Thursday, May 19, 2011

Blog berabuk

salam encik blog berabuk

lama gile x update kamu.
aku tengah busy giler.

hehehehe.

erm..tu la hidup sekarang ni. dalam tahun akhir. final year. sem ni then sem depan.Lepas tu grad. masuk lah ke alam pekerjaan. Alam yang tambah lagi cabaran.

pergh.. takut gak sebenarnya.

Takut kalau-kalau selama ni berdegang cakap pasal idealisme itu dan ini tapi tak tahan cabaran dunia kerja. Waktu belajar semua idealistic.

Hurmmm.. Belum cuba belum tau kan..

Sekarang ni tengah buzy dengan report FYP.

Group aku buat FYP dekat Niah. Gua Niah. Painted Cave specifically. Kira kalau nak ikut scholarly writing, kalau siap dengan jayanya FYP ni, research kitorang la antara pioneer untuk gua ni. Painted cave tak banyak orang kaji.

Jadi kerja nya bukan la sikit. Coz bukan setakat kaji dalam gua. Air pun kaji gak. Luar gua pun kaji gak. Next sem, O&G kat area tu pun kaji gak.

And oleh kerana kitorang in colloboration with Claremont University, so,apa yang kitorang buat ni pun ada la tambah-tambah sikit kerja nya. Tambah lagi kena explain kat forestry as kitorang buat benda ni pun dengan consent diorang.


Jadi, in comparison, workload nya sangat la banyak!!! ergh..... Aku seronok bila gi fieldtrip and dalam lab je..bile nak tulis report ni aku hangen sikit. Sebab supervisor suruh tulis geology report this sem.. Selalu nya next sem baru kena tulis..Tapi sebenarnya bagus je.. Sebab next sem tak da la nak kalut sangat nak tulis.


Aku bila dalam kesibukan ni,sebenarnya tahap sensitivit aku jadi kurang . Sensitiviti aku memang la kurang,tapi bila aku fikir sibuk keje, banyak benda lain aku tak sensitiv. Tapi bagus gak sebenarnya..Kalau nak asyik risau apa orang cakap and apa orang kata,keje tak jalan. And aku ni memang dari dulu lagi tak amek port sangat.

Sebab kita terlampau risau apa orang cakap, kita try nak betulkan diri kita ikut pandangan mata orang lain, sampai bila pun tak settle. Yang penting kita tau apa kita buat dan kita tau kita mampu buat. Tak semua orang suka dengan apa kita buat dan apa kita dapat,tapi terpulanglah pada dia nak suka atau tak. Tak affect apa-apa pun dekat kita.


Apa yang penting ,kita kene percaya pada kemampuan kita sendiri. Be confidence. Kita bukannya ada siapa boleh kita harapkan kecuali diri kita sendiri untuk letakkan usaha kita. Lepas da usaha baru sandarkan pada Allah. Kalau kita mengharap orang untuk selesaikan kerja kita, tu sangatlah tak bijak. Percaya pada diri dan tahu segala sumber yang ada. Buat plan dan execute ikut plan. Lain tu biar Allah setelkan. Jangan harapkan dan depend on orang lain. Depends on ourselves dalam usaha kita.

Lain tu,biar Allah uruskan.

K2. nak sambung report..


1 comment: