Tuesday, August 18, 2009

melihat segalanya dari kacamata Islam

salam.dalam tempoh beberapa waktu ini terdapat pelbagai isu dan pengalaman yang agak menarik.

Tetapi ada beberapa isu yang tidak perlu kita ceritakan.

dalam hal ini,sebenarnya,dalam melakukan penyelesaian,janganlah kita cepat melatah.dan melihat sesuatu itu dari sudut 1 dan 0.atau hitam dan putih.antara satu dan 0 sebenarnya ada 1.1-1.9 malah lebih lagi.dan antara hitam dan putih itu ada wujudnya warna kelabu.dan kekelabuan itu sendiri ada tahap yang tersendiri.

tak semestinya yang dikatakan adalah salah.dan tak semestinya apa yang kita ingin lakukan betul.Perlu bijak dalam menilai situasi.

Dan perlu juga bijak untuk tidak cepat membuat asumsi-asumsi yang sangat melebihi normal biasa.Bahkan berkalau-kalau itu sebenarnya amalan syaitan.Dengan berasumsi yang terlampau banyak maka timbullah prasangka dan paranoid.maka akan timbullah keraguan.Maka akan timbullah silap kefahaman.Maka akan timbullah fitnah.

Lihat lah permasalahan dari kaca mata Al-Quran.Dari bagaimana kalau Rasulullah hadapi,bagaimana akan baginda selesaikan.Bagaimana Allah ingin kita lakukan.Benar,panduan itu tidak lah diletakkan macam cara hendak jawab soalan matematik.Satu persatu ditunjukkan.

Tetapi Islam telah menunjukkan panduannya secara keseluruhan.Secara konsep yang jelas.Maka pada kita lah untuk memahami konsep itu semua dan kita bina panduan yang benar berdasarkan apa yang telah Islam anjurkan dalam menyelesaikan masalah.

p/s:

Rasanya perlu berundur setapak kebelakang dan menilai kembali segalanya.Ingin semula untuk selalu bersamaNya.sungguh rindu pada saat itu.Bukankah telah tahu,hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Hurm.pelbagai isu perlu di lihat.pelbagai perkara perlu diatasi dengan bijak dan matang....

Monday, August 3, 2009

akhirnya aku menulis balik kat sini

salam ukhwah.

aku da sangat jarang menulis di blogspot.ades.haha.mungkin sebab blog ni dibuat untuk sebagai blog diari.Maka aku pulak bukan jenis suka tulis diari.Tak minat.

Aku menulis dengan tujuan dakwah dan tarbiyyah.Tak lebih.Maka setiap post yang ditulis ada isi nya.Sebab tu aku menulis di cetusanminda.Sebab di sana aku menulis sesuatu yang konkrit.Yang orang lain mungkin rasa bosan dan fikir "apa kebende tajul tulis ni?".

Tapi itu tujuannya.Untuk mendidik dan memberi kesedaran Islam melalui penulisan.

Mungkin kelak aku akan tulis pengalaman best2 dalam hidup aku dalam blog ni.InshaAllah.

Thursday, July 23, 2009

On Leave

salam

Saya mungkin tak akan menulis selama 3 hari.
Menyertai workshop JCLA

Friday, July 17, 2009

Syurga Cinta..



Salam Ukhwah.

Baru lepas tengok syurga cinta.Mintak softcopy dekat Mau.
Satu perkara adalah,saya bukan jenis penonton dan penggemar movie-movie cinta dan juga novel-novle cinta.

Ketika orang lain dah tonton movie ni,baru sekarang rasa nak tengok sebab pelik,kenapa lah afiq,safiq dan Islah menjadi sangat jiwang.hehehe.Buat pengetahuan,diorang ni semua student final year.Sori aa korang.jangan jiwang lebih-lebih.

Banyak perkara yang menarik.

Secara positifnya,filem itu menerapkan sedikit sebanyak unsur-unsur keagamaan.

Tentang perubahan.Dan yang bagusnya kita lihat adalah perubahan yang berlaku kepada Irham bukanlah perubahan yang mendadak.Secara tiba-tiba atau terkejut.Tetapi perubahan yang beransur-ansur.

Dan perubahan itu walaupun lahir daripada memenuhi cabaran kawan-kawan,tetapi ia juga banyak wujud dari dalam keinginan diri.

Perubahan itu juga mula dengan mengenali sedikit sebanyak tujuan dan tugas sebagai seorang Islam.Dibuktikan dengan keinginan untuk mula kembali bersolat.

Dan juga dapat dilihat,dalam kita mahu melakukan perubahan diri,unsur-unsur yang mengganggu perlu di jauhkan.Sebagaimana Irham melupuskan poster-poster dan majalah-majalah yang tidak elok.

Dan dalam kita melakukan perubahan,kita juga perlukan pembimbing.Dapat dilihat bagaimana Irham itu mencari panduan dengan belajar mengaji dengan datok kepada cikgu shuhada dan belajar agama di masjid.

Tetapi dari sudut lain.

Filem cinta melayu memang tak dapat lari daripada perkara-perkara yang sangat biasa kita lihat.Tapi,tidak apa.Itu cuma dari segi aspek stereotype.Dan lakonan.

Cuma dari sudut pengajaran,walaupun ianya menyebabkan perubahan kepada Irham,pergaulan sebegitu perlu dijaga.Bagaimana lelaki boleh berhubung sebegitu dengan seorang wanita.

Kenapa keadaan itu menunjukkan mereka bercouple.Tak boleh kah tanpa perhubungan sebegitu,seseorang itu tetap perlu dibimbing.

Maka kita perlu kembali kepada dasar yang paling asas dalam pergaulan.Tentang prinsip-prinsip dalam pergaulan antara dua jantina berlawanan yang bukan muhrim.

Jangan sampai mesej yang diberi itu mengelirukan orang ramai yang cuba untuk mengenali Islam

Tetapi,dari satu aspek,ianya usaha pemula yang murni.Mungkin kelak bilamana ada antara ikhwah yang sudah menjadi penerbit,mungkin boleh menghasilkan filem cinta tetapi dasarnya adalah tarbiyah.


p/:Tak sabar menanti Ketika Cinta Bertasbih

Thursday, July 16, 2009

Tentang Hati

Banyak sekali bicara tentang hati.Tapi kenapa manusia sukar sekali memahami perihal hatinya.

Maka dia akan cuba mencari jawapan.Tentang persoalan yang berkait dan terpaut kukuh pada hati.

Tentang persoalan cinta,benci,kasih,sayang,ikhlas,marah dan macam-macam serta pelbagai lagi.

Apa yang hilang pada manusia ini sehingga dia sukar memahami bahagian dalam hidupnya ya'ni hatinya.

Maka bilamana dia tidak memahami soal hatinya dengan jelas,akan diwujudkan pelbagai alasan,pelbagai sandaran...untuk menghalalkan keharaman yang terbit dari asal dalam hati.

Kadang-kadang,kita meletakkan halal pada perhubungan yang haram.

Mulanya dengan nasihat-menasihati.cantik.tapi sedalam hati nya penuh muslihat.Konon menasihat.

Tetapi hanya sebagai selimut dan pakai luaran.Tapi isi dalam yang kotor dan busuk.

Keji.

Dan ada juga selindung dengan hanya kata sebagai kawan.Ya lah..mula sebagai kawan.Dan bila nafsu menguasai akal.Bila adab tak dijaga.Kononnya hanya kawan.Dilihat orang rasa benci.Meluat.Cakap tentang pergaulan,gah nya hanya pada mulut.Cakap tentang Islam gahnya hanya pada bibir.Tapi perlakuan tak sama..Ditegur,marah...

Juga sama.Cantik hanya pada kata-kata.Bagai kain sutera membalut tubuh berkudis.

Bagai kot mahal menutup tubuh seorang Bush,atau seorang Dick Cheney,atau seorang Collin Powwel.

Keji.

Perlakuan kita adalah cermin pada hati kita.

Perlakuan kita adalah cermin pada hati kita.

Perlakuan kita adalah refleksi hati yang tersangat dalam.

Mulut dapat menipu.Bibir mamapu menutup kata.Lidah mampu menahan kalimat.

Bahkan mampu menukar fakta menjadi fantasi.

fantasi menjadi dalil

dan bahkan mampu membelit bagai ular sawa..

Tapi hati tak mampu disembunyikan.Kerna refelksi hati terletak pada perlakuan.

Dan mampukah kita mampu berlakon dalam perlakuan kita 24 jam sehari,7 hari seminggu,365 hari setahun dan malah seumur hidup kita?

Mampukah kita melakonkan perlakuan bertentang dengan hati kita.

Untuk setiap masa.
Untuk setiap waktu.
Untuk setiap nafas terhembus pada akhir waktu yang tulus?

Mampukah??


Tuesday, July 14, 2009

dah lame x blogging kat sini

salam ukhwah

ades.dah lama jugak tak menulis disini

agak buzy sejak beberapa waktu ni

dengan konsert nya.

dengan tuisyen peryatim n projek education peryatim ni.

dan yang penting untuk tarbiyyah.

maka,masa untuk buat perkara yang kurang berfaedah spetaeperti blogging tak tentu hala dikurangkan.

yang diteruskan adalah blogging dengan tujuan.memberi kefahaman.

hari tu kitorang celebrate aishah dan kenex nya first anniversary.

sweet laa..ades..tapi aku n islah x lama celebrate.kitroang gi meeting yayasan amal.

tengah hari semlam lunch dengan dato` daud kat peryatim.So,ibu juliyanah perkenalkan aku kepada dato daud.aku datang dengan hajat nak mintak tajaan untuk program.tapi akibat perut lapar dan bunyi perut yang mendesak untuk isi dengan makanan sebnyaknya,sampai hampir terlupa tujuan asal.hahaha

kalau bukan nak mintak sponsor,aku x brape minat nak datang.sebab ada kerja lain nak dibuat.

24-26 ni ade advance jcla workshop..JCLA2..bile nak abes.penat laa wey..

ade banyak lagi benda nak buat.benda lagi penting.dakwah dan tarbiyah di curtin.

perancangan da mantap da..cuma nak gerak da..

dan sekarang aku terfikir.Perlu ke aku teruskan JCLA? aku dah dapat apa aku nak daripada JCLA.aku dah dapat pengalaman n ilmu yang aku nak.

so,ape lagi?

sijil?

2 sebab ke 1000 lebih kot aku masuk jcla.

ntah la..

so,pendapat korang??

ades..pening.

k..berbalik pada anniversary kenex n aishah..

ak dgr gak yg studnt or kakitangan pet x leh kawen sama2..huahuahua...

alhamdulillah.aku bukan lagi jenis berkapel..hehehehe..yang aku nak,perkahwinan yang x da bnda2 tu..biarlah mak aku pilih ker..xpown murabbi ker pilih..

tapi bagus gak..jadi gini..so,korang yg sama2 pet tu..x yah la berkapel...berenti laa..manyak maksiat buat watper..

ape ingat kalau otak pandai,cukup solat,tu sume menjamin ke?sedangkan kehidupan memaksiatkan diri kepada Allah...cinta suci la konon..

poraah..

hehehe..berenti kerana Allah.dan jadikan klaus 6 peraturan petronas tu sebagai katalis.

untuk berenti.

dan alasan gak..buat la dialog camni:

"oh sayang..saya syg awk..tapi apakan daya.petronas x mengizinkan kita.marilah kita berpisah"

hehehehehehehehehe

kan mantop..bagus gak petronas buat ni..tapi spesific la pada studnt supaya jgn kapel..tp benarkan kawen je trus...kesian la yang dah kawen.

saya bersikap neutral dalam hal ini..hehehehehe

sebab,saya x kisah..

sebab saye x minat berkapel.

dan saya x nak berkapel.

huhuhu

k.nak ke kampus

salam..

Monday, July 6, 2009

pak yusof gajah,outing with friends dan macam2 lagi

salam ukhwah..

4 julai lepas,aku,shahul,jiji dan ming yi terlibat dengan satu program Ansara.Ansara ni anak sains MARA la..kire alumni untuk student MRSM.Aku ex mrsm serting n then Jasin.Shahul senior aku kat Jasin.Jiji ex mrsm Kuala Berang.Ming Yi bukan ex mrsm tapi dia join jer program.

So kitorang pun jadi la volunteer..Hehe.mula2 tu memang ada le kebengangan pada sorang kawan kita ni..hehe.nama dirahsiakan.But lepas dapat je tangan sebatang berus dan kanvas dan kitorang semua mula melukis sekali,ribut bergelora menjadi tenang.best2!Pak Yusop best!!

So dapat la melukis.tapi lepas kitorang siap lukis,sorang brader Pustaka miri ni tulis nama pelukis kt kanvas tu sebagai pustaka miri.Then kitorang pun tambah nama kitorang. :)

lepas tu,kitorang pun blah.Kitorang gerak ke Bintang.Diorang gi Mc D tapi aku x gi makan.lagi rela berlapar dari pada makan Mc D.Boikot perlu diteruskan!!!

X da sedapnya Big Mac tu kalau peluru yang digunakan membunuh saudara kita di Palestin adalah hasil daripada pembelian kita!!

Then kitorang main archering.Best aah..baru first time aku main.huhuhu..syok2!!kira aku champion aa..

Then,abes tu kitorang pun balek la..

Esok nya,kalau ikutkan aku dan Islah nak gi lambir.tolong Islah dengan FYP die.atleast aku dapat belajar dari Islah.Dia banyak pengalaman.Dan mantap gak la.so atleast boleh belajar la dengan Islah.

Tapi apakan daya.hujan.so stay kt umah.

Hari ni,baru je lepas tadi,ada meeting.meeting untuk karnival yayasan amal.wow.
banyak nya kerja.then kitorang pun pergilah makan lepas abes meeting.huhu.then terjumpa abang zul.abang zul ni dulu penyelia kat Peryatim.terkejut aku.aku ingat dia dekat bintulu.rupanya masih di miri.alhamdulillah.tengok dia happy.dia berniaga kebab sekarang.dekat kedai makan kt bandar dekat tengah divider jalan depan Chilli Pepper.

So,aku nak promote..makanlah kebab dia.sedap giler bak kata Islah.

Then dalam beberapa hari ni terlupe nak lengkapkan bacaan Quran.nasib baik teringat.adus2..ape kena ni Tajul..dah mula futur ke...ni nak kene basuh ni..

Bile la nak keluar result ni.cepat la sket.cuak aku.pembaca.doakan aku berjaya!!amin...