Wednesday, September 2, 2009

Tuhan,pelihara hati ku

Tuhan..kau tahu,hati ini sudah aku berikan untuk Mu.

Cinta ku telah ku berikan pada Mu.

Setiap inci tubuh dan jasad.
Setiap hembusan nafas sarat yang terlerai.
Setiap tapak badai yang ku langkah.
Setiap kata ma'rifah yang terucap pada hujung lidah yang tajam.

Adalah untuk Mu.

Maka,pelihara hatiku dari bisikan syaian dan nafsu.mengajak mencinta makhluk Mu melebihi diri Mu.

Walaupun sesaat.

Walaupun sedetik

Wahai hati.
betapa sukar aku mengawal kau.
Betapa sukar aku membentuk kau.
Betapa susah dibentuk dari sebuah kejahiliahan lampau.
Dan mahukah kau kembali kepada itu.

Pedulikan nafsu yang mengajak.
Pedulikan syaitan yang menghias wajah pada pandang mu..
Pedulikan setiap bisikan dan godaan rayuan..
Tetaplah wahai hati.
Cinta yang dicari nafsu tak kan kekal.
Kau pernah merasanya.
Dan kau tahu setiap inci isi nya..

Tetaplah wahai hati.
Cinta Tuhan kekal abadi
Kau pernah merasanya
Dan kau tahu setiap incinya....


nota : hati yang kini berbolak balik..Jangan lah tertimbul fitnah.Janganlah tertimbul zina pada hati aku dan hati kamu semua.Aku pernah merasa cinta nafsu.Cinta yang menghanyutkan aku..

Dan aku merasa indahnya cebisan cinta Tuhan dan aku cuma merasa nya sedikit sahaja.Sangat sedikit.Tetaplah wahai hati.Tetaplah wahai hati..

No comments:

Post a Comment