Saturday, July 3, 2010

Plan Hidup

Salam..

benda ni aku dah lama pikir daa..Ape aku nak buat dengan perancangan hidup aku..

Dulu waktu form 5, planning hidup aku adalah nak ambil course Law..Study.Jadi peguam yang berjaya.Involve dalam politic.UMNO obviously sebab aku memang dibesarkan dalam keluarga penyokong kuat UMNO. Ayah aku dulu tak silapnya berjawatan dalam parti (tak tau dalam peringkat bahagian or cawangan ) And since kecik memang sangat-sangat taasub dengan politic. Then berkeluarga,obviously dengan *seseorang dahulu.

Masuk politic , tujuan aku waktu tu adalah untuk perbaiki negara. Aku waktu tu rasa yang negara kita kaya,berduit,kuat.Lagi pulak lahir2 da terpampang The Big Gun Tun Dr M depan mata..Tapi bangsa kita lemah.Bangsa kita cakap je lebih.Hasil tak da. Waktu tu aku nak kan supaya one day once aku menjadi salah seorang pemimpin negara, aku nak cuba ubah Malaysia menjadi satu negara yang lagi baik. Waktu tu aku punya prinsip agak sekular gak.Aku tak bersetuju dengan penubuhan khilafah Islamiah and bla bla bla.Aku merasakan yang Islam itu dalam undang2 syariah perlu ada.Tapi dalam seluruhnya bergantung kepada kehendak individu.. Aku memang Ultra-Melayu (sampai sekarang maybe..). Aku mengagumi Tun M sangat-sangat.

Erm..aku memang sangat punya idealisme.huhuhu..sangat rindu waktu masih lagi muda belia.

Tapi sekarang, plan nya mungkin dah berubah..So apa aku nak buat dengan hidup aku?

Aku seorang student geology tajaan Petronas.Belajar di sebuah ipts di sarawak yang tak diiktiraf agensi kerajaan iaitu JPA. Kalau aku tak dapat kerja dengan Petronas, makanya amat sakit lah untuk cari kerja.

Target aku sekarang adalah :

1.sambung belajar
2. cari kerja.
3.Bisnes

Kenapa sambung belajar? Tak penat ke? Erm..penat2..Tapi ada kepentingan untuk aku sambung belajar.Kalau ikut aku nak je terus kerja.Tapi sekarang adalah zaman kebangkitan mahasiswa.Dan aku still nak terus berada dalam zaman kebangkitan mahasiswa ni dan melihat sendiri kemenangannya.. Seorang yang aku hormati pernah berkata :"akhi,zaman ana da habis.Usaha ana dan yang lain adalah nak bentuk yang umur2 macam antum ni untuk bawa Islam" . Dan aku yakin dengan kata-kata nya...Inilah zaman pemuda2 Islam..Jadi ,kalau aku berada di dalam suasana idealisme yang penuh semangat dan tekad, aku tak kan luntur untuk dari terus berjuang.

Boleh je buat waktu kerja kan??

Betul.Boleh.Tapi aku tak kuat.Cabaran waktu kerja sangat berbeza.Berapa ramai dah sahabat yang aku hormati melupakan perjuangan masing-masing lepas kerja.Sibuk dengan kerja dari pukul 8-5. Lupakan tanggungjawab bentuk umat. Anak2 buah yang bersepah yang hanya pandai dikumpul tapi tak tahu nak dijaga dan dibentuk sedangkan mereka sedang menanti kan dan dahagakan kefahaman. Unless kalau aku berkerja dengan sebuah company atau institusi yang mampu untuk membantu aku dalam perjuangan. Contohnya,menjadi cikgu atau lecturer.

Masalahnya, JPA tak iktiraf Curtin..kambeng tol Curtin.MQA sahaja iktiraf Curtin. Jadi aku tak boleh jadi cikgu dengan degree yang aku ada.Maka aku kena sambung belajar dulu, and option yang tinggal dengan kelulusan Master adalah menjadi lecturer. So,ni mensupport balik plan 1st aku untuk sambung belajar.

Or kalaulah ade company oil and gas yang membuat aku tak perlu untuk ke offshore,cuma jadi researcher je,itu lagilah baik. Gaji boleh tahan.Masa pun banyak. Kewangan penting dalam tugas dakwah. Sekarang kita kena kikis 'Islam Melayu' kita yang merasakan tugas bawa Islam ni cuma cukup dengan air liur je. Tak langsung. Cuba kita tengok, Kristianiti.Jom kita belajar dari diorang. Vatican bukan aja pelindung kepada Christian Catholic tapi juga sebuah bank yang sangat kaya. Orang Christianyang infak kan harta mereka ada terus bagi ke Vatican dan ada bagi ke local church. Yang di Vatican,duit tu juga akan disalur ke agenda Kristian di serata dunia melalui preachers2 mereka yang berada di bawah naungan Vatican.

Maka nampak tak disitu. Diorang gunakan duit tu untuk agenda diorang. Buat program dan ajak masyarakat umum. Buat kebajikan untuk menarik hati masyarakat.

Dan yang lagi menarik ,walaupun negara-negara kafir tak lah dalam kesatuan secara zahirnya tapi mereka sebenarnya bersatu juga di bawah satu Vatican..

Kita ada apa? Satu Makkah? SAtu Aqsa?

Sama-sama Muslim pun berperang.

Malu weii..

Ni yang Rasulullah cakap...kebathilan yang tersusun boleh mengalahkan haq yang tak tersusun.

Dan kita masih bangga dengan masa lalu kita.

Padahal kita sekarang menjadi bangsa yang paling hina.

Kalau kita lihat sirah zaman khalifah2 dan kerajaan Islam dulu.Semua berada di bawah satu naungang khilafah Islamiah. Dan even seorang Muslim yang berada di kekuasaan neagar Kufar pun terjamin .Kalau Muslim itu disakiti,maka tunggulah akibat nya...

Dan kekayaan semuanya dikumpul di dalam Baitul Mal dan semuanya diagihkan kepada seluruh tanah-tanah Islam yang berada di dalam naungan Khalifah..

Feel the similarity??

Padahal Islam dah ajar dah pasal benda ni...

Then plan ke-3 adalah bisnes..Yup..aku memang suka berniaga..Aku ada jual produk gamat langkawi..Sapa nak tau ngan lanjut,roger2 kay... Untuk masa hadapan aku ada beberapa option untuk bisnes..Tapi mulakan dengan kecil2 dulu.Kalau aku berbuat bisnes,tu yang paling banyak kebaikan.Satunya adalah masa itu aku sendiri yang kawal.Maka perkara utama yang nak dibuat tak terganggu.Kedua,aku mencipta peluang kerja kepada lebih banyak lagi untuk Muslim. Aku respect kat Radix Fried Chicken...Tu salah satu contoh terbaik.Perkerja tutup aurat.Akhlak baik-baik.Semua terjaga.Ada 2 kali aku dijemput untuk mengisi program-program di sebelah utara (satu program batal last minit, and satu lagi sangat best!!) , aku berenti dekat shahab perdana and kat sana ada RFC...Series tertawan hati...kan best kalau ada kat Miri..Memang tiap2 minggu aku pergi..hehehehe

Antara plan2 tu semua aku aakn usaha untuk teruskan. Moga Allah permudahkan... Sambung belajar, cari kerja mahupun bisnes,bagi aku BUKANLAH MATLAMAT...tu cuma alat.(bahkan nikah dan berkeluarga pun CUMA alat).Tak lebih dari tu..Tapi untuk menjayakan MATLAMAT,alat itu pelu ada...Dan aku menggunakan alat tu untuk berada dalam satu JALAN. Maka Jalan itu yang diutamakan daripada alat tu, dan Matlamat tu yang lagi diutamakan dari Jalan tu..1.Matlamat..2nd =Jalan dan yang 3rd barulah alat... Tapi sekarang kelakarnya, orang lagi pentingkan alat dari matlamat. Dan kadang-kadang dalam medan da'wah, orang lagi pentingkan Jalan dari Matlamat...

Maka agaknya jelas tak plan hidup aku??


Hehehe..tak boleh cerita lebih-lebih.Nanti kena tangkap ISA...hehehehehehheheheh

p/s: agak-agak lepas baca ni korang rase aku ikut mana? UMNO,PAS,DAP,PKR,JIM,ISMA,HALUAN,HIZBUT TAHRIR ,Ikram??and etc2....hahahahaha...Jemaah2..nak tergelak2 aku



1 comment:

  1. Ya, setelah selesai membaca dan dah lama pun bersama Hizbut Tahrir yang ada dari berbagai lokasi di dunia ini sedang berusaha untuk mengembalikan kehidupan Islam secara keseluruhan dengan menegakkan kembali Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Insya Allah..

    ReplyDelete