang nya..

Itu Umar yang pertama2 sekali membantu perjuangan dakwah Rasul.

Itu Umar yang darahnya mengalir untuk Islam..

Aku?? Apa yang aku dah buat? Apa yang aku pernah buat untuk Islam...

Dan amal aku ini yang sangat sikit,adakah diterima Allah..Mungkinkah amal ini ada riya' sampai Allah buang amal yang dibuat aku ni cam kita buang sampah yang berulat..Jijik.Busuk.

Hina nya aku..Astaghfirullahalazhim...

Kalaulah seorang Umar boleh kata camtu,aku ini mahu kata apa lagi..Aku,apa pun tiada..

Dan kalaulah,kalaulah satu hari nanti,aku berpaling.. Berpaling semula pada jahiliah.. Dalam perlakuan.Dalam sikap.Dalam perbuatan.Dan nauzubillah,dalam akidah... Adakah aku akan terselamat kembali.Adakah aku akan kembali mencari Tuhan...

Dan kalaulah,kalaulah ketika aku bermaksiat,nyawa aku ditarik...Allah..Astaghfirullahalazhim...Camne aku dihadapan Allah...Camne aku nak bercakap depan Allah nak bagi reason supaya aku lepas dari azab...

Tuhan....

Dan kalaulah nyawa aku ditarik masa aku tengah beramal.Tapi amal itu tanpa ikhlas...Bagaimana aku nak jawab di hadapan Allah...

Sedangkan pernah diceritakan oleh Rasul tentang 3 orang lelaki. Hartawan, Ulama dan Mujahid yang kesemua amalnya dibuang..dicampak..dan muka nya diheret dan dihumban ke neraka..Sebab dalam diri tak da ikhlas..

Waktu aku tulis ni,adakah aku ada ikhlas..Allah..Allah...Allah..

Hina nya aku...

Aku tak berharta macam hartawan tu

Aku tak berilmu macam ulama

Aku tak segagah mujahid itu yang mati katanya kerna Islam...

Aku satu apa pun tak ada..Dekat mana aku di hadapan Allah nanti...

Allah
Allah
Allah...

Dimana aku di hadapan Mu....

Thursday, July 1, 2010

Setakat ni...

Salam..

Rasa nya baru beberapa hari cuti mula..Dah satu minggu rasanya...

Not bad jugak cuti ni.Even sorang2..Walaupun kadang-kadang bosan....But after all, ada banyak manfaat yang dapat dibuat...

Setakat ni, ada lah beberapa bijik buku yang dah habis baca...Alhamdulillah... InsyaAllah Sabtu ni ikut Adli.Kitorang nak ambil lesen motor. Maybe aku ambil L dulu..huhuhu..banyak gak nak pakai duit.

Semalam aku gi pasar..Beli ikan.Ikan tongkol,ikan patin and ikan kembung.Gi DPS beli barang-barang rumah...

Balik tu terus kemas rumah..Best nye rumah da bersih..Da layak la digelar rumah.. Harap-harap housemate SEM depan ada akal sikit. Ada adab sopan sikit.Penat jugak sental lantai and kemas stove. Lepas ni plan nak masak apa dengan ikan2 yang banyak di peti ais tu..huhuhuhu..

Shafiq Jasmim bagi guna motor dia..Thank you shafiq..sayang kau..hehehehe

So dengan motor tu lah aku pegi masjid and pegi pasar.

Da cam orang tua plak..Gi naik motor.Dengan capal,kain pelekat , kopiah and serban..hahahaha...Kadang-kadang kita kena faham situasi setempat.Itu Fiqh Da'wah wahai Syeikh..

Kita cuba cari persamaan..Supaya barangkali kita boleh capai persetujuan.Kalaulah kita ke masjid,pak cik-pak cik boleh terima kita dengan kopiah dan serban berbanding seluar jeans n t-shirt,kenapa tidak kita pakai..Bukannya benda tu langgar syara'.

Dan mungkin dengan tu kita boleh mula berbual.Berkongsi cerita.Dan barangkali mungkin boleh berbincang tentang apa itu Islam.Islam yang syumul.Islam yang bukan hanya pada tabligh.Bukan hanya pada Tasawuf.Bukan hanya pada Salaf. Bukan hanya pada hukum dan undang-undang.

Tetapi Islam yang bermula pada setiap diri,yang pada nya terbina keluarga dan ummat Muslim yang bersatu di bawah satu panji akidah.Yang padanya lengkap akidah sebagai tunggak..ibadah dan akhlak sebagai penyandang...Dan jihad sebagai puncak nya.. Dan pada Islam itu lengkap dari sudut ekonomi,kesukanan,sosial,perasaan,ketenteraan,kekuatan,kesihatan,media,hiburan dan segalanya...

Bukan ke itu yang sepatutnya kita faham.

Dari ke masjid pagi tadi,lepas subuh dari masjid yang banyak dipenuhi orang-orang pencen, aku terus ke pantai di Kg Pulau Melayu. Pergi ke Kuala..Bukannya ada matahari naik dari laut tu.Matahari naik dari arah bertentangan. Tapi cahaya yang naik tu dah cukup indah. Melihat penciptaan Tuhan pada Laut,Langit dan Awan memang dapat menjernihkan hati.

Siapa kah kita sebenarnya di mata Tuhan? Kita sangat kecil.Bayangkan berapa Billion penduduk dunia.Siapa Tajul Rijal ini berbanding penduduk dunia yang lain.Berbanding kita dengan makhluk dunia yang lain...gunung,langit,awan dan lain nya..siapa kita??? Kita ni yang banyak berbuat maksiat.Banyak buat dosa.Siapa kita???/

Tapi kita tetap rasa bangga diri.Tetap rasa kita lah yang terbaik..Tak silap aku dalam Surah At Tin , Allah mengatakan yang manusia ni dicipta dengan sebaik-baik nya (ahsani taqwim),tapi kemudiannya dia dijatuhkan sampai darjat yang paling rendah (asfala safilin)

Sedih kan?? Kita rasa kita dah cukup mulia.Siapa pun kita.Bahkan Perdana Menteri sekalipun,tetap debu juga di mata Tuhan kalau kita tak beriman dan melakukan kefasikan dan kezaliman..

Kalau pun manusia memandang kita mulia sebab pangkat kita,apa nak dibanding dengan kekuasaan Allah.Siapa kita??Siapa kita???

Dah balik dari kuala,aku terus ke pasar lutong..beli sarapan..Beli donat,nasi lemak n satu kuih ni.pulut laa..balut dengan daun ape ntah..aku tanya abang yang jual tu..

aku : "bang,kuih ape ni"

abang kuih : " kuih .....[x dengar sangat,aku angguk je]..pulut,dalam dia ada kacang merah,ayam..n bla..bla..bla..

aku: oooo...

abang kuih : Tapi cina buat..

aku : Ish bang..biar benar..tak nak aa bang...[dengan buat muka cuak]

abang kuih : hahahaha..Orang Muslim yang buat lah..pagi2 dah kena ye..hehehe

aku:hahahaha..abang ni pun.cuak saya..Dulu saya gi bintulu,da nak terbeli da..isi dalam ada babi..

Erm..tu lah perbualan pagi tadi..huhuhu..

So,planning esok maybe gi gym..aku nak gi gym tiap2 hari cuti ni..And nak buat kertas kerja untuk beberapa program..Agak sibuk rupanya cuti aku...hahahahhahah

And importantly gi peryatim...

Anyway...hope yang tengah bercuti tu bergembira...

Ingat,cuti Sem bukan bermakna tarbiyyah dan da'wah juga cuti...Perjuangan mesti diteruskan..

Kitalah generasi muda kebangkitan Islam!!!