Thursday, June 18, 2009

menyendiri...

salam ukhwah..

sekarang ni sebenarnya masih lagi ada satu lagi paper esok.tapi entah kenapa masih rasa nak menulis.kawan-kawan semua study kat NSA.ada kt bilik miqdad.ades.boleh je nak study ramai2.tapi tu lah.aku lebih suka duduk dalam bilik kot.

cakap pasal menyendiri ni.sebahagian hidup kt sini alhamdulillah dipenuhkan dengan aktiviti2 dan program2 yg baik gak lah.aku suka lepak2 kat PERYATIM(rumah anak yatim).duduk berbual dengan budak2 tu.duduk berbual dengan warden.dengar cerita2 budak2 kecik kat PERYATIM.dengar ape diorng nk luahkan.bergurau2.datang buat taklim.

and bila aku rasa sangat seronok macam tu.rasa ketenangan hati.aku nak orang lain rasa jugak.tu sebab Tuisyen PERYATIM dianjurkan.mungkin hati ini perlu dilembutkan dengan elihat kesusahan orang lain kan.alhamdulillah.sambutan kawan2 yang nak ikut boleh tahan gak.khairin semalam tanya aku boleh join ke x..alhamdulillah.aku syukur kalau dia nak join.tapi syarat nya kau ikut taklim le khairin.

hati aku keras.mungkin hasil dari jahiliyahnya zaman remaja aku.aku nak lembutkan hati.biarlah dari segi semangat dan fizikal aku teguh.hati aku teguh dan kuat.boleh buat macam2.boleh harungi macam2.tapi hati aku perlu lembut untuk menangis di depan Tuhan.

biarlah bagai satria atau singa rimba di siang hari.tapi abid yang menangisi dosa di malam hari.


sahabat.kalau lah kau tahu betapa nikmatnya mengadu dan menangis di hadapan Nya di tengah malam waktu tiada siapa bersama engkau dan dunia kelihatan memusuhi engkau,engkau pasti akan rindu untuk menitiskan air mata.kalau kau tahulah bahawa bila malam kau menangis dan tanpa kau sedar sebenarnya di siang hari esoknya kau semakin kuat.kerna kau tahu,kalaupun satu isi duni ni memusuhi engkau,engkau masih lagi ada Allah!!

selain dari PERYATIM ,aku alhamdulillah ikut usrah.bawah akhi fauzi.kitorang panggil dia abng fauzi tapi sebenarnya umur dia lagi tua dari mak ayah aku.haha.x kesahlah.tapi jujur aku cakap.tarbiyyah melalui liqo lah yang banyak mengubah aku.satunya aku dari dulu melihat kehidupan dengan kritis.kadang2 aku persoalkan hal-hal ketuhanan dan fikirkan tentang kewujudan Tuhan.tentang adilnya Tuhan dan macam2.aku melihat perjuangan pun dulu dari sudut berbeza.alhamdulillah,tarbiyah dan dakwah mengubah pandangan aku.dan aku dapat cari ketenangan yang menyenangkan.seronok bersama dnegan ikhwah di miri.dengan murabbi.dengan akhi din,akhi waled,akhi hafizth,ukhti hanim,ukhti ain,ukhti shuhada.seronok ada teman yang sama pemikiran.seronok ada ikhwah cam afiq n miqdad.

nak dibandingkan aku dengan diorang,aku sangat jauh ke belakang.lupa nak cakap.dalam liqo kitorang,aku,miqdad n afiq je student.yang lain semua dah kerja dah.kitorang je masih budak.tapi still layanan tetap sama.kitorang tak dipandang kecil sebab kitorang masih student.tapi kitorang tetap dilayan setara.diberi tanggungjawab yang setara.bahkan mungkin lagi berat.adeh..

persahabatan yang terbina atas dasar akidah memang sangat kuat.perasaan dia berbeza dengan persahabatan biasa.

nak cerita lah dulu.waktu datang sini.aku cukup malas dan agak bengang nak join.siap diketuk tingkap dan dijemput pun aku x nak join.tapi ada gak la sedikit peristiwa yang mengubah.haha.

dan akhi zahir.murabbi pertama aku dulu yang selalu aku mengelak nak jumpa sekarang menjadi antara orang yang paling aku hormat.yang kalau ada problem pasal tarbiyah,aku tanya dia selain daripada akhi fauzi lah.

alhamdulillah,aku nak terus berada dalam jalan dakwah ni.aku nak ubah diri keluar dari kejahilan lalu.

 bukan nya aku x pandai ilmu agama.alhamdulillah,mak ayah aku bagi pendidikan agama yang cukup.dan alhamdulillah Allah bagi aku kebolehan menghafal dengan baik.jadi atleast kurang2 juz amma dan beberapa kerat hadis tu aku hafal la.x la sampai tak taw nak solat atau x taw hukum hakam agama.

tapi,ilmu agama tak sama dengan kefahaman agama.bila kita faham agama maka kita taw apa yang kita buat hanya nak menuju redha Allah.aku dulu taw agama.ada la sikit2 ilmu agama.tapi dosa banyak je buat.ades.

jadi aku sedih bile tengok usrah tak mampu megubah orang.benar.hidayah tu milik Allah.tapi keinginan untuk mengubah diri tu datang dari diri sendiri.dalam usrah kita jadi orang lain.baik.tapi keluar je dari program menjalani kehidupan biasa,kefahaman yang kita ada tu kita x pegang.banyak dosa kita buat.tu hipokrit tu.

aku bukan orang yang terbaik antara semua dan aku mungkin antara yang paling teruk.

sebab aku pernah jumpa ikhwah yang dulu remajanya juga dalam jahiliyah.tapi diorang boleh berubah.kenapa diorang boleh tapi kita tak boleh??!

kawan2 aku pun taw aku macam mana dulu.tapi alhamdulillah.mungkin terdetik niat nak berubah sedikit2.betullah,nak berubah bukan senang.perlahan2.

kalau apa kita belajar tentang shahadatain semua tu tapi tak fahamkan dan praktikkan dalam hidup,maka pasti ada silapnya dengan diri kita ni..renung2 kanlah.

aku pun tengah nak perbaiki diri.banyak lagi jahiliyah dalam diri aku.

selain tu aku join JCLA.tujuan aku join bukan nak sijil sangat.sijil tu kira bonus la.aku nak belajar macam mana cara nak manage sesuatu program dengan mantap dan berkesan..supaya agenda yang aku nak buat menjadi.dan korang mungkin ada yang taw apa agenda aku.

sekarang ni aku dilantik jadi Treasurer untuk curtin Islamic Society.kire persatuan pelajar islam curtin la ni.mula2 dah tolak sebab nak fokus kepada dakwah dan tarbiyah.tapi atas nasihat murabbi,ambik je lah.moga Allah membantu.

inna tansurullahhu yansurkum..

semoga CIS mampu menjadi medan dakwah dan tarbiyah yang mantap.aku x nak bawak apa2.aku tak mintak apa2.aku cuma nak bawa kawan2 aku ke arah redha Allah.ke arah kehidupan beragama yang benar.yang tak asingkan Islam dengan setiap langkah dalam perjalanan dan nafas yang dihembuskan.

kalau tengok kat sini memang banyak gak aku buat kan.aku dah siap kene cop mat bz dah.tapi memang sem ni agak bz.haha.aku suka apa yang aku buat.aku suka melihat kehidupan dalam konteks macam ni.melalui kenal dengan orang.tolong orang.kenal siapa Tuhan tu.mengenal kehidupan dari kaca mata seorang murabbi..

ada lah kawan tanya,kau tak penat ke..aku senyum je waktu tu.sebab bila ingat balik kata2 blogger lailatulmawardah.blogspot.com    ,aku memang mengakui lah.kenikmatan hidup aku bukan pada pergi main bowling.tengok wayang.berdating.gi jalan2.gi window shopping kat BINTANG or Bouelavard.tapi kenikmatan hidup aku pada jalan dakwah.walau penat macam mana tetap mampu tersenyum.tetap rasa kuat bila bersama dengan ikhwah yang lain.tetap rasa kuat bila ada dengan murabbi.dan paling penting bila aku bergerak sendiri aku tetap rasa kuat sebab yakin Allah ada di sisi.biarlah penat macam manapun.biarlah sibuk macam manapun.biarlah balik dari usrah pukul 1 pagi sekalipun.biarlah banyak cabaran sekalipun.

tapi bila aku bersendiri dan tak terlibat program (maksudnya masa terluanglah) aku lagi suka duduk dalam bilik.kadang2 layan movie kat laptop.aku suka sorang2.memasak apa yang aku suka.sebab hobi aku memasak.n membaca.aku suka baca buku.terutama tentang pemikiran dan revolusi.tentang doktrin dan falsafah.

dan paling aku suka bila baca Quran tafsir ku yang aku sayang.aku suka baca ayat2 suci tu sambil tengok tafsirannya.

bukannya tak de kawan ajak main bowling,gi kuar town.bukannye tak mampu nak pergi.n bukannya aku tak nak pergi sendiri.boleh je kalau nak gi..tapi aku lagi sukakan untuk ambil masa untuk diri sendiri sekejap.untuk sekurang nya aku menyendiri,membukak kitab suci dan mengenang dosa lalu.dan mengingat janji Dia.yang dia akan terima taubatku kalau aku bertaubat.yang janji Nya yang pintu taubat dia besar dan luas..sori la korang.kadang2 aku join gak kan.sebab atleast x jadi kera sumbang.tapi kalau selalu aku decline ajakan tu,memang aku lagi suka menyendiri kejap.

mungkin kepenatan jasad dengan pelbagai program membuatkan hati aku memerintahkan supaya berhenti sekejap untuk berehat dan ambil masa menyendiri dengan Tuhan..

meninggalkan sekejap perkara yang lain selain daripada tarbiyah..dan menyendiri.membina kekuatan hati dan jasad.

dan mungkin tu yang mampu buat aku terus tersenyum dalam jalan ni kan.hehe.

apa yang aku nak kan dalam hidup ni cuma redha Allah.tu je.aku buat segala program yang aku buat adalah untuk harapkan redha Allah dan mungkin mampu jadi kifarah pada dosa aku yang bertimbun2.

apa yang aku lihat.kebanyakan aku dan kawan2 lahir dalam sistem yang mengasingkan Islam dari kehidupan.ada yang terselamat.dan ada yang hanyut.maka iman yang terbina hanya iman yang kosong.yang percaya tanpa apa2.tanpa ilmu dan kefahaman.maka iman tu yang cepat digoyahkan.

jadi apa yang kita perlu buat.kembali lah pada yang hakiki.yang fitrah.kenal Allah.faham makna kita bershahadah.bukan setakat 2 ayat bahasa arab yang kita hafal makna dia tapi kita kena faham makna dia.bila kita bershahadah ni kita dah mengaku Allah sebagai illah maka setiap apa yang kita buat,setiap hembus nafas kita,setiap jejak dalam perjalanan adalah untuk Dia.untuk redha Dia.

aku bukanlah yang terbaik dikalangan kalian bahkan mungkin yang paling teruk diantara kalian.tapi sungguh pintu taubat Allah itu luas dan pintu hati kita juga luas untuk perubahan.maka,marilah sama2 kita berubah.hanya untuk dapat redha Allah.

semuanya untuk redha Allah...



No comments:

Post a Comment