Tuesday, August 18, 2009

melihat segalanya dari kacamata Islam

salam.dalam tempoh beberapa waktu ini terdapat pelbagai isu dan pengalaman yang agak menarik.

Tetapi ada beberapa isu yang tidak perlu kita ceritakan.

dalam hal ini,sebenarnya,dalam melakukan penyelesaian,janganlah kita cepat melatah.dan melihat sesuatu itu dari sudut 1 dan 0.atau hitam dan putih.antara satu dan 0 sebenarnya ada 1.1-1.9 malah lebih lagi.dan antara hitam dan putih itu ada wujudnya warna kelabu.dan kekelabuan itu sendiri ada tahap yang tersendiri.

tak semestinya yang dikatakan adalah salah.dan tak semestinya apa yang kita ingin lakukan betul.Perlu bijak dalam menilai situasi.

Dan perlu juga bijak untuk tidak cepat membuat asumsi-asumsi yang sangat melebihi normal biasa.Bahkan berkalau-kalau itu sebenarnya amalan syaitan.Dengan berasumsi yang terlampau banyak maka timbullah prasangka dan paranoid.maka akan timbullah keraguan.Maka akan timbullah silap kefahaman.Maka akan timbullah fitnah.

Lihat lah permasalahan dari kaca mata Al-Quran.Dari bagaimana kalau Rasulullah hadapi,bagaimana akan baginda selesaikan.Bagaimana Allah ingin kita lakukan.Benar,panduan itu tidak lah diletakkan macam cara hendak jawab soalan matematik.Satu persatu ditunjukkan.

Tetapi Islam telah menunjukkan panduannya secara keseluruhan.Secara konsep yang jelas.Maka pada kita lah untuk memahami konsep itu semua dan kita bina panduan yang benar berdasarkan apa yang telah Islam anjurkan dalam menyelesaikan masalah.

p/s:

Rasanya perlu berundur setapak kebelakang dan menilai kembali segalanya.Ingin semula untuk selalu bersamaNya.sungguh rindu pada saat itu.Bukankah telah tahu,hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Hurm.pelbagai isu perlu di lihat.pelbagai perkara perlu diatasi dengan bijak dan matang....

No comments:

Post a Comment