Saturday, June 27, 2009

dosa pendosa.pendosa berdosa.aku??

salam...

"benci dosa nya bukan membenci pendosa nya"

ungkapan ini mudah aku lafaz.kau dan aku lafaz.tapi sangat mudahkah kau dan aku,untuk bezakan perasaan benci itu.bolehkah kau beza kan sama ada yang kau benci itu adalah dosanya.bukan si pendosa??

bolehkah kau dan akuyakin yang kebencian membuak itu adalah pada dosa si pendosa.bukan pada sipendosa yang berbuat dosa??

dan lagi sekali,kalau kau tak mampu membezakan kebencian kau itu,layakkah kau untuk membenci si pendosa.sebab kau juga adalah juga pendosa.bahkan aku juga pendosa.dosa ku bergunung tinggi.seluas lautan tujuh.sedalam petala bumi yang tujuh.setinggi langit yang tujuh.

mampukah kita untuk meletakkan title pendosa pada seseorang sedangkan lekat pada kita title pendosa itu sendiri.

nahnu du'at wala qudat..

kita adalah da'ie.bukan penghukum..

asleh nafsik wad'u ghairo'

perbaiki dirimu dan serulah orang lain


benar.setiap anak adam adalah pendosa.tetapi dia tidak mewarisi dosa itu dari adam.tidak ada original sins of father..kerna kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita.sama ada fujur dan taqwa.kerna itu akal dicipta.kerna itu hati dicipta.kerna itu nafsu dicipta.kerna itu adam diturunkan ke bumi.dan membenihkan aku,engkau,bapak ku,ibuku,bapak mu,ibu mu , dan semua ummat yang ada.kerna Tuhan mahu melihat pilihan kita.apa mampu kita buat.kerna Dia berkata, "aku lebih tahu apa yang kamu tak mengetahui"

maka ketahuilah..dalam kau membenci dosa.kau juga adalah pendosa.maka kau tidak layak menjadi penghukum kerna yang se maha adil menghukum adalah Dia..dan kerna kau tidak layak menghukum dan kerna kau juga adalah pendosa,maka kau padankanlah dengan bait kalimat "perbaiki lah dirimu"..tetapi itu tak cukup.seperti makan nasi tanpa minum air tak membuahkan kepuasan rasa makanan.(macam makan lelapan tak minum air..pasti menyeksakan).maka kau serulah orang lain..serulah mereka untuk perbaiki diri mereka.dan perbaiki dirimu.

kau juga pendosa.mereka juga pendosa.aku,kau dan dia..semua pendosa..

maka kenapa kau keji pendosa.bukan dosanya yang kau keji..(sebenarnya ,adakah beza??)..pendosa itu ada ruang taubat baginya pada Tuhan nya..tapi kau yang mengata pada pendosa itu,adakah tak kau lihat ada ruang dan lubang neraka yang kau cipta untuk diri kau sendiri..

kau juga pendosa.mereka juga pendosa.aku,kau dan dia..semua pendosa..

dan pada dosa yang menggunung itu,ada pintu taubat yang luas.kalaulah luasnya bagai langit.awan yang ada cumalah tombol pintunya dan hiasan pintunya..

dan disebalik pintu itu ada Dia.dengan senyum dan mesra.menunggu pendosa-pendosa ini,menangisi dosanya dalam taubat berjuta kali.dalam malam dini hari.berjumpa dengan Tuhan nya..dengan hati yang kerdil dan kecil.

untuk sejuta kalinya...

untuk sejuta kalinya....

untuk sejuta kalinya......


...................................................................................................................................

ar-rijal

2.51 am
miri.sarawak..

dari seorang pendosa..


No comments:

Post a Comment