Sunday, June 28, 2009

nikah........................

salam

malam semalam berjumpa dengan akhi fauzi dekat rumah akhi din...sambil2 minum air sirap laichi dan makan sandwich tuna,kek buah dan kek warna warni(aku x taw ape nama nya)...kitorang pun berbincanglah..

banyak lah jugak di bincangkan.

last2 waktu bahagian musykillah,lepas je aku bertanya panjang lebar,miqdad pulak bertanya..mula2 tanya pasal da'wah.then dia keluar la soalan personal.pasal nikah..

nikah
nikah
nikah

satu topik yg sampai sekarang aku x berani nak tulis dan nak cakap.

nikah connecting people..macam iklan nokia pulak kan.

pandangan aku lah,bernikah ni bukan semata2 untuk mengelakkan dari berzina atau cuma sekadar mengekang nafsu...bukan sekadar atas dasar cinta.bukan sekadaratas rasa nya dah sampai masa.

tapi nikah ni macam2 dalam satu..macam2 tujuan dalam satu perlaksanaan.yang paling utama untuk apa?untuk redha Allah.untuk Islam.tu yang paling utama.barulah pernikahan tu menjadi ibadah.tapi,ada syaratnya,jalan menuju pernikahan tu pulak jangan terisi dengan dosa dan noda.cam berdating.pegang sana.pegang sini.kalau awal nya dah x elok.macam mana nak expect pengakhiran nya akan elok.contohnya kalau solat sambil minum arak..solat tu ibadah.tapi dicemarkan oleh dosa nya minum arak.rosak kan..

bernikah atas jalan dakwah.supaya pernikahan dan keluarga (baitul muslim) yang terbina itu adalah satu nukleus kecil untuk pembangunan dakwah setempat.kemudiannya berlanjutan menjadi sebuah komuniti.kemudian sebuah negara.

jadi ingat..sebelum berniat untuk nikah,fahami keperluan nikah itu dahulu.perlu nya untuk dakwah ka?atau untuk kekang nafsu ka?

dan memandang kepada perkara yang babitkan nikah ni,seperti kemampuan.kemampuan duit la.kemampuan jasad.kemampuan akal.kemampuan kematangan..

semua tu inshaAllah boleh dimudahkan Allah.tapi banyak faktor perlu kita lihat..faktor keluarga nya.faktor masyarakat nya.tapi bukanlah nikah ni menyusahkan.

dah bincang2 semalam,banyak lah pandangan dari orang yang dah lama bernikah ya'ni akhi fauzi dan orang yang x brape lame bernikah ya'ni akhi din..

then habis2 berbincang akhi din kate :

haa...ni Tajul ni dah boleh dah...

Oh Tidak!!!!

aku bukan nak mencari alasan.tapi memang sebetulnya tak terfikir pun lagi dalam masa terdekat ni..

kadang2 ade gak ikhwah yg contact2 tanye:bile nak nikah...

oh Tidak!!!!

tambah ade plak kawan2 yang mengusik2...ades..ades..

ades..aku ni dah nampak tersangat boleh ker???

sebab muka tua kot..n gaya aku cakap macam sorang pak cik..
semalam akh syukrani ingat aku dah senior giler.padahal baru 20 tahun kot.sah muka tua aku ni..

oh tidak.oh tidak.oh tidak..

belum merasa keperluan lagi.Syed Qutb juga x silapnya tak berkahwin kerna tak merasa keperluan dalam arah tu.tapi bagi aku berkahwin ni perlu.untuk kelangsungan Islam..

tapi buat masa sekarang,keperluan tu belum ada.yang perlu adalah meningkatkan amal dalam dakwah.yang perlu adalah tingkatkan kualiti study aku.yang perlu adalah untuk gembirakan mak ayah aku

aku harap selepas kerja,atleast diorang dapat merasa senang.dapat aku bawak pergi haji.dapat berikan kehidupan yang lebih selesa..sekurang2 nya diorang dapat tengok hasil daripada didikan diorang Tajul ni jadi seorang yang mampu berdiri atas kaki sendiri.dan diorang tak perlu lagi risau.supaya diorang bangga mengatakan ni lah hasil didikan diorang.(bukanlah diorang x bangga dengan aku sekarang..tapi korang fahamkan konsep bangga bila dah berjaya dalam kerjaya)...

dan diorang boleh tengok betapa Tajul ni menjadi seorang aktivis dakwah yang mantap.yang menjadi seorang pejuang Islam.yang dapat menjadi syafaat di akhirat nanti kalau lah Tajul ini mati dalam memperjuangkan Islam..

tapi aku x lah menunggu tu semua sebelum nak bernikah kan..tapi atleast tunggu sampai perlu lah..


k..

nikah
nikah
nikah....

salam....


2 comments:

  1. salam tajul. hehe. its a compliment when ppl said you're matured. org yg matured berfikiran luas & jauh kan.? mcm zaman Rasululullah s.a.w dulu..

    ReplyDelete
  2. salam lyanne.compliment tu btul gk la.alhamdulillah.tapi bile lepas complimetn matured tu disrtai dgn pertanyaan, bile nak kawen..ades.....huhuhuhu

    ReplyDelete